Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Memaafkan

Pernah tak korang memaafkan seseorang?
Aku pernah tonton drama atau filem di kaca televisyen, baca novel serta cerpen di buku  berkenaan memaafkan seseorang. Dahulu aku rasa agak menyampah bila watak yang aku tonton atau aku baca itu mengalami kesukaran untuk memaafkan seseorang. Aku rasa untuk memaafkan seseorang itu perkara yang sangat mudah.

Aku ingat lagi masa aku tengok berita, masa tu ada satu kes remaja perempuan dirogol kemudian dibunuh dengan kejam. Wartawan kemudiannya menemubual bapa mangsa. Dalam temubual tersebut bapa mangsa menangis sambil mengucapkan perkataan "Saya tak akan maafkan dia(pesalah), saya takkan maafkan dia sampai bila-bila." Aku tercengang, bagi aku dia patut menangis kerna kehilangan anaknya tetapi kenapa dia susah memaafkan seseorang. Aku beranggapan orang yang tidak dapat memaafkan orang lain bukanlah orang yang baik kerna aku percaya memaafkan seseorang itu sifat mulia.

Itu dahulu, kini aku berdepan dengan situasi yang sama bilamana ada insan yang telah menyakitkan hati dan jiwa aku. Bukan itu sahaja, perlakuannya juga menyebabkan hidup aku berubah 360 darjah. Sejujurnya dalam hidup aku tak pernah aku rasa tersakiti sebegini dan mungkin inilah sakit antara sakit yang pernah aku ada.

Mungkin melafazkan "Saya maafkan awak," cukup senang, apatah lagi dengan applikasi yang canggih seperti WhatsApp, WeChat tetapi persoalannya ikhlaskah kita memaafkan seseorang. Bagi aku, apa-apa perbuatan atau perlakuan tanpa rasa ikhlas tidak bermakna sama sekali. Jadi, tanya diri sendiri apakah kita memaafkan seseorang itu dengan ikhlas atau sekadar ungkapan di bibir sahaja.

Bagi aku, aku tak mampu mencapai tahap ikhlas yang diperlukan untuk memaafkan seseorang yang menyakiti kita sedahsyat-dahsyatnya. Hingga kini, aku masih perlukan waktu untuk mencari rasa ikhlas wujud dalam hati aku apatah lagi pesalahnya tidak pernah meminta maaf.

Buat seseorang insan, aku tahu aku tak sempurna. Aku tahu aku juga seorang pendosa tetapi apa yang kamu lakukan pada aku yang kini menjadi parut besar di hati aku tidak akan aku lupakan sepanjang hidup. Apa yang paling penting, buat masa ini aku takkan maafkan kamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan