Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Ke Lost World Of Tambun dengan Pengangkutan Awam

Entri ni aku buatkan khas kepada pengembara yang lebih suka mengembara dengan pengangkutan awam seperti aku. Ini adalah penerangan serba ringkas jika engkorang mahu ke Lost World Of Tambun dari seluruh pelusuk Malaysia.

Lost Of World Of Tambun berada di Tambun dan Tambun pula berada dalam kawasan Ipoh jadi jika engkorang ra'yot Perak mahupun luar Perak sila naik bas atau keretapi atau teksi ke Ipoh terlebih dahulu sebelum memikirkan cara seterusnya bagaimana mahu ke Lost World Of Tambun.

Teksi
Jika engkorang memilih teksi sebagai pengangkutan awam pilihan maka beritahu sahaja pemandu teksi yang engkorang hendak ke Lost World Of Tambun. Maka jika pemandu teksi itu sudah berkerja lebih dari 3hari maka pasti dia tahu jalan hendak ke Lost World Of Tambun, melainkan dia seorang pemandu teksi sejak sehari lepas ataupun dia kurang keupayaan untuk berfikir secara waras.
Tambang teksi paling mahal yang boleh dicaj dari Terminal Amanjaya, Medan Kidd ataupun Stesen Keratapi Ipoh sepatutnya adalah Rm30 sahaja, jika lebih daripada jumlah ini sila cari teksi lain.

Keratapi & Bas
Jika engkorang menaiki keretapi pilihlah Ipoh sebagai destinasi anda bukannya Batu Gajah mahupun Arau. Setelah engkorang turun dari keretapi maka keluarlah dari Stesen Keratapi Ipoh dengan perasaan yang maha kagum kerana Stesen Keratapi Ipoh tersangat la cantik dan antik. Dari Stesen Keretapi Ipoh engkorang boleh berjalan kaki ke Medan Kidd iaitu Stesen Bas lama yang terletak 300meter dari Stesen Keratapi Ipoh, sangat dekat. Keluar sahaja daripada kawasan Stesen Keretapi Ipoh engkorang ke kanan di mana letaknya pejabat pos dan Ibu Pejabat Polis di hadapannya, jalan dalam 2-3minit dan engkorang akan sampai di Medan Kidd yang teletak di bulatan.

Medan Kidd. Stesen Bas lama Ipoh untuk perjalanan dalam negeri Perak.

Bagi pengguna bas dari dalam Perak engkorang akan turun di Medan Kidd tetapi bagi pengembara yang datang dengan bas dari luar Perak engkorang akan turun di Terminal Amanjaya, di sana engkorang naiklah bas yang berwarna biru, Perak Transit ke Medan Kidd ataupun bas yang berwarna merah yang selalunya ada di bus stand hadapan Mydin (terketak di hadapan Terminal Amanjaya). Kadar tambang aku tak tahu tapi dalam Rm2 macam tu.

Bas Perak Transit. Bas ni boleh bawak engkorang ke Medan Kidd dari Terminal Amanjaya. Selalunya, bas ni dah standby tunggu kat Terminal Amanjaya.
Di Medan Kidd engkorang boleh naik bas yang berwarna merah putih yang menuju ke Giant, Tambun dan Tanjung Rambutan. Kekerapan bas ini boleh dikatakan sejam sekali.Naik bas tu dan beritahu engkorang mahu ke Lost World Of Tambun dan bas itu akan berhenti betul-betul di hadapan Lost World Of Tambun. Kebiasaannya bas tambang akan berhenti apabila penumpang menekan loceng jadi pastikan engkorang menekan loceng 20 saat selepas melihat Giant di sebelah kanan engkorang kerana Giant dan Lost World Of Tambun bersebelahan sahaja. Kadar tambang bas dari Medan Kidd ke Lost World Of Tambun adalah tidak lebih daripada Rm3.
Bas Medan Kidd - Tanjung Rambutan. Ini satu-satunya bas yang lalu di hadapan Lost World Of Tambun. Kalau lain pun ada yang baru sikit tapi kaler memang same, si merah dan si putih,.

Ini sahaja aku dapat kongsikan. Andai engkorang mengalami masalah lagi ketika bercuti, gunakan talian hayat yang terkahir iaitu tanya pada penduduk setempat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan