Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Nico

Nico?
Siapa Nico dalam hidup aku?
Yang pasti bukan kau yang baca tulisan ini. Nico tak pernah bisa baca tapi mungkin dia boleh paham.
Nico bukan seorang tapi dia seekor, seekor anak kucing. 
Aku tak pasti umurnya berapa tapi yang aku tahu kurang daripada setahun dan takkan hidup lebih daripada setahun.
Kerna apa aku pasti Nico takkan hidup lebih setahun? Kerna pagi tadi ia telah pergi buat selama-lamanya.

Nico,
Seekor anak kucing betina, anak kepada kucing betina dewasa aku iaitu Robin, dia lahir bersama 3ekor anak kucing yang lain. Warnanya putih dan punyai tompok-tompok hitam.

Nico,
Aku masih ingat seketika dulu, ibuku tidak rela menjaga kucing yang begitu banyak. Pada waktu itu, di rumah aku ada 8ekor anak kucing dan 3ekor kucing dewasa. Jadi untuk ringankan beban di rumah ibu aku buang 5ekor anak kucing dan seekor kucing dewasa tanpa kerelaan aku. Dalam 6ekor yang dibuang Nico salah seorang daripadanya. Nico nasibnya lebih baik, lewat pagi aku berjaya jumpa Nico semula tapi tidak 4ekor anak kucing yang lain.

Nico,
Aku bawa ke rumah, aku mandikan dan beri makan. Tapi ada satu beza pada Nico, dia kurus. Walau banyak dia makan, dia tetap kurus tak seperti kucing-kucing aku yang yang lain. Lama-kelamaan dia menghidapi penyakit kulit. Tak mengapa, aku cuba rawat dia. Aku sapukan ubat, aku cuci lukanya dengan air suam dan aku pakaikan kolar di lehernya agar dia tak menjilat lukanya.

Nico,
Kulitmu ada waktunya seperti mahu pulih dan ada waktunya teruk. Aku seperti manusia lain akan ada satu tahap aku terpaksa berubah, aku terpaksa kurangkan waktu menjaganya bila aku dapat kerja. Perhatian dan kasih sayang aku padanya sedikit kurang kerna aku penat dengan hal dunia. Sejak ramadhan tiba Nico mula kurang bermaya, Nico kerap tidur dan tidak lagi berlari dan bermain bersama anak kucing yang lain seperti sebelumnya.

Semalam, 
Aku tahu Nico tak punya banyak waktu lagi jadi aku selimutkan Nico dan aku dakap Nico tidur bersama aku. Makanan aku hidangkan Nico tak lagi sentuh. Semalam waktu aku dakap dan belai Nico aku minta maaf padanya sebab tak mampu jaganya, aku berbual dengan Nico seperti ia seorang manusia dan aku tahu Nico paham.

Pagi tadi,
Ibuku bilang kau sudah tiada, aku tahu Nico sudah bangun dari dakapanku kerna tidak mahu mati di hadapan aku. Jadi aku gagahkan diri untuk lihat Nico dan seperti aku jangkakan Nico sudah tidak bernafas. Nico walaupun kau seekor kucing, cukup kau pinjamkan aku satu memori yang tak akan aku lupa. Walaupun kau seekor kucing air mata aku tetap mengalir bila kau tiada. Nico amanlah kau di sana.
Aku harap kita jumpa di syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan