Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Backpacker ke Langkawi edisi kedua.

sambungan edisi pertama

Dalam perjalan ke Kuala Perlis aku dikejutkan oleh pemandu bas. Dia bilang siapa yang mahu ke Kuala Perlis sila naik bas di belakang. Masih dalam keadaan mengantuk aku ke berjalan sambil bawa backpack aku untuk keluar dalam bas. Dalam hati aku, ada sedikit rasa marah atas perbuatan sesetengah pemandu bas. Banyak perkara di luar kotak kita yang mereka lakukan. Aku selalu naik bas dan aku tahu perkara ni wujud.

Yang aku ingat masa tu di Sungai Petani. Aku naik bas di belakang, dua tingkat. Aku pilih seat paling hadapan di tingkat atas, di hadapan skrin besar yang menontonkan keindahan alam. Sawah padi, rumah kampung. Indah sungguh bak hang. Dan akhirnya aku sampai ke Kuala Perlis pada jam 8.30. Penuh kereta, bas dan manusia yang berada di situ. Perkara pertama aku lakukan ialah ke tandas membersihkan diri. Lepas tu aku beli tiket, Rm18 sehala. Aku lupa dah pukul berapa tiket aku, yang aku ingat pukul 10.30 atau 10.45. Aku ada masa lebih kurang sejam lebih jadi aku nak 'bunuh masa' aku pergi breakfast dan lepas tu pergi jalan-jalan kat pekan Kuala Perlis.

Masa aku on the way ke pekan aku nampak ada satu kedai, ejen pelancongan gayanya. Memikirkan orang yang sangat ramai hari ni aku galau kot-kot takde chalet semua penuh nanti. Takkan nak tidur hotel, tak rasa la gaya hidup di pantai cenggitu. Kahkahkah. Jadi aku beranikan diri bertanya berada tu. Macam biasa, aku gunakan kepakaran aku bercakap loghat utagha.

"Assalamualaikum bang."
"Waalaikummussalam, mai masuk."
"Abang ada buat servis pa?"
"Ni hang nak p langkawi ka? Dah ada chalet? La habaq kat abang hang nak dok mana? Pantai Cenang ka, Kuah ka, abang boleh booking untuk hang. La ada ramai orang, hang tak booking memang takda tempat tidoq."
"Saya nak tidoq kat Pantai Cenang, ada dak kosong belah sana bang?"
Abang tu hulurkan katalog tempat penginapan yang ada. Lepas tu satu persatu abang tu kol tanya ada yang kosong tak. Dan setiap kali lepas letak panggilan abang tu akan jawab takde. Jadi aku yang tengah tunggu bertambah galau memikirkan takde lagi tempat tidur. Macam biasa tipikal punya cerita abang tu dapat satu chalet. Kata abang tu di sana strategik. Belakang mekdi Pantai Cenang, sebelah Underwaterworld Langkawi. Aku bersetuju untuk ambik penginapan tu semalam je sebab aku bercadang nak ke Kuah pada malam kedua. Rm90 semalam. Dan abang tu cakap bayar pendahuluan dulu Rm20 sebab caj book. Hek. Macam aku tak tahu Rm20 tu komisen abang dapat. Hahahaha.

Jadi tunggu punya tunggu feri aku pun sampai dan aku letih gila sebab atas bas tidur-tidur ayam je. Masuk feri aku ingat nak tidur tapi dengan seat 90darjah menegak tambah pulak budak-budak ramai engkorang paham-paham je la feri ni keadaan dia macam mana.Seksa ya amat.

1jam kemudian aku sampai ke jeti Kuah, Langkawi. Lega gila rasanya. Dok kat seat 90darjah lagi 5minit cukup buat aku merangkak sepanjang hari tu. Perkara pertama yang aku kena cari hari tu ialah kenderaan yang aku nak guna. Bas takde di Langkawi dan kalau aku ambil teksi aku hanya akan stay kat satu tempat je. Jadi aku pun ambil keputusan untuk sewa kereta kat sana, lagipun Langkawi ni besar jugak. Kalau kecik macam Pangkor aku lagi prefer ambil motosikal.

Maka, masa aku nak keluar dari kawasan jeti punyalah ramai orang dok cari customer. Semua ada kat situ, sewa kereta, sewa motosikal, pakej pelancongan dan juga kawasan penginapan. Aku usha je yang mana yang ok, lepas tu aku pergi kat sorang brader tu aku cakap nak guna kereta. Lepas tu, dia bawa aku ke kaunter urusan syarikat dorang dekat depan jeti.

Lepas deal bagai aku setuju untuk ambik kereta Proton Saga dengan sewa Rm60 je sehari. Tapi lepas aku bawak kereta tu separuh jalan dah rasa macam naik kuda dengan ekon takde, radio takde, side mirror tak boleh ejas, batang gear macam nak patah dan beribu lagi sesalan sebab ambik kereta tu. Jadi aku patah balik dan tukar kereta Perodua Viva dengan harga Rm70 sehari. Oh ye, nak sewa tu kena bayar deposit dulu Rm50 ye nanti dia pulangkan balik lepas kita pulangkan kereta.

Jadi aku terus ke kawasan penginapan aku di Pantai Cenang. Lebih kurang setengah jam memandu barulah aku sampai ke chalet aku. Jadi lepas aku check in dan setelkan baki aku usha pakej yang chalet tu sediakan. Celaka, mahal gila. Jadi aku terus masuk bilik. Kondisi bilik tak berapa ok, lampu malap, tilam keras, hot shower rosak, plug banyak rosak. Senang kira bilik serupa gampang. Tapi yang best pasal chalet ni ialah lokasinya.

Lepas bersihkan diri semua. Aku terus rehatkan diri kejap. Tidur.
Hehehehehe.

bersambung..

3 ulasan:

  1. Wow! Best seh! Dah lama teringin nk g backpacker tp x de geng. Nk g sorang x berani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang dah ramai backpackers perempuan yang travel solo. cubelah.

      Padam
  2. Tahu tak hotel or everything utk backpacker yang paling murah area Langkawi? Or area chenang?

    BalasPadam