Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Backpacker ke Langkawi edisi kedua.

sambungan edisi pertama

Dalam perjalan ke Kuala Perlis aku dikejutkan oleh pemandu bas. Dia bilang siapa yang mahu ke Kuala Perlis sila naik bas di belakang. Masih dalam keadaan mengantuk aku ke berjalan sambil bawa backpack aku untuk keluar dalam bas. Dalam hati aku, ada sedikit rasa marah atas perbuatan sesetengah pemandu bas. Banyak perkara di luar kotak kita yang mereka lakukan. Aku selalu naik bas dan aku tahu perkara ni wujud.

Yang aku ingat masa tu di Sungai Petani. Aku naik bas di belakang, dua tingkat. Aku pilih seat paling hadapan di tingkat atas, di hadapan skrin besar yang menontonkan keindahan alam. Sawah padi, rumah kampung. Indah sungguh bak hang. Dan akhirnya aku sampai ke Kuala Perlis pada jam 8.30. Penuh kereta, bas dan manusia yang berada di situ. Perkara pertama aku lakukan ialah ke tandas membersihkan diri. Lepas tu aku beli tiket, Rm18 sehala. Aku lupa dah pukul berapa tiket aku, yang aku ingat pukul 10.30 atau 10.45. Aku ada masa lebih kurang sejam lebih jadi aku nak 'bunuh masa' aku pergi breakfast dan lepas tu pergi jalan-jalan kat pekan Kuala Perlis.

Masa aku on the way ke pekan aku nampak ada satu kedai, ejen pelancongan gayanya. Memikirkan orang yang sangat ramai hari ni aku galau kot-kot takde chalet semua penuh nanti. Takkan nak tidur hotel, tak rasa la gaya hidup di pantai cenggitu. Kahkahkah. Jadi aku beranikan diri bertanya berada tu. Macam biasa, aku gunakan kepakaran aku bercakap loghat utagha.

"Assalamualaikum bang."
"Waalaikummussalam, mai masuk."
"Abang ada buat servis pa?"
"Ni hang nak p langkawi ka? Dah ada chalet? La habaq kat abang hang nak dok mana? Pantai Cenang ka, Kuah ka, abang boleh booking untuk hang. La ada ramai orang, hang tak booking memang takda tempat tidoq."
"Saya nak tidoq kat Pantai Cenang, ada dak kosong belah sana bang?"
Abang tu hulurkan katalog tempat penginapan yang ada. Lepas tu satu persatu abang tu kol tanya ada yang kosong tak. Dan setiap kali lepas letak panggilan abang tu akan jawab takde. Jadi aku yang tengah tunggu bertambah galau memikirkan takde lagi tempat tidur. Macam biasa tipikal punya cerita abang tu dapat satu chalet. Kata abang tu di sana strategik. Belakang mekdi Pantai Cenang, sebelah Underwaterworld Langkawi. Aku bersetuju untuk ambik penginapan tu semalam je sebab aku bercadang nak ke Kuah pada malam kedua. Rm90 semalam. Dan abang tu cakap bayar pendahuluan dulu Rm20 sebab caj book. Hek. Macam aku tak tahu Rm20 tu komisen abang dapat. Hahahaha.

Jadi tunggu punya tunggu feri aku pun sampai dan aku letih gila sebab atas bas tidur-tidur ayam je. Masuk feri aku ingat nak tidur tapi dengan seat 90darjah menegak tambah pulak budak-budak ramai engkorang paham-paham je la feri ni keadaan dia macam mana.Seksa ya amat.

1jam kemudian aku sampai ke jeti Kuah, Langkawi. Lega gila rasanya. Dok kat seat 90darjah lagi 5minit cukup buat aku merangkak sepanjang hari tu. Perkara pertama yang aku kena cari hari tu ialah kenderaan yang aku nak guna. Bas takde di Langkawi dan kalau aku ambil teksi aku hanya akan stay kat satu tempat je. Jadi aku pun ambil keputusan untuk sewa kereta kat sana, lagipun Langkawi ni besar jugak. Kalau kecik macam Pangkor aku lagi prefer ambil motosikal.

Maka, masa aku nak keluar dari kawasan jeti punyalah ramai orang dok cari customer. Semua ada kat situ, sewa kereta, sewa motosikal, pakej pelancongan dan juga kawasan penginapan. Aku usha je yang mana yang ok, lepas tu aku pergi kat sorang brader tu aku cakap nak guna kereta. Lepas tu, dia bawa aku ke kaunter urusan syarikat dorang dekat depan jeti.

Lepas deal bagai aku setuju untuk ambik kereta Proton Saga dengan sewa Rm60 je sehari. Tapi lepas aku bawak kereta tu separuh jalan dah rasa macam naik kuda dengan ekon takde, radio takde, side mirror tak boleh ejas, batang gear macam nak patah dan beribu lagi sesalan sebab ambik kereta tu. Jadi aku patah balik dan tukar kereta Perodua Viva dengan harga Rm70 sehari. Oh ye, nak sewa tu kena bayar deposit dulu Rm50 ye nanti dia pulangkan balik lepas kita pulangkan kereta.

Jadi aku terus ke kawasan penginapan aku di Pantai Cenang. Lebih kurang setengah jam memandu barulah aku sampai ke chalet aku. Jadi lepas aku check in dan setelkan baki aku usha pakej yang chalet tu sediakan. Celaka, mahal gila. Jadi aku terus masuk bilik. Kondisi bilik tak berapa ok, lampu malap, tilam keras, hot shower rosak, plug banyak rosak. Senang kira bilik serupa gampang. Tapi yang best pasal chalet ni ialah lokasinya.

Lepas bersihkan diri semua. Aku terus rehatkan diri kejap. Tidur.
Hehehehehe.

bersambung..

Backpacker ke Langkawi edisi pertama

Ni aku nak share cerita aku backpacker ke Langkawi. Mana tahu engkorang nak buat rujukan. Kahkahkah. Ada ke? Gambo nanti aku letak, kalau dah ada tu kira aku dah taruk la ye.

Aku tak ingat bila tarikh aku pergi tapi yang aku ingat seminggu sebelum cuti sekolah bermula. Macam biasa lah, aku bab travel ni pesen redah kasi pecah. Just prepared myself dengan baca blog orang lain je. Nak tempah atau booking awal-awal ni bukan jenis aku lah.

Memula aku plan nak naik keretapi tapi disebabkan sikap aku yang jenis redah kasi pecah maka tiket keterapi Senandung Langkawi yang aku idamkan didahulukan kepada mereka yang lebih awal. Jadi aku decide nak naik bas je dari Puduraya. Disebabkan aku kat Terminal Bersepadu Selatan(TBS) masa tu jadi aku dinner kat situ je. Dan sekali lagi aku mengalami kejutan budaya apabila foodcourt Tbs pun pakai sistem macam kat foodcourt Thailand. Touch and go. Maksudnya, sebelum makan engkorang beli kad dekat depan foodcourt tu dulu, isi je berapa engkorang nak. Nanti beli makanan dan minuman engko hulur je kad tu. Kalau dah habis makan dan masih ada baki dalam kad tu, engko bagi balik kad tu kat kaunter depan tadi dan ambik baki engko yang tinggal.

Ok, lepas aku makan aku terus gerak ke Puduraya dengan menaiki lrt laluan Sentul Timur ke Stesen lrt Plaza Rakyat dengan tambang Rm1.70. Disana aku naik ke tingkat atas untuk mencari tiket ke Kuala Perlis. Tanya punya tanya semua cakap dah sold out. Aku kemudian ketap bibir marah diri sendiri. Bodoh sangat sebab main redah je. Bak kata twitpemes di tuiter, jangan mudah mengalah. Aku cuba tanya lagi dan akak kaunter tu bagi jawapan "Bas ada pukul 12 tapi sekarang ada tiket orang booking tak tau dia nak ke tak, nanti kalau dia tak jadi akak jual kat adik. Adik boleh tunggu kejap tak? Aku nak kol dia". Aku pun setuju dan akak tu terus konpemkan dengan orang tu nak tiket ke tak. Dan nasib aku sangat baik bila aku dapat tiket ke Kuala Perlis jam 12malam. Rm50 seorang. Mahal daripada harga biasa, selalunya tiket ke Kuala Perlis dari Puduraya ialah sekitar Rm45 ke Rm48 macam tu tapi memandangkan aku taknak tidur atas simen kat Puduraya tu aku beli juga tiket tu.

Lepas aku dapat tiket aku terus gerak ke platform tunggu bas kat tingkat bawah. Tunggu punya tunggu bas aku tak sampai lagi. Dah 12.30malam pun bas aku masih tak sampai. Ramai juga tunggu bas dengan aku masa tu. Ada yang watlek sambil sapkok je dan ada yang menyumpah seranah sambil membuat gaya. Aku? Duduk dan caj fon aku. Kahkahkah. Dan akhirnya bas aku sampai juga, memang lewat sampai aku dah lupa pukul berapa bas tu sampai.

Jadi naik la aku ke dalam bas untuk menuju destinasi percutian yang agak mainstream di negara kita iaitu Pulau Langkawi. Dalam bas aku dah terbayang macam-macam, nak berjalan tepi pantai sambil tayang body aku yang 'tough', nak berenang dengan ikan todak dan macam-macam lagi aku bayangkan sampai aku tertidur.

Bersambung..