Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Memburu Makanan: Melaka

Kehidupan sebagai seorang pemburu makanan menyebabkan aku terpaksa merantau jauh dari rumah untuk mencari nikmat kehidupan yang dikurniakan Tuhan iaitu makanan. Jadi fokus aku kali ni ialah negeri Melaka yang memang femes dengan Asam Pedas.

Jadi sebelum aku mula aku nak bagitahu, aku kalau boleh memang nak elak Mamak dan Tomyam. Melainkan dua kedai ni ada sediakan something yang pretty rare baru aku pergi. 

Jadi ni lah hasil buruan aku:

Asam Pedas
Kalau engkorang ke Melaka tapi tak rasa Asam Pedas level engko sama je dengan Mu yang tengah dok no8 liga sekarang. Kehkehkeh. Kat Melaka ni Asam Pedas punya la senang nak jumpa, aku yang tak minat Asam Pedas pun dah try 3tempat makan Asam Pedas yang femes di Melaka ni. Bagi aku sedap la dan jika engkorang peminat Asam Pedas ia akan bertukar kepada super sedap. Hikhikhik. Ha..ni 3 tempat yang aku kabo tu.
Asam Pedas Claypot. Lokasinya di Kota Laksamana, yang aku perasan buka pada
waktu malam. Memang best gila kawan aku kata. Cuma bagi aku harganya agak mahal la.
Asam Pedas Hajjah Mona, juga di Kota Laksamana. Yang ni sekali engko pandang
macam rumah. Belakang Hotel Casa Del Rio. Ni memang murah gila, jauh gila beza
harga dengan Asam Pedas Claypot.
Yang ketiga ialah Asam Pedas Power Bukit Cina. Maaf den takdo gambar kodai makan dio.
Landmark nak pergi kedai ni senang je, BSN, Centre Point Badminton Hall. Kat sini engkorang boleh pilih ikan
yang disediakan lepas tu bagi kat dia dan cakap nak masak apa. Perh.

Ayam Tandoori Pak Putra
Arh. Aku bila fikir pasal Ayam Tandoori Pak Putra ni mesti mengidam nak mampus walaupun aku baru lepas bedal 10pinggan nasi. Dia punya sedap Ayam Tandoori ni, aku sanggup ke Melaka kalau aku mengidam sangat-sangat. For me, ini Ayam Tandoori Paling sedap di Malaysia.
Lokasinya di Kota Laksamana. Selang beberapa kedai je dengan Asam Pedas Claypot.
Datang lambat memang konpem habis, kena-kena malam minggu.
Jalan Laksamana 4, Taman Kota Laksamana, Melaka
Sambil taip ni pun teringat weh Ayam Tandoori Pak Putra , sedap. Kalau engkorang lapar nasik, makan la dengan nasik dan kalau taknak makan nasi boleh makan dengan roti naan. Mostly staff kat sini memang dari India dan Pakistan, jadi yang tukang ambik order je boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, yang lain buat kerja je.
Ni antara menu yang aku sarankan korang patut cuba jika engkorang ke Melaka.
Tak rugi, seriesly.

Mi Sup Tengkera
Bagi peminat mee/bihun/kuewtiaw sup ni tempat yang patut engkorang singgah. Sup dia memang simple habis. Yang aku perasan ada Mee, ayam, sedikit sayur dan cili. Ni je yang ada tetapi dia punya rasa tu memang sedap. As noodle lover semangkuk memang tak cukup bagi aku. Hehe
Ni ha mee supnya. Nampak simple tapi sekali rasa boleh buat jadi gila.
Menu yang ada cuma Mee Sup, Bihun Sup dan Kuew Tiaw Sup sahaja dan ada juga beberapa kuih seperti popia.
Ni kedainya, tepi jalan sahaja. Buka dari jam 3petang hingga 6petang.
Selalu hari minggu lepas asar dah habis makanannya.

Lokasi Kedai Mi Sup Tengkera ni ialah di Tengkera. Jika engkorang datang dari Kesidang, Klebang, Lorong Pandan kedai ni di sebelah kiri dan jika engkorang dari Bandar Melaka, Gajah Berang kedai ni di sebelah kanan. Perhatikan betul-betul takut terlepas. Bagi yang nak datang naik bas, ambil bas Panorama yang melalui Tengkera di Melaka Sentral, kabo kat driver bas tu nak berhenti di Mi Sup Tengkera.

Laksa dan Kuih Keria Limbongan
Limbongan ni straight sahaja dari Tengkera, jalan menuju ke Klebang. Dekat je pun. Kat sini ada Laksa dan legendary Kuih Keria yang boleh buat orang Melaka jadi hawau. Kahkahkah. Aku sebagai rakyat Ipoh, Laksa ni senang nak cari tapi nak cari Laksa yang sedap dari Selangor ke Johor memang susah, jadi ni antara salah satu tempat yang tak rugi engkorang cuba laksanya. Pekat melekat kuahnya, maveles.
Dalam gambar ni Laksa nampak tak berapa pekat tapi realitinya kuahnya memang pekat.
Super duper sedap. Sedap gila bak hang!

Lokasinya di Limbongan, kira area Bandar Melaka lagi, nak datang naik bas pun boleh, bas lalu di sini. Cuba dan aku gerenti korang tak menyesal.


Coconut Shake Klebang
Aku rasa hampir semua orang tahu kehebatan Coconut Shake Klebang ni. Klebang ni kira luar dari Bandar Melaka dah tapi takde la jauh sangat. Datang dengan bas pun boleh. Klebang Original Coconut Shake ni beroperasi dari jam 2petang hingga jam 7malam setiap hari. Kedainya kira belum sampai Pantai Klebang lagi jika engkorang gerak dari Bandar Melaka. Perhatikan sebelah kanan, kedai ni bersebelahan dengan kawasan perkuburan Islam dan stesen minyak Caltex. Jika engkorang dari Klebang kedai ni sebelah kanan.

Kedai ni lagi petang lagi ramai yang beratur. Konpem jem jalan depan gerai ni.
Yang beratur ni untuk beli bungkus je, yang nak makan kat sini boleh masuk dalam.
Suasana dalam kedai. Selain coconut shake ada juga makanan seperti
nasi lemak, bihun goreng, mee goreng dan kuih-muih.
Kalau korang bungkus dia letak dalam bekas macam ni  bersama penutup dan dalam gelas
jika korang minum kat sini. Rm2 untuk biasa(takde aiskrim) dan Rm2.50 coconut shake special.
Bagi aku ni coconut shake paling sedap dalam Malaysia, lantak engkorang nak cakap apa. Selain kat Klebang ada satu lagi di Batu Berendam. Rasa pun lebih kurang dengan yang ni, tiptop!

1 ulasan: