Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Backpacker ke Melaka

Seperti yang kita ketahui, Melaka merupakan salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air dan juga negeri yang kaya dengan sejarah. Seperti slogan yang kerajaan Melaka cipta untuk menarik pelancong 'Melawat Melaka beerti melawat Malaysia' sebenarnya agak sesuai. Jadi entry kali ni aku nak share tips ringkas dan padat jika engkorang berminat nak backpack ke Melaka.

Ok, ni beberapa cerita dan tips untuk engkorang yang nak datang Melaka;

Cara nak datang ke Melaka
Bagi yang nak naik kenderaan sendiri engkorang boleh terus pecut ikut signboard ke Melaka, jangan masuk KL kalau engkorang taknak bazirkan masa lepak dalam kesesakan lalu lintas. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam pula, bas adalah pengangkutan paling murah yakni selamat untuk ke Melaka. Yang nak naik keteapi, lupakanlah. Dan yang nak datang dengan kapal terbang pun boleh, Melaka ada airport tahu? Melaka takde keretapi. Ok, tambang TBS ke Melaka harganya hanya Rm10 jika engkorang naik bas Metrobus, selalu aku naik bas ni lah. Ok kenapa aku kira bajet dari Kolumpo? Sebab jika engkorang transit di KL dari utara atau pantai timur aku rasa harganya lebih murah. Aku rasa lah.

Macam aku selalu dari Ipoh straight ke Melaka tambang bas lebih kurang Rm35-Rm38. Dan jika aku transit di Kolumpo harganya akan berkurang, sebab tiket Ipoh ke Kolumpo dalam Rm20 dan bila sampai di Puduraya aku akan naik Lrt di stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandar Tasik Selatan dengan harga Rm1.70 dan bila sampai ke sana aku beli tiket bas ke Melaka dengan harga Rm10. Jadi semua sekali tambang aku hanya Rm31.70, jauh lebih murah berbanding aku straight ke Melaka. Untuk menjadi seseorang backpacker yang 'berjaya' engkorang kena minimakan bajet pada tahap paling maksimum.

Penginapan
Bila aku sebut penginapan mesti ramai yang syak hotel je kan? True backpacker akan tidur di jalanan. Kahkahkah. atau guesthouse paling common untuk seorang backpacker.Macam aku haritu masa ke Melaka aku tidur di Sayang-sayang guesthouse, dorm, Rm20 per/night. Aku tak recommendkan sangat guesthouse ni .Guesthouse paling banyak area Jonker Street, jadi macam mana nak ke sana kalau engkorang dari Melaka Sentral ( Terminal Bas Melaka)?
Dari Melaka Sentral engkorang naik bas Panoroma yang menghala ke Mata Kucing, Bangunan Merah(Stadhuys), Mahkota Parade(MP), Dataran Pahlawan(DP), Ujong Pasir. Cari bas Panorama yang kat depan dia tulis destinasi-destinasi yang aku sebut ni, kalau tak tahu tanya. Naik bas ni kemudian turun di Bangunan Merah. Bangunan Merah tu sebelah Jonker Street je, ha carilah guesthouse yang sesuai untuk jadikan tempat tidur engkorang.
Ni guesthouse yang aku tidur haritu tapi aku tak mencadangkannya
pada engkorang sebab staff dia cegampang dan lokasi agak jauh.

Tempat Menarik dan Wajib Dilawati
  • Kota A Famosa dan Muzium-muzium di sekitarnya
Ni sesuai bagi peminat sejarah tengok tempat terawal dijajah di negara kita, berdekatan dengan Kota A Famosa ni banyak muzium-muzium, ada yang free dan ada yang berbayar.Ada beca kalau engkorang nak merasa naik beca. Kota A Famosa dan muzium-muzium ni letaknya di belakang mall Dataran Pahlawan, kalau engkorang dah panas berjalan boleh masuk mall ni nak sejukkan ketiak. Dan kat area ni ada satu menara yang digelar Menara Taming Sari yang engkorang boleh naik dengan harga Rm10 selepas menunjukkan ic engkorang. Menara ni macam lif, engkorang naik untuk sightseeing bandar Melaka ni, boleh sewa binocular. Naik lah kalau engkorang berminat, bagi aku tak berbaloi sebab sekejap sangat untuk harga Rm10.
Kota  A Famosa. Free je masuk sini, siapa yang minta duit kau cepuk kepala dia.

  • Melaka River Cruise
Yang ni sama macam kebanyakkan river cruise yang ada di Malaysia ni. Engkorang naik bot dan pusing area Melaka melalui Sungai Melaka. Tiket Rm10 untuk dewasa, kanak-kanak aku tak tahu. Boleh naik di dua stesen, pertama di Taman Rempah, boleh naik bas yang menghala ke ocean kemudian turun di depan Uitm Bandaraya Melaka atau naik bas yang lalu jalan Mata Kucing tadi kemudian turun betul-betul depan Rempah.
Stesen kedua depan Hotel Casa Del Rio dan sebelah Muzium Kapal tu. Kalau engkorang tidur di Jonker Street atau area Mahkota Parade boleh jalan kaki je atau naik beca kalau malas jugak.
Nasihat aku, naik malam kalau nak tengok pemandangan yang lebih cantik.
Ni antara pemandangan yang engkorang nampak jika naik cruise ni pada waktu malam di sungai Melaka.
  • Ayer Keroh
Nak ke Ayer Keroh engkorang kena naik bas ke Melaka Sentral kemudian Melaka Sentral ke Ayer Keroh. Kat Ayer Keroh banyak tempat menarik engkorang boleh lawati seperti Zoo Melaka, Mini Malaysia, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Taman Botani dan macam-macam lagi. Cuma sediakan duit tiket je untuk masuk. Dan tambang bas pergi balik.
Zoo Melaka. Juga dibuka pada waktu malam.

  • Jonker Walk dan Pahlawan Walk
Ni tempat untuk kaki shopping. Jonker Walk memang femes habis, peniaga kat sini kebanyakkannya cina atau baba nyonya mungkin. Siapa nak beli souvenir boleh beli area sini, ada banyak barang rare kat sini yang korang tak boleh jumpa kat tempat lain. Jonker Walk ni area Jonker Street.
Satu lagi Pahlawan Walk, tipikal uptown yang ada kat Malaysia ni, cuma bezanya ada jual beberapa souvenir yang engkorang boleh jumpa di Melaka je. Pahlawan Walk ni letaknya satu dekat depan Menara Taming Sari.
Kedua-dua 'Walk' ni hanya dibuka pada malam jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Engkorang datang hari lain memang takde.


P/s:
1. Aku bukan nak dengki atau apa tapi cuba elak nak teksi sebab teksi sangat mahal, sangat-sangat mahal bagi aku ke Melaka, engkorang boleh naik bas ke destinasi yang sama dengan harga seringgit tetapi Rm20 dicaj oleh pemandu teksi. Pasal bas kat Melaka  jangan risau, hampir semua tempat bas lalu.
2. Jangan terasa kalau orang Melaka cakap kasar dengan engko sebab tu memang budaya orang Melaka.
3. Pasal makanan kat Melaka nanti aku tulis di entri lain, makanan cukup banyak kalau nak combine. Kahkahkah
4. Ada satu tempat nama Pirate Park, macam funfair jugak. Antara tarikan di Melaka tetapi nasihat aku tak payah la naik permainan di sana, bayar dah la Rm5 paling murah lepas tu 2,3minit dah habis. Series rugi bak hang!

14 ulasan:

  1. salam. tbe2 rse bez ke melaka dgn pngangkutan awam. cara awk pn details, bole imagine stiap step hehe :)
    sy nk tnye, area ayer keroh tue ada pnginapan yg ok tak?

    BalasPadam
  2. dari station bandar tasik selatan ke melaka dalam berapa jam eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari TBS ke Melaka Sentral ambik masa 2jam maksimum. :)
      Saya rekemenkan bas Metrobus atau Delima. Murah dan selesa.

      Padam
  3. Area Ayer Keroh banyak penginapan tapi takde yang murah macam guesthouse. Kalau hotel bajet tu banyak la. :)

    BalasPadam
  4. Agak2 Bajet Ke Melaka Berape? Aku Bajet 500 Je Cukup Tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih daripada cukup. :)
      Melainkan kalau tak boleh kawal nafsu membeli belah. :p

      Padam
  5. Useful tips! Thank you mr blogger! Memang teramat berguna utk ktorang yg baru first time nk plan backpacking trip ke melaka.. Wuhooo thanks again!

    BalasPadam
  6. Kalau nak stay penginapan dekat lavender guesthouse tu okay tak?

    BalasPadam
  7. Kalau nak pergi ke pantai klebang mcm mana ye??ada bas x??

    BalasPadam
  8. Mcm mna ya kalau dari kl sentral ke melaka ??

    BalasPadam
  9. Uia kuantan student11 Mac 2015 5:38 PTG

    Thanx... Tgh first time backpacking... And first destination is Malacca.. Hope everything is going well..:)

    BalasPadam