Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Aku, Abah dan Perak FA

Sebut je bola sepak hampir semua orang lelaki pasti adrenalinnya mengalir laju memecut seperti Cristiano Ronaldo berlari sambil membawa bola, bukan sahaja lelaki malah ada juga golongan wanita serta pondan meminati sukan bola sepak. Dalam dunia ni ada berjuta-juta atau mungkin berbilion bilangan peminat bola sepak dan aku salah seorang daripadanya. Daripada lalang hingga-lah ke kipas susah mati (die hard fan) dan aku tak tahu aku jenis yang mana satu.

Tetapi dalam puluhan kelab bola sepak yang wujud di Malaysia ni, pasukan aku hanya satu iaitu Perak FA yang kini lebih dikenali sebagai Perak FC.
“You can change your wife, your politics, your religion, but never, never can you change your favourite football team.” – Eric Cantona.

Semenjak tahun 1998 inilah pasukan aku dan sampai aku mati pun inilah pasukan aku. Manusia yang paling mempengaruhi aku untuk mencintai bola sepak Malaysia tak lain tak bukan ialah abah aku. Apa yang aku ingat masa tahun 1998 kat rumah aku ada satu poster besar Dunhill Liga Malaysia yang paparkan kesemua pasukan bertanding. Selain tu ada beberapa majalah bola sepak dan paling aku ingat ialah majalah pasukan bola sepak Perak.

Walaupun abah aku merupakan penyokong kuat pasukan negeri kelahirannya iaitu Kedah, aku memilih pasukan Perak sebagai pasukan aku. Walaupun Perak ialah negeri kelahiranku tetapi faktor utama aku memilih Perak ketika itu adalah kerana corak permainannya, superb. Lebih manis lagi pada tahun itu, Perak melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1998. Itulah kali pertama aku ke Stadium Bukit Jalil dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia yang diadakan di Bukit Jalil. Kata abah ni hadiah untuk aku dan angah. Abah, aku dan adikku angah bersama ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 1998, Perak melawan Terengganu.

Dan one of the best moment in my life dan sampai aku mati pun takkan aku lupa adalah aku antara ribuan yang menjadi saksi di Stadium Bukit Jalil Perak merangkul Piala Malaysia yang pertama dipertandingkan di sana selepas menewaskan Terengganu 5-3 melalui sepak penalti. Aku ingat lagi beberapa hero dalam skuad 1998. Azrul Amri Burhan, Khairul Anuar Baharom, Chan Wing Hong, V Saravanan dan ramai lagi kalau aku nak sebut sorang-sorang.



Semasa perjalanan balik dari Kolumpo aku sempat menyaksikan antara pemandangan yang paling cantik, penuh tengok bendera Perak sana sini. Sepanjang lebuhraya Kolumpo-Perak memang semua pakat kibarkan bendera Perak. Bangga sangat rasa masa tu. Masa otw balik aku ada perli abah yang bawak aku dan adik. Aku kabo kat dia 'Abah, tengok Perak. Kuat kan? Baik abah sokong Perak takyah sokong Kedah dah. Kedah bukan kuat pun abah'. Abah pun jawab 'Abah tetap sokong Kedah sampai mati dan along pun kena sokong Perak sampai bila-bila, abah harap satu hari nanti final Piala Malaysia Kedah lawan Perak, masa tu baru kita tahu siapa kuat'.

Tahun demi tahun kemudian Perak terus mengecapi kejayaan. Antaranya muncul sebagai juara Piala Malaysia untuk kali ke7 pada tahun 2000. Masa ni aku tak ke stadium, abah bizi berkerja. Aku tengok di rumah, Perak menang aku melompat macam syaitan. Tahun seterusnya ke final lagi, jumpa lagi lawan yang sama seperti tahun 1998, Terengganu. Aku paling ingat player yang dipinjam dari Kedah masai ni, Rafdi Rashid, laju macam lipas kudung. Tapi sayang Perak tewas dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2001. Tahun 2002 dan 2003 juga cemerlang untuk Perak apabila Perak menjuari Liga Premier Divisyen 1, masa ni asal abah cuti mesti kami ke stadium kalau ada game. Pada tahun 2004 selepas Liga Super diperkenalkan, Perak masih hebat dengan merangkul Piala FA. 

Tiga tahun selepas itu impian abah tercapai. Final Piala Malaysia 2007 temukan Kedah dan Perak. Aku ke stadium berdua je dengan abah. Dia sarung jersi Kedah dan aku pakai jersi Perak, jalan kat highway perh penuh dengan kenderaan fans Perak dan Kedah, jauh lagi hebat dari fenomena Jdt dn Kelantan sekarang. Sampai di stadium aku kena follow abah duduk di kawasan fans Kedah. Semua orang tengok pelik je, yelah ayahnya pakai jersi Kedah dan anak pakai jersi Perak. Tetapi  yang sedihnya game tu Kedah menang 3-0, semua orang kat sebelah aku bersorak, aku je sedih. Masa otw balik aku tengok abah kemain hepi dan tak habis-habis perli aku dan team Perak. Takpe aku bagi peluang dia seronok. Hepi betei abah malam tu.

Dua bulan selepas tu abah meninggal dunia selepas impian dia nak tengok Kedah lwn Perak di final tercapai. Disebabkan itu aku dah malas nak ke stadium tengok bola sebab 'kawan baik' aku dah takde. Tapi aku teringat balik kata-kata abah yang dia nak aku jadi penyokong Perak sampai mati dan aku penuhkan impian dia. Sampai hari ni aku ke stadium, selalunya sorang-sorang sahaja sebab kawan-kawan aku slalu sokong time kuat je, ajak adik aku, dia selalu kabo 'watpe g stadium? Nanti kat fesbuk update jugak result dia'. Dia tak paham perjuangan penyokong sejati.

Walaupun kini Perak dah hampir 10tahun tanpa sebarang piala serta menjadi pasukan biasa-biasa sahaja dan ada yang menggelar Perak sebagai pasukan cap ayam. Aku tetap setia menunggu agar suatu masa nanti kegemilangan pasukan Perak 1998-2004 dapat diulangi.

Apa-apa jadi pun, aku penyokong Perak sampai mati. Sebab di dalam bola sepak aku jumpa diri aku, semangat dan abah. Dont Mess with The Yobs!

1 ulasan: