Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Aku, Abah dan Perak FA

Sebut je bola sepak hampir semua orang lelaki pasti adrenalinnya mengalir laju memecut seperti Cristiano Ronaldo berlari sambil membawa bola, bukan sahaja lelaki malah ada juga golongan wanita serta pondan meminati sukan bola sepak. Dalam dunia ni ada berjuta-juta atau mungkin berbilion bilangan peminat bola sepak dan aku salah seorang daripadanya. Daripada lalang hingga-lah ke kipas susah mati (die hard fan) dan aku tak tahu aku jenis yang mana satu.

Tetapi dalam puluhan kelab bola sepak yang wujud di Malaysia ni, pasukan aku hanya satu iaitu Perak FA yang kini lebih dikenali sebagai Perak FC.
“You can change your wife, your politics, your religion, but never, never can you change your favourite football team.” – Eric Cantona.

Semenjak tahun 1998 inilah pasukan aku dan sampai aku mati pun inilah pasukan aku. Manusia yang paling mempengaruhi aku untuk mencintai bola sepak Malaysia tak lain tak bukan ialah abah aku. Apa yang aku ingat masa tahun 1998 kat rumah aku ada satu poster besar Dunhill Liga Malaysia yang paparkan kesemua pasukan bertanding. Selain tu ada beberapa majalah bola sepak dan paling aku ingat ialah majalah pasukan bola sepak Perak.

Walaupun abah aku merupakan penyokong kuat pasukan negeri kelahirannya iaitu Kedah, aku memilih pasukan Perak sebagai pasukan aku. Walaupun Perak ialah negeri kelahiranku tetapi faktor utama aku memilih Perak ketika itu adalah kerana corak permainannya, superb. Lebih manis lagi pada tahun itu, Perak melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 1998. Itulah kali pertama aku ke Stadium Bukit Jalil dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia yang diadakan di Bukit Jalil. Kata abah ni hadiah untuk aku dan angah. Abah, aku dan adikku angah bersama ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 1998, Perak melawan Terengganu.

Dan one of the best moment in my life dan sampai aku mati pun takkan aku lupa adalah aku antara ribuan yang menjadi saksi di Stadium Bukit Jalil Perak merangkul Piala Malaysia yang pertama dipertandingkan di sana selepas menewaskan Terengganu 5-3 melalui sepak penalti. Aku ingat lagi beberapa hero dalam skuad 1998. Azrul Amri Burhan, Khairul Anuar Baharom, Chan Wing Hong, V Saravanan dan ramai lagi kalau aku nak sebut sorang-sorang.



Semasa perjalanan balik dari Kolumpo aku sempat menyaksikan antara pemandangan yang paling cantik, penuh tengok bendera Perak sana sini. Sepanjang lebuhraya Kolumpo-Perak memang semua pakat kibarkan bendera Perak. Bangga sangat rasa masa tu. Masa otw balik aku ada perli abah yang bawak aku dan adik. Aku kabo kat dia 'Abah, tengok Perak. Kuat kan? Baik abah sokong Perak takyah sokong Kedah dah. Kedah bukan kuat pun abah'. Abah pun jawab 'Abah tetap sokong Kedah sampai mati dan along pun kena sokong Perak sampai bila-bila, abah harap satu hari nanti final Piala Malaysia Kedah lawan Perak, masa tu baru kita tahu siapa kuat'.

Tahun demi tahun kemudian Perak terus mengecapi kejayaan. Antaranya muncul sebagai juara Piala Malaysia untuk kali ke7 pada tahun 2000. Masa ni aku tak ke stadium, abah bizi berkerja. Aku tengok di rumah, Perak menang aku melompat macam syaitan. Tahun seterusnya ke final lagi, jumpa lagi lawan yang sama seperti tahun 1998, Terengganu. Aku paling ingat player yang dipinjam dari Kedah masai ni, Rafdi Rashid, laju macam lipas kudung. Tapi sayang Perak tewas dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2001. Tahun 2002 dan 2003 juga cemerlang untuk Perak apabila Perak menjuari Liga Premier Divisyen 1, masa ni asal abah cuti mesti kami ke stadium kalau ada game. Pada tahun 2004 selepas Liga Super diperkenalkan, Perak masih hebat dengan merangkul Piala FA. 

Tiga tahun selepas itu impian abah tercapai. Final Piala Malaysia 2007 temukan Kedah dan Perak. Aku ke stadium berdua je dengan abah. Dia sarung jersi Kedah dan aku pakai jersi Perak, jalan kat highway perh penuh dengan kenderaan fans Perak dan Kedah, jauh lagi hebat dari fenomena Jdt dn Kelantan sekarang. Sampai di stadium aku kena follow abah duduk di kawasan fans Kedah. Semua orang tengok pelik je, yelah ayahnya pakai jersi Kedah dan anak pakai jersi Perak. Tetapi  yang sedihnya game tu Kedah menang 3-0, semua orang kat sebelah aku bersorak, aku je sedih. Masa otw balik aku tengok abah kemain hepi dan tak habis-habis perli aku dan team Perak. Takpe aku bagi peluang dia seronok. Hepi betei abah malam tu.

Dua bulan selepas tu abah meninggal dunia selepas impian dia nak tengok Kedah lwn Perak di final tercapai. Disebabkan itu aku dah malas nak ke stadium tengok bola sebab 'kawan baik' aku dah takde. Tapi aku teringat balik kata-kata abah yang dia nak aku jadi penyokong Perak sampai mati dan aku penuhkan impian dia. Sampai hari ni aku ke stadium, selalunya sorang-sorang sahaja sebab kawan-kawan aku slalu sokong time kuat je, ajak adik aku, dia selalu kabo 'watpe g stadium? Nanti kat fesbuk update jugak result dia'. Dia tak paham perjuangan penyokong sejati.

Walaupun kini Perak dah hampir 10tahun tanpa sebarang piala serta menjadi pasukan biasa-biasa sahaja dan ada yang menggelar Perak sebagai pasukan cap ayam. Aku tetap setia menunggu agar suatu masa nanti kegemilangan pasukan Perak 1998-2004 dapat diulangi.

Apa-apa jadi pun, aku penyokong Perak sampai mati. Sebab di dalam bola sepak aku jumpa diri aku, semangat dan abah. Dont Mess with The Yobs!

Memburu Makanan: Melaka

Kehidupan sebagai seorang pemburu makanan menyebabkan aku terpaksa merantau jauh dari rumah untuk mencari nikmat kehidupan yang dikurniakan Tuhan iaitu makanan. Jadi fokus aku kali ni ialah negeri Melaka yang memang femes dengan Asam Pedas.

Jadi sebelum aku mula aku nak bagitahu, aku kalau boleh memang nak elak Mamak dan Tomyam. Melainkan dua kedai ni ada sediakan something yang pretty rare baru aku pergi. 

Jadi ni lah hasil buruan aku:

Asam Pedas
Kalau engkorang ke Melaka tapi tak rasa Asam Pedas level engko sama je dengan Mu yang tengah dok no8 liga sekarang. Kehkehkeh. Kat Melaka ni Asam Pedas punya la senang nak jumpa, aku yang tak minat Asam Pedas pun dah try 3tempat makan Asam Pedas yang femes di Melaka ni. Bagi aku sedap la dan jika engkorang peminat Asam Pedas ia akan bertukar kepada super sedap. Hikhikhik. Ha..ni 3 tempat yang aku kabo tu.
Asam Pedas Claypot. Lokasinya di Kota Laksamana, yang aku perasan buka pada
waktu malam. Memang best gila kawan aku kata. Cuma bagi aku harganya agak mahal la.
Asam Pedas Hajjah Mona, juga di Kota Laksamana. Yang ni sekali engko pandang
macam rumah. Belakang Hotel Casa Del Rio. Ni memang murah gila, jauh gila beza
harga dengan Asam Pedas Claypot.
Yang ketiga ialah Asam Pedas Power Bukit Cina. Maaf den takdo gambar kodai makan dio.
Landmark nak pergi kedai ni senang je, BSN, Centre Point Badminton Hall. Kat sini engkorang boleh pilih ikan
yang disediakan lepas tu bagi kat dia dan cakap nak masak apa. Perh.

Ayam Tandoori Pak Putra
Arh. Aku bila fikir pasal Ayam Tandoori Pak Putra ni mesti mengidam nak mampus walaupun aku baru lepas bedal 10pinggan nasi. Dia punya sedap Ayam Tandoori ni, aku sanggup ke Melaka kalau aku mengidam sangat-sangat. For me, ini Ayam Tandoori Paling sedap di Malaysia.
Lokasinya di Kota Laksamana. Selang beberapa kedai je dengan Asam Pedas Claypot.
Datang lambat memang konpem habis, kena-kena malam minggu.
Jalan Laksamana 4, Taman Kota Laksamana, Melaka
Sambil taip ni pun teringat weh Ayam Tandoori Pak Putra , sedap. Kalau engkorang lapar nasik, makan la dengan nasik dan kalau taknak makan nasi boleh makan dengan roti naan. Mostly staff kat sini memang dari India dan Pakistan, jadi yang tukang ambik order je boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, yang lain buat kerja je.
Ni antara menu yang aku sarankan korang patut cuba jika engkorang ke Melaka.
Tak rugi, seriesly.

Mi Sup Tengkera
Bagi peminat mee/bihun/kuewtiaw sup ni tempat yang patut engkorang singgah. Sup dia memang simple habis. Yang aku perasan ada Mee, ayam, sedikit sayur dan cili. Ni je yang ada tetapi dia punya rasa tu memang sedap. As noodle lover semangkuk memang tak cukup bagi aku. Hehe
Ni ha mee supnya. Nampak simple tapi sekali rasa boleh buat jadi gila.
Menu yang ada cuma Mee Sup, Bihun Sup dan Kuew Tiaw Sup sahaja dan ada juga beberapa kuih seperti popia.
Ni kedainya, tepi jalan sahaja. Buka dari jam 3petang hingga 6petang.
Selalu hari minggu lepas asar dah habis makanannya.

Lokasi Kedai Mi Sup Tengkera ni ialah di Tengkera. Jika engkorang datang dari Kesidang, Klebang, Lorong Pandan kedai ni di sebelah kiri dan jika engkorang dari Bandar Melaka, Gajah Berang kedai ni di sebelah kanan. Perhatikan betul-betul takut terlepas. Bagi yang nak datang naik bas, ambil bas Panorama yang melalui Tengkera di Melaka Sentral, kabo kat driver bas tu nak berhenti di Mi Sup Tengkera.

Laksa dan Kuih Keria Limbongan
Limbongan ni straight sahaja dari Tengkera, jalan menuju ke Klebang. Dekat je pun. Kat sini ada Laksa dan legendary Kuih Keria yang boleh buat orang Melaka jadi hawau. Kahkahkah. Aku sebagai rakyat Ipoh, Laksa ni senang nak cari tapi nak cari Laksa yang sedap dari Selangor ke Johor memang susah, jadi ni antara salah satu tempat yang tak rugi engkorang cuba laksanya. Pekat melekat kuahnya, maveles.
Dalam gambar ni Laksa nampak tak berapa pekat tapi realitinya kuahnya memang pekat.
Super duper sedap. Sedap gila bak hang!

Lokasinya di Limbongan, kira area Bandar Melaka lagi, nak datang naik bas pun boleh, bas lalu di sini. Cuba dan aku gerenti korang tak menyesal.


Coconut Shake Klebang
Aku rasa hampir semua orang tahu kehebatan Coconut Shake Klebang ni. Klebang ni kira luar dari Bandar Melaka dah tapi takde la jauh sangat. Datang dengan bas pun boleh. Klebang Original Coconut Shake ni beroperasi dari jam 2petang hingga jam 7malam setiap hari. Kedainya kira belum sampai Pantai Klebang lagi jika engkorang gerak dari Bandar Melaka. Perhatikan sebelah kanan, kedai ni bersebelahan dengan kawasan perkuburan Islam dan stesen minyak Caltex. Jika engkorang dari Klebang kedai ni sebelah kanan.

Kedai ni lagi petang lagi ramai yang beratur. Konpem jem jalan depan gerai ni.
Yang beratur ni untuk beli bungkus je, yang nak makan kat sini boleh masuk dalam.
Suasana dalam kedai. Selain coconut shake ada juga makanan seperti
nasi lemak, bihun goreng, mee goreng dan kuih-muih.
Kalau korang bungkus dia letak dalam bekas macam ni  bersama penutup dan dalam gelas
jika korang minum kat sini. Rm2 untuk biasa(takde aiskrim) dan Rm2.50 coconut shake special.
Bagi aku ni coconut shake paling sedap dalam Malaysia, lantak engkorang nak cakap apa. Selain kat Klebang ada satu lagi di Batu Berendam. Rasa pun lebih kurang dengan yang ni, tiptop!

Makanan dan Laman Sosial

'Apa pendapat hang pasai oghang hait jenih suka letak gambaq makanan kat instagram, twitter dan semua laman sosial ni?'
Amek gambaq makanan lepait tu taruk kat setagram.

Ni antara soklan yang aku dapat masa aku manage salah satu akaun twitter. Lagipun sebenaqnya topik ni femes, ramai dah bagi pendapat. Lantak la, tu pendapat orang lain, ni pendapat aku.

Perkara ni sebenaqnya dah lama jadi fenomena selepas kewujudan smart phone yang ditambah serinya dengan kewujudan applikasi seperti instagram. Tapi masalah ni sebenaqnya bukan jadi kat instagram sahaja malah kat twitter dan fesbuk juga ramai yang dok buat lagu ni.

Nak cakap yang hang suka makanan, aku pun suka makanan sampaikan aku ada duit sikit aku rela cari port makan sedap daripada beli baju baru dan aku rasa ramai orang lain pun suka makanan tetapi yang bezakan orang yang makan tak ambik gambaq dengan hang yang bila makan sikit kalut dok caghi henpon ialah wujud perasaan ujub dan takbur. Kalau hangpa perasan, artis hait mula dulu buat lagu ni lama-lama ramai ikut.

Jadi kenapa aku kaitkan ujub dan takbur dengan isu ni? Sebab hang nak tunjuk apa hang nak makan. Hang nak tunjuk apa hang mampu. Hang nak orang tiru hang. Hang nak orang berkenan apa hang makan. Hang nak orang terliuq. Tidakkah wujud perasaan ujub dan takbur walaupun sebesar zarah jika ini niat hang?

Satu lagi, kalau hangpa perasan yang dok buh gambaq makanan ni. Mostly mesti makanan tu mewah,maksud cheq kira boleh tahan. Mungkin bila ada yang cakap jangan letak gambaq makanan nanti ada hait terliuq mesti hang jawab "Tu maknannya dia kaya la sebab ada smart phone untuk tengok instagram i". Smart phone ni dulu ye barang kehendak sekarang smart phone dah jadi barang keperluan, almost semua orang ada smart phone la ni tak kira kaya atau miskin. Jadi tindakan hang untuk letak gambaq makanan dalam laman sosial kadang-kadang membuat orang lain terliur dan mungkin hang sendiri tak tahu walaupun dia kawan baik hang kat laman sosial. Betui aku habaq, dalam Malaysia ni ramai sangat orang miskin yang tak mampu nak makan ayam walaupun sebulan sekali. Nanti aku bukak topik ni dalam entry lain.

Dan ada satu pesen lagi suka ambik gambaq sisa makanan lepaih habih makan, jujur bagi aku oghang hait jenih lagu ni pengotoq nak mampuih. Aku bila tengok gambaq sisa makanan lepas makan mesti nak muntah. Jujur aku habaq, sikap ni pengotoq teruk daripada ulat sampah.

Sejujurnya bagi aku mereka yang letak gambaq makanan kat laman sosial ialah mereka yang ujub, takbur, tak cool, punya penyakit wahan dan ulat sampah. Kahkahkah

Budak Budak Baru Nak Up

Kita selalu geleng kepala pabila melihat sikap dan tingkah laku adik-adik kita yang kadang-kadang kita gelar mereka sebagai 'Budak-Budak Baru Nak Up' atau 'BBNU' sebagai akronimnya. Ada juga antara kita yang terus menerus melempar cacian dan makian pada mereka.

Sambil menepuk dada sendiri kita bangga yang zaman kita muda dahulu kita tidak se'bodoh' seperti mereka. Persoalannya, apakah benar aku dan kau tidak se'bodoh' mereka? Ingat, kita bukan orang paling sesuai untuk menilai diri sendiri.

Kesimpulannya, teruk macam mana pun sikap dan tingkah laku BBNU zaman sekarang belum tentu ia lebih 'bodoh' daripada perangai aku dan kau dahulu. Daripada terus menghambur maki hamun, lebih baik kita doakan adik-adik kita berubah menjadi lebih baik dari sekarang atau lebih baik daripada kita khususnya.

Backpacker ke Melaka

Seperti yang kita ketahui, Melaka merupakan salah sebuah negeri yang terletak di selatan tanah air dan juga negeri yang kaya dengan sejarah. Seperti slogan yang kerajaan Melaka cipta untuk menarik pelancong 'Melawat Melaka beerti melawat Malaysia' sebenarnya agak sesuai. Jadi entry kali ni aku nak share tips ringkas dan padat jika engkorang berminat nak backpack ke Melaka.

Ok, ni beberapa cerita dan tips untuk engkorang yang nak datang Melaka;

Cara nak datang ke Melaka
Bagi yang nak naik kenderaan sendiri engkorang boleh terus pecut ikut signboard ke Melaka, jangan masuk KL kalau engkorang taknak bazirkan masa lepak dalam kesesakan lalu lintas. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam pula, bas adalah pengangkutan paling murah yakni selamat untuk ke Melaka. Yang nak naik keteapi, lupakanlah. Dan yang nak datang dengan kapal terbang pun boleh, Melaka ada airport tahu? Melaka takde keretapi. Ok, tambang TBS ke Melaka harganya hanya Rm10 jika engkorang naik bas Metrobus, selalu aku naik bas ni lah. Ok kenapa aku kira bajet dari Kolumpo? Sebab jika engkorang transit di KL dari utara atau pantai timur aku rasa harganya lebih murah. Aku rasa lah.

Macam aku selalu dari Ipoh straight ke Melaka tambang bas lebih kurang Rm35-Rm38. Dan jika aku transit di Kolumpo harganya akan berkurang, sebab tiket Ipoh ke Kolumpo dalam Rm20 dan bila sampai di Puduraya aku akan naik Lrt di stesen Plaza Rakyat ke Stesen Bandar Tasik Selatan dengan harga Rm1.70 dan bila sampai ke sana aku beli tiket bas ke Melaka dengan harga Rm10. Jadi semua sekali tambang aku hanya Rm31.70, jauh lebih murah berbanding aku straight ke Melaka. Untuk menjadi seseorang backpacker yang 'berjaya' engkorang kena minimakan bajet pada tahap paling maksimum.

Penginapan
Bila aku sebut penginapan mesti ramai yang syak hotel je kan? True backpacker akan tidur di jalanan. Kahkahkah. atau guesthouse paling common untuk seorang backpacker.Macam aku haritu masa ke Melaka aku tidur di Sayang-sayang guesthouse, dorm, Rm20 per/night. Aku tak recommendkan sangat guesthouse ni .Guesthouse paling banyak area Jonker Street, jadi macam mana nak ke sana kalau engkorang dari Melaka Sentral ( Terminal Bas Melaka)?
Dari Melaka Sentral engkorang naik bas Panoroma yang menghala ke Mata Kucing, Bangunan Merah(Stadhuys), Mahkota Parade(MP), Dataran Pahlawan(DP), Ujong Pasir. Cari bas Panorama yang kat depan dia tulis destinasi-destinasi yang aku sebut ni, kalau tak tahu tanya. Naik bas ni kemudian turun di Bangunan Merah. Bangunan Merah tu sebelah Jonker Street je, ha carilah guesthouse yang sesuai untuk jadikan tempat tidur engkorang.
Ni guesthouse yang aku tidur haritu tapi aku tak mencadangkannya
pada engkorang sebab staff dia cegampang dan lokasi agak jauh.

Tempat Menarik dan Wajib Dilawati
  • Kota A Famosa dan Muzium-muzium di sekitarnya
Ni sesuai bagi peminat sejarah tengok tempat terawal dijajah di negara kita, berdekatan dengan Kota A Famosa ni banyak muzium-muzium, ada yang free dan ada yang berbayar.Ada beca kalau engkorang nak merasa naik beca. Kota A Famosa dan muzium-muzium ni letaknya di belakang mall Dataran Pahlawan, kalau engkorang dah panas berjalan boleh masuk mall ni nak sejukkan ketiak. Dan kat area ni ada satu menara yang digelar Menara Taming Sari yang engkorang boleh naik dengan harga Rm10 selepas menunjukkan ic engkorang. Menara ni macam lif, engkorang naik untuk sightseeing bandar Melaka ni, boleh sewa binocular. Naik lah kalau engkorang berminat, bagi aku tak berbaloi sebab sekejap sangat untuk harga Rm10.
Kota  A Famosa. Free je masuk sini, siapa yang minta duit kau cepuk kepala dia.

  • Melaka River Cruise
Yang ni sama macam kebanyakkan river cruise yang ada di Malaysia ni. Engkorang naik bot dan pusing area Melaka melalui Sungai Melaka. Tiket Rm10 untuk dewasa, kanak-kanak aku tak tahu. Boleh naik di dua stesen, pertama di Taman Rempah, boleh naik bas yang menghala ke ocean kemudian turun di depan Uitm Bandaraya Melaka atau naik bas yang lalu jalan Mata Kucing tadi kemudian turun betul-betul depan Rempah.
Stesen kedua depan Hotel Casa Del Rio dan sebelah Muzium Kapal tu. Kalau engkorang tidur di Jonker Street atau area Mahkota Parade boleh jalan kaki je atau naik beca kalau malas jugak.
Nasihat aku, naik malam kalau nak tengok pemandangan yang lebih cantik.
Ni antara pemandangan yang engkorang nampak jika naik cruise ni pada waktu malam di sungai Melaka.
  • Ayer Keroh
Nak ke Ayer Keroh engkorang kena naik bas ke Melaka Sentral kemudian Melaka Sentral ke Ayer Keroh. Kat Ayer Keroh banyak tempat menarik engkorang boleh lawati seperti Zoo Melaka, Mini Malaysia, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Taman Botani dan macam-macam lagi. Cuma sediakan duit tiket je untuk masuk. Dan tambang bas pergi balik.
Zoo Melaka. Juga dibuka pada waktu malam.

  • Jonker Walk dan Pahlawan Walk
Ni tempat untuk kaki shopping. Jonker Walk memang femes habis, peniaga kat sini kebanyakkannya cina atau baba nyonya mungkin. Siapa nak beli souvenir boleh beli area sini, ada banyak barang rare kat sini yang korang tak boleh jumpa kat tempat lain. Jonker Walk ni area Jonker Street.
Satu lagi Pahlawan Walk, tipikal uptown yang ada kat Malaysia ni, cuma bezanya ada jual beberapa souvenir yang engkorang boleh jumpa di Melaka je. Pahlawan Walk ni letaknya satu dekat depan Menara Taming Sari.
Kedua-dua 'Walk' ni hanya dibuka pada malam jumaat, sabtu dan ahad sahaja. Engkorang datang hari lain memang takde.


P/s:
1. Aku bukan nak dengki atau apa tapi cuba elak nak teksi sebab teksi sangat mahal, sangat-sangat mahal bagi aku ke Melaka, engkorang boleh naik bas ke destinasi yang sama dengan harga seringgit tetapi Rm20 dicaj oleh pemandu teksi. Pasal bas kat Melaka  jangan risau, hampir semua tempat bas lalu.
2. Jangan terasa kalau orang Melaka cakap kasar dengan engko sebab tu memang budaya orang Melaka.
3. Pasal makanan kat Melaka nanti aku tulis di entri lain, makanan cukup banyak kalau nak combine. Kahkahkah
4. Ada satu tempat nama Pirate Park, macam funfair jugak. Antara tarikan di Melaka tetapi nasihat aku tak payah la naik permainan di sana, bayar dah la Rm5 paling murah lepas tu 2,3minit dah habis. Series rugi bak hang!

Minat Baru

Selain cinta yang melampau pada bola sepak, aku juga jatuh cinta pada hobi baru iaitu backpack atau menjadi seorang pengembara yang mempunyai bajet cukup-cukup makan.

Jadi aku akan share beberapa tips berdasarkan pengalaman aku menjadi seorang backpacker. Kehkehkeh

Apa-apa pun aku akan dahulukan negara kita baru aku akan mula berkongsi tips backpack ke negara luar, ingat, negara kita cukup indah untuk diteroka sebelum kita mula meneroka ke negara luar.