Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

"Kau lelaki kau kena kuat."

"Kau lelaki kau kena kuat!"
"Kau abang kau kena kuat!"
"Kau anak sulung kau kena kuat!"
"Kau ketua keluarga kau kena kuat!"

Memang ni selalu ayat gua terima dan gua akui untuk hidup dalam dunia sekarang memang kena kuat dan jadi lembik. 
Selalunya jadi masalah bila gua cerita masalah,manusia yang dengar tu selalu buat tak tahu macam orang macam gua tak layak ada masalah sebab sentiasa kena kuat.
Sebab tu gua ambil keputusan untuk takkan berkongsi masalah dengan sesiapa pun walau manusia tu rapat dengan gua melainkan gua pendam dan mengadu pada Sang Pencipta.

Tapi gua terfikir bila menjadi kuat gua tak boleh ada masalah?Teori apa yang kalian ambil pakai untuk anggap gua lembik bila jatuh?

Gua pun manusia sama ada hati dan perasaan macam kalian,ada masa di atas ada masa di bawah. 
Cuma bila gua dibawah gua sesorang sebab gua trauma mahu bersama sesiapa bila gua ada masalah nanti gua akan dicop lelaki lembik dan tak kuat.

Gua nak kalian paham yang gua manusia biasa ada masa gua betul betul dibawah,sangat sakit sangat perit. Jangan ingat gua lelaki gua tak boleh jatuh.