Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Dua Ribu Tiga Belas

Dua ribu dua belas,
sudah minta izin mahu undur diri,
dan biarkan ia undur diri sahaja,
kerna kita tak mampu halangnya.

Dua ribu tiga belas,
datang dan ketuk,
minta izin mahu masuk,
jadi biar ia masuk sahaja.

Untuk kalendar baru,
sama seperti insan lain,
mahu semua menjadi lebih baik.

Tapi kepuasan dan keinginan itu ifiniti,
jadi aku biarkan angin yang bawanya,
ke destinasi yang lebih baik dari sebelumnya,
Mungkin?