Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Peluang

Beep,beep.Bunyi dering yang menandakan mesej masuk. Fadli mencapai fon dan baca mesej itu dengan penuh perasaan.

"B,syg tidur dulu taw,dah mengantuk ni.Gudnite,sweet dream,iloveyou ;)"

Seperti jangkaan Fadli mesej itu daripada teman wanitanya iaitu Nurul yang juga pelajar di kampus yang sama dengannya.Fadli kemudian membalas mesej Nurul secara teratur,Fadli tidak seperti remaja yang lain yang gemar merosakkan bahasa Melayu terutama ketika ber'SMS',bagi Fadli bahasa Melayu adalah maruah dan amanat nenek moyangnya.Jadi setiap ejaan akan dieja dengan penuh tanpa singkatan.

"Ok sayang,nanti b tidur ye?Selamat malam sayang,iloveyou too ;)"

Ringkas sahaja mesej yang dibalas oleh Fadli tapi cukup bermakna bagi Nurul.Asal ada ayat yang menunjukkan Fadli sayang padanya itu sudah cukup kerna Nurul tahu setiap yang diucap dan ditulis Fadli adalah ikhlas dan benar dari hatinya.Mungkin perkenalan mereka tak cukup lama tapi Nurul faham benar akan sikap Fadli.Baginya Fadli benar benar berbeza dengan lelaki lain,bukan pada gaya dan rupa tapi pada pemikirannya.

Beep,beep.Sekali lagi bunyi mesej pada henfonnya dan kali ini Fadli yakin yang mesej yang masuk bukan dari Nurul.Dia kenal akan teman wanitanya itu,selepas mesej terakhir dihantar pada Fadli maka dia akan terus pejamkan mata,kadang kadang mesej yang dibalas Fadli juga dilihat pada waktu pagi selepas dia bangun dari tidur.

"Fadli,kau ada kat mana?Jom teman aku keluar,aku tension lah.Banyak masalah :("

Mesej yang dibacanya adalah dari Ina,pelajar junior di kampusnya.Fadli mengenali Ina ketika menghadiri sebuah program yang dianjurkan Ngo mengenai 'Kuasa Mahasiswa'.Fadli kagum pada Ina kerana keberaniannya bersuara meluahkan pendapat dan dia juga mempunyai minat yang sama seperti Ina iaitu membaca.Malah Fadli mengenal Ina dahulu sebelum Nurul.'Ina tidak bertudung.'Inilah alasan Fadli untuk tidak menerima Ina suatu ketika dahulu.

Satu sikap Fadli yang mungkin baik untuk sesetengah orang dan kurang baik untuk sesetengah orang.Dia mudah bersimpati pada insan yang menghadapi masalah.Mungkin kerna sikap ini ramai rakan rakannya meluah dan menceritakan masalah padanya.

"Ok,kau tunggu kat rumah.Nanti aku ambil kau,lepas tu kita pergi lepak Pantai Klebang isap shisha ok?"

"Ok."

Fadli tiba dihadapan apartmen yang disewa Ina bersama rakan rakannya.Ina keluar dan menaiki perodua Myvi dipandu Fadli.Mereka berdua terus menuju ke Pantai Klebang.Mereka pilih satu meja yang hujung,cukup tersorok.Yang dipesan mereka hanya minuman dan sebotol shisha berperisa Melon mint.

"Ok,sekarang kau ceritakan pada aku apa masalah kau?"

"Aku tertekan.Apa aku buat semua tak kena.Semua orang selalu salahkan aku.Aku buat ni tak kena,buat tu tak kena.Dorang nak aku buat apa?Aku bukan binatang peliharaan mereka senang senang mereka arah aku!!"

"Ok,sekarang aku nak tanya?Jadi kau rasa kau buat betul dan mereka salah?Dan siapa mereka yang kau maksudkan ni?"

"Ye,aku tahu aku betul dan mereka salah.Mereka tu housemate dan classmate aku."

"Tak,tak.Aku rasa kau salah.Aku harap kau boleh jumpa mana salah kau.Aku tak boleh tunjuk apa salah kau,kau nak marah aku marahlah tapi berdasarkan apa yang kau cerita aku tahu kau salah.Aku kenal sangat kau ni.Ego dan keras kepala.Cubalah berlembut sedikit,ingat kita ni hidup berkongsi semua dengan orang lain bukan hidup sorang sorang,jadi jangan ikut kepala kau sangat.Ok?

"Kau ni aku jumpa kau nak hilangkan masalah aku tapi kau yang tambah masalah aku lak,tension aku macam ni.Huh!"

"Aku dah cakap tadi kan,kau nak marah aku marahlah tapi nanti masa kau berseorangan sebelum tidur kau akan fikir balik apa aku cakap tadi dan kau tahu betul atau tak apa aku cakap tadi."

Ina diam tidak menjawab sepatah perkataan pun.Dia hanya melemparkan senyuman pada Fadli.Walaupun cara Fadli agak kasar tapi dia cukup senang dengan Fadli,dia tahu Fadli jujur.
Mereka berdua terus bertukar cerita tentang diri masing masing sambil ditemani shisa berperisa Melon Mint.Jam 3pagi baru mereka pulang kerumah.Fadli menghantar Ina pulang ke apartment yang disewa ina sebelum memandu ke rumah sewanya untuk matikan diri sementara sebelum dihidupkan Tuhan kembali esok pagi.


*bersambung

1 ulasan:

  1. malas nk baca..komen suda..nice essay bro.keh3 :D

    BalasPadam