Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Bunyi yang pertama dan yang terakhir

Sedang enak adik dibuai mimpi,adik terjaga.Ini sudah kali keberapa adik tersedar dari tidur.Bukan kerna dikejutkan ibu untuk bangun solat subuh tetapi adik dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat.Agakan adik itu mungkin bunyi bom tangan atau mortar.Adik kenal benar dengan jenis jenis senjata dan bahan letupan.Sejak lahir lagi adik dibiasakan dengan semua perkara ini.

Kerna bunyi itu agak jauh dari rumah adik jadi adik ambil kepetusan untuk sambung tidur semula.Kurang sepuluh saat adik cuba lelapkan mata adik dengar jeritan ibu.Adik terkejut dan adik tahu perkara kurang menyenangkan berlaku.Adik terus berlari ke ruang tamu.Adik lihat ibu,ayah dan kakak dalam keadaan kelam kabut,ke sana ke mari seperti tiada tujuan.Belum sempat adik bertanya pada sesiapa apa yang berlaku ayah gapai tangan adik,ayah tarik adik dan berlari keluar dari rumah mengikuti ibu dan kakak yang terlebih dahulu keluar dari rumah ini.

Adik masih bingung apa yang berlaku tetapi adik boleh agak kenapa dan mahu kemana.Keluar sahaja dari rumah adik lihat ramai yang berlari dari arah selatan  menuju kemari dan adik dah dapat jawapan apa yang berlaku.Sambil tangan adik dipimpin ayah,adik berlari bersama mereka yang lain dalam keadaan takut dan cemas.Adik terdengar bualan antara mereka yang turut berlari bersama adik,dalam perbualan mereka ada yang bercerita yang pihak tentera zionis telah melepaskan Fosforus putih di kawasan kediamannya.Adik terkejut kenapa kami diserang secara tiba tiba malahan lebih kejam bila mereka menggunakan senjata yang mengandungi bahan kimia.Adik tahu apa itu Fosforus putih,abang adik pernah bercerita mengenainya.Abang kini berada entah di mana,semenjak abang menyertai pasukan Briged Al-Qassam,lokasinya sering dirahsiakan daripada kami.

Boom!Satu bunyi letupan dan lelaki yang berlari di sebelah ayah rebah,darahnya terpecik di muka adik.Ayah berhenti dan dan berlari ke arah mangsa yang ditembak tadi,tembakan itu tepat ke belakangnya.Ayah memangkunya,ayah usap dadanya dan ayah kata padanya "Jangan risau sahabat,InsyaAllah tempatmu di Syurga."
Habis sahaja ucapan daripada ayah lelaki tersebut terus meninggal dunia.Setelah itu,ayah menyuruh adik terus berlari mara kehadapan,lari bersama ibu dan kakak.Ayah bilang ayah mahu uruskan jenazah lelaki tersebut,ayah tak mahu nanti mayatnya dipijak oleh tentera tentera syaitan.

Atas pujukan ayah adik lari juga tinggalkan ayah.Adik lambai ayah di belakang.Makin lama adik makin jauh dengan ayah.Kini adik bersama ibu dan kakak.Adik pandang langit adik lihat jet pejuang terbang kesana dan kemari.Sambil membontoti ibu dan kakak adik terasa satu gegaran yang kuat,betul betul dibelakang adik,dekat benar.Tiba tiba adik terfikirkan ayah,adik pandang belakang.Adik terlihat satu letupan,letupan yang berpunca dari jet pejuang yang menjatuhkan mortar.Jika tidak silap perkiraan adik.Letupan itu berlaku di tempat ayah dan lelaki yang ditembak tadi.Hati adik jadi tidak enak,adik mahu berlari ke arah ayah tetapi ibu menghalangnya,ibu tidak lepaskan tangan adik.Adik jerit panggil nama ayah,berulang kali.

Asap menjejaskan penglihatan adik,adik tak nampak ayah,adik tak nampak apa apa di kawasan ayah dan lelaki ditembak tadi.Adik benar benar risaukau ayah.Adik,ibu dan kakak tunggu ayah.Kami harap tiada apa apa berlaku pada ayah.Hanya adik,ibu dan kakak sahaja kini yang berada di jalan raya ini.Kami menanti ayah.Tiba tiba kami nampak bayangan manusia berjalan keluar dari kepulan asap.Adik gembira,ayah selamat.Ibu dan kakak juga mula tersenyum.Sayangnya bilangan bayangan manusia itu bertambah makin ramai dan kelihatan kesemuanya membawa senjata.Adik tahu itu bukan ayah.Tanpa berkata apa apa ibu terus menarik tangan adik berlari kehadapan sambil diikuti kakak.Adik pandang belakang adik lihat lebih kurang lima orang tentera zionis mengejar kami.

Adik hanya berumur sepuluh tahun,ibu dan kakak pula wanita biasa.Dikejar lima tentera zionis yang roh mereka mirip syaitan tetapi jasad pula seperti manusia gila,kurang waras.Akhirnya kami ditangkap.Adik sudah membayangkan kematian sebentar lagi.Ibu dan kakak juga seperti menyerah tidak tahu bagaimana untuk melawan.

Kakak dibawa ketengah tengah bulatan mereka berlima.Adik dan ibu dipegang seorang tentera zionis.Ibu dipaut lehernya dan adik pula hanya dicengkam tangan sahaja tapi cukup kuat untuk seorang budak lelaki yang berumur sepuluh tahun.Adik boleh agak apa yang mereka cuba lakukan pada kakak.Adik dan ibu menyumpah nyumpah mereka tetapi reaksi mereka hanya ketawa sahaja.

Kakak dijatuhkan,segala tudung dan pakaian yang melitupi aurat akak cuba dibuka oleh tentera tentera zionis yang celaka itu.Adik tak sanggup lihat jadi adik pejam mata sahaja.Ibu sedaya upaya cuba melawan dan menghalang perbuatan mereka.Ibu gigit lengan tentera zionis yang memegang kami itu.Tentera zionis yang dgigit ibu itu menjerit kesakitan dan pautan yang memaut ibu terlepas.Dia jadi marah,tersangat marah seperti dirasuk syaitan.Dengan perasaan marah tentera zionis itu mengangkat senapangnya sama paras dengan kepala ibu dan melepaskan sedas tembakan tepat ke kepala ibu.Ibu rebah dengan serta merta sambil darah ibu memercik ke serata tempat.Adik lihat ibu tersungkur dan lebih teruk lagi adik lihat kepala ibu separuh hancur.Adik menangis,adik tak tahu nak buat apa.Adik dipegang kemas oleh salah seorang dari mereka berlima.

Kakak menjerit melihat ibu ditembak dihadapan mata kami berdua.Sambil merangkak akak cuba menuju ke arah mayat ibu.'Pamm' satu sepakan tepat ke muka kakak,kakak tersungkur.Sepakan itu benar benar sakit dan perit.Bayangkan but tentera yang keras itu,dihayunkan ke muka selaju lajunya.Empat orang tentera zionis mengelilingi kakak,kakak sudah tidak punya tenaga lagi untuk melawan.Kakak dirogol bergilir gilir oleh mereka.Adik cuba menjerit tetapi mulut adik ditutup oleh tentera zionis yang memegang adik.

Puas mereka rogol kakak.Mereka bangun dan ketawa.Adik lihat salah seorang darinya ambil sebilah pisau yang disimpan di sisi pinggangnya.Adik cuba membayangkan apa yang cuba dilakukan mereka.Tentera yang memegang pisau duduk kembali di sisi kakak yang benar benar tiada tenaga untuk melawan lalu 'zappp' satu kelaran di leher kakak.'Zappp' satu lagi di lengan dan dada serta perut kakak ditikam berkali kali.Mereka begitu kejam,tiada lansung sifat berperikemanusiaan.Adik bertanya sendiri dalam hati,adahkah mereka semua seorang manusia seperti adik?Punya hati dan perasaan.

Adik tahu kakak juga mengikut jejak langkah ayah dan ibu pergi tinggalkan adik,dipanggil Tuhan.Tiada apa yang adik mampu lakukan selain berdoa.Adik benar benar ketakutan kini.Hanya kematian yang adik fikirkan sekarang.Adik redha apa yang berlaku.

Empat orang tentera zionis yang merogol kakak datang menuju ke arah adik sambil yang memegang adik masih tidak melepaskan adik.Adik tahu masa adik sudah tiba.
Tiba tiba 'papp' adik ditampar,adik mula tersungkur dan mula rebah. Sambil itu adik dengar sayup sayup bunyi tembak menembak.Bunyi yang terhasil apabila picu senapang atau pistol ditarik.Bunyi pertama dan mungkin juga bunyi terakhir adik dengar dalam hidup adik.



#PrayForGaza

1 ulasan: