Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Selamat Hari Lahir


baca sahaja tajuk entry kali ni mesti semua dah boleh tahu apa isi entry kali ni,
mohon takde pihak yang labelkan aku sebagai tipikal blogger kerana entry yang berunsur kisah peribadi ni,
jarang aku sediakan entry sempena hari lahir di dalam blog aku melainkan manusia tu betul betul berharga dan bermakna bagi aku.

insan yang sambut hari lahir pada tanggal 16haribulan Oktober hari ni insan yang dekat denganku,
insan yang mahu aku bahagiakan,
insan yang aku dipertanggungjawabkan,
insan yang sering aku manjakan,
dan
insan yang sangat aku rindukan.

Selamat Hari Lahir Nurul Farhana Ayuni Binti Saad,
maaf along tak dapat balik kali ini,
sibuk dengan urusan duniawi,
nak bagi hadiah jauh sangat jadi along sediakan satu puisi untuk adik yu.

saat adik lahir,
umur along baru cecah 11tahun sahaja,
masih muda,
benar benar muda,
sama seperti umur adik sekarang,
sekolah rendah darjah lima.

masuk umur adik 6tahun,
saat adik mula mahu berkawan,
saat adik mula mahu belajar,
saat adik mula mahu kenal dunia,
adik hilang satu tempat bergantung,
adik hilang manusia yang namanya adik letak di sebelah 'binti' dalam setiap nama adik tulis.

6tahun sahaja adik bersiar siar bersama abah,
6tahun sahaja adik dapat mainan daripada abah,
6tahun sahaja adik bermanja berkepit dengan abah,
6tahun itu tempoh singkat adik,
along masih beruntung kerana diberi masa 17tahun untuk mencium memeluk dan menyayangi abah,
tapi;
satu perkara sering along persoalkan,
siapa mahu manjakan adik selepas ini?
siapa mahu belikan mainan untuk adik selepas ini?
siapa mahu bawa adik bersiar siar selepas ini?

sehingga kini along masih belum jumpa jawapannya,
tapi naluri along sebagai seorang abang takkan along biarkan persoalan itu terus menjadi tanda tanya,
adik mungkin jadi manusia kering kontang tanpa kasih sayang seorang abah,
biarlah along cuba isinya walaupun mungkin tidak sesempurna abah.

untuk adik,
along janji,
adik akan along sayangi sepenuh hati selagi jasad dikandung badan,
adik akan along bimbing sebaik baiknya,
adik akan along lindungi dari semua ancaman,
adik akan along jaga dan cukupkan semua keperluan adik,
adik akan along cuba penuhi segala permintaan adik,
mungkin along tidak sempurna,
tetapi percayalah jika along beritahu,
"along sayang adik",

kasih sayang seorang abang kepada adiknya juga bisa merobohkan menara tinggi yang dibina oleh mereka berjiwa kosong.

semalam adik call along minta along supaya pulang sambut hari lahir adik,
along minta maaf sebab along tak dapat pulang,
along disini cuba berjuang,
berjuang untuk kita juga ;)


lihat abangnya tentu boleh agak mana adiknya ;p

6 ulasan:

  1. bersabarla wahai kawan..inilah tanggungjwb kte sebagai ank sulung..insya-Allah dipermudahkan segala urusan..=) anyway happy besday ayu..=) semoga ayu menjadi insan yg solehah..

    BalasPadam
  2. siapakah anda sahabt?keh3
    mudah mudahan segalanya dipermudahkan Allah. ;)

    BalasPadam
  3. biar aku teka...yang sebelah kiri tu. ke?

    BalasPadam
  4. yes, betul!! comel cam abang dia. haha =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau orang ke 50 cakap macam tu..HAHA..;p

      Padam