Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Reunion 1

Azwan mula melihat jam ditangannya,tidak sabar rasanya berjumpa dengan rakan rakan sekolahnya dahulu. Sekolah Menengah Henry Gurney,inilah sekolah yang dia rindukan. Sekolah dimana dia bertemu dengan Meor,Abu,Amer,Adi,Zarul dan Bukhary. Azwan sangat rindukan tuan empunya nama nama ini. Nama sekolah ini mirip sekolah juvana di Melaka tapi sekolah ini merupakan sekolah kluster yang terletak di Kampung Pening Lalat,Pulau Pinang. Kampung di mana mereka bertujuh dibesarkan. Kampung yang menyimpan seribu satu memori.

Azwan merupakan pemilik kopitiam yang terletak di tengah tengah kotaraya Kuala Lumpur,habis SPM sahaja dia menyambung pelajaran di sebuah IPT kurang ternama di Kuala Lumpur dalam bidang multimedia kerana dia mempunyai cita cita menghasilkan sebuah animasi. Di sekolah dahulu Azwan memang peminat setia Upin dan Ipin. Kotak pensil dan bag sekolah semuanya jenama Upin dan Ipin. Begitulah ketaksuban Azwan terhadap Upin dan Ipin.

Namun siapa sangka rezekinya bukan dalam bidang yang dia minati itu. Azwan membuka kopitiam setelah dia tersingkir daripada rancangan realiti tv masakan iaitu 'SifuChef''. Azwan menjadi perserta yang kedua tersingkir daripada rancangan tersebut. Namun hatinya masih setia bersama Upin dan Ipin,kerana itu dia menamakan kopitiam miliknya dengan nama 'Kopitiam UpinIpin' setelah mendapat kebenaran daripada Les' Copaque.

Dia masih ingat lagi ketika dia berada di tingkatan 3,beg Upin Ipin miliknya diambil oleh beberapa orang pelajar tingkatan 4 yang sememangnya gemar membuli Azwan. Azwan menangis selepas begnya diambil oleh pembuli pembuli yang terpengaruh dengan lagak gangster dalam filem filem melayu ketika itu. Azwan masuk ke kelas kemudian mengadu pada Abu yang sememangnya kaki gaduh ketika waktu sekolah,tidak hairanlah kini dia merupakan atlit tinju Malaysia yang pertama ke sukan olimpik. Meor,Zarul dan Adi juga mendengar aduan Azwan pada Abu.

________________________________________________________________________

Abu:Kalau dorang tak pulangkan beg Azwan kita pecahkan muka dorang!!

Adi:Kita nak bawak apa?Kayu?Kalau nak dorang takut aku boleh bukak rantai basikal aku dan boom muka dorang!

Azwan:Eh!Korang tak payahlah gaduh gaduh nanti cikgu tahu korang kena buang sekolah tau?

Meor:Dah dorang ambil beg kau,takkan kami nak diam je?

Zarul:Kami kawan kau,biar kami tolong kau. Lagipun aku dah lama tak bukak silat aku ni (ketawa kecil).

Abu:Dah,sekarang jom kita cari budak budak tu. Jangan ingat kita muda daripada dorang kita takut dengan dorang.

Adi:Kita nak bawak apa ni?

Abu:Bawa apa kita ada.

Meor dan Adi mengambil kayu penyapu dan peyodok di dalam kelas,sementara Abu dan Zarul tidak membawa apa apa. Mereka berempat mula berjalan keluar daripada kelas. Sebaik sahaja mereka keluar daripada pintu kelas,Bukhary dan Amer datang. Bukhary merupakan ketua tingkatan mereka dan sering ditemani Amer ke mana sahaja dia pergi . Amer mempunyai cita cita untuk menjadi 'Imam Muda',jadi tidak hairanlah dia sering mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah Al Quran.

Bukhary:Korang nak ke mana ni?Ha kau Meor,Adi kenapa bawa kayu penyapu dan penyodok kelas tu?

Meor:Kami nak pergi 'mengajar'.

Amer:Mengajar?Bukan ke Sekolah kita dah ada cikgu?*agak kebingungan

Bukhary:Hah?Jadi korang bawa kayu ni untuk pukul mereka yang ambil beg Azwan??

Adi:Kami takde pilihan lain selain mengajar mereka dengan cara macam ni,kalau tak nanti lagi menjadi jadi perangai mereka. Lebih ramai yang dibuli mereka nanti.

Amer:Ya Allah,bersabar ye kawan kawan. Menyakiti orang lain ni bukan perkara yang baik digalakkan dalam Islam. Kita mohon saja doa daripada Allah. Dia yang terbaik untuk menolong kita.

Abu:Alah!Kau cakap je pandai,kau pun tahu kalau berdoa takde usaha apa pun tak boleh kan?

Amer:Ye benar,berdoa tanpa usaha itu perkara sia sia tetapi bukankah banyak cara lain lagi?Lihat sahaja pahlawan pahlawan dahulu,yang ternama kebanyakkan menjadikan bahasa sebagai senjata bukan senjata sebagai senjata.

Zarul dan Adi:*menggaru kepala

Bukhary:Ye benar apa yang dikatakan Amer sebentar tadi. Banyak perkara lain kita boleh gunakan sebagai medium untuk menyelesaikan masalah ni. Kita ada guru disiplin,kita boleh lapor perkara ni pada guru disiplin.

Zarul yang tadi kebingungan juga bersuara.
Zarul:Jika begitu kita hantar Meor aje lah,dia kan pendebat sekolah. Tadi Amer kata bahasa boleh jadi senjata kan?

Mereka berlima ketawa mendengar cadangan Zarul itu. Azwan kemudian datang ke arah mereka yang rancak berbincang.

Azwan:Kawan kawan,biarkanlah dorang tu. Aku dah sms ayah aku tadi,ayah aku beritahu dia akan beli beg baru untuk aku.*tersenyum

Adi:Untunglah anak orang kaya kan?Hilang ada je pengganti.

Bukhary:Eh,kau bawa henfon ke sekolah ke Wan?

Zarul:Alar,macam lah kau tak kenal dia. Asal model baru keluar di pasaran dia mesti jadi orang pertama memakainya dalam sekolah ni. Cikgu pun kalah dengan dia tau.

Mereka yang lain turut ketawa. Mereka yang tadi begitu marah akhirnya kembali normal kerana kebijaksanaan Bukhary dan Amer mengawal api kemarahan mereka.

______________________________________________________________________________

Inilah antara peristiwa yang masih segar dalam ingatan Azwan ketika dia bersekolah dahulu. Sedang dia masih tersenyum terkenang kenangan kenangan di sekolah. Satu bayangan tubuh manusia melangkah masuk ke dalam kopitiam miliknya yang ditutup kepada orang ramai sempena Reunion dia dan rakan rakan sekolahnya.

*Bersambung

3 ulasan:

  1. waduh hebat bangat cerpennya..ada dijual di pasaran ataou ngak dong? bisa ku beli dimana ya?

    BalasPadam