Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Asap

Asap rokok yang dihembuskan arip berkepul kepul keluar dari mulutnya. Dia bagaikan berada dalam dunia dia sendiri sambil ditemani jin turut serta dalam pesta asap itu.Orang tua bilang asap itu makanan jin. Ijat datang menghampiri arip yang sedang leka bermain dengan jin itu dan menepuk belakang arip dengan agak kuat "paappp".

"Celaka kau anak h***m" maki Arep sambil membuat gaya seperti seorang petinju kelas bawahan dengan satu penumbuknya hanya berada 2sentimeter daripada wajah Ijat.

"Aku minta maaf."Arip meminta maaf daripada Ijat.

"Kau ni dah kenapa?Datang bulan ke?"Ijat cuba menimbulkan provokasi.

"Tak,aku cuma tertekan dengan kata kata orang ramai."

"Kenapa?Apa orang ramai beritahu?Mereka report polis kau rogol anak orang?"

"Aah,mereka ada video aku dengan pelakon terkenal tu."Arip tertawa kecil. Dia sebenarnya cuba berjenaka.
Namun Ijat lansung tidak menunjukkan respon bahawa jenaka itu mencuit hatinya.

"Ni mesti kes kau dengan Alif kan?Aku dengar ramai juga yang bercerita bahawa kau dan Alif ialah pasangan gay. Betul ke?"Ijat cuba mendapatkan kepastian.

"Tak,aku masih bernafsu pada perempuan cuma aku kecewa selalu gagal dalam percintaan dan ketika aku kecewa Alif datang dalam hidup aku,beri aku semangat,selalu dengar masalah dan teman aku ke sana sini.Jujur aku beritahu kau,aku sangat selesa bila bersama Alif."

"Habis tu aku bukan kawan kau?Aku kenal kau daripada sekolah lagi dan aku lebih faham kau.Kenapa kau tak ceritakan masalah kau pada aku?"

"Kau?huh!" Arip tidak bersetuju dengan kenyataan ijat tadi.

"Kenapa?Aku tak cukup baik untuk kau?"

"Kau memang kawan baik jat,tapi itu dulu,sekarang lepas kau dah couple dengan Zara budak UiTM  yang bajet sama macam Yuna tu kau dah berubah. Serius,aku tak suka Zara tu,dia tu bertudung tapi perangai teruk. Kau entah lelaki yang ke berapa dia nak test."

"Kau sebenarnya sama macam orang lain,suka dengar cakap orang. Bila orang bercerita tentang kau,kau bengang padahal kau sama sahaja bercakap buruk tentang orang lain. Sumpah,kau memang jijik gay!!"Ijat mula naik angin,dia menjeling arip seperti mahu sahaja dipancung leher kawannya itu.

Arip berdiri dan berjalan ke biliknya. Kemudian dia keluar dengan henfon di tangannya. Arip membelek belek gambar di henfonnya dan tangannya berhenti apabila gambar yang dicarinya jelas terpapar di skrin henfon blackberry miliknya.

"Nah,kau tengok gambar ni." Arip menghulur henfonnya kepada Ijat.

Ijat mengambil blackberry milik Arip itu dan mata yang tadinya merah kerana tidak dapat menahan marah kini terjegil bulat kerana terkejut.

"Mana kau dapat gambar ni?"

"Baru je sebentar tadi. Yang kau tengok aku runsing tadi sebab ni lah. Aku pening kepala fikir macam mana nak tunjuk gambar ni kat kau tanpa sakitkan hati kau."

Ijat tertunduk malu. "Aku minta maaf rip."

Arip tersenyum sahaja tanpa berkata apa apa.

Arip menyeluk poketnya dan mengeluarkan bungkusan yang kelihatan seperti tembakau. Dia capai pembalut rokok daun yang berada di atas meja di kirinya. Dia bukakan pembalut rokok itu,letak di atas meja,kemudian dia ambil kotak rokok dunhill dan keluarkan sebatang rokok. Rokok dunhill itu kemudian dikoyakkan dan tembakaunya di letakkan di atas pembalut rokok daun.

Kemudian Arip mengambil resipi rahsianya iaitu bungkusan tadi,dia koyakkan plastiknya dan ambil 'benda' yang sama seperti tembakau itu diletakkan bersama sama tembakau rokok dunhill di atas pembalut rokok daun. Pembalut rokok daun itu digulung dengan molek dan menjadi silinder yang panjang. Arip bakar rokok baru itu dan hulur kepada Ijat.

"Apa ni?Aku tak biasa lah isap benda benda macam ni."

"Tak,kau cuba sikit je lepas tu kalau kau tak suka kau boleh buang. Ini rokok juga,macam yang kau biasa sedut dan hembus tu."

Ijat tidak dapat menolak ajakan Arip yang sememangnya hebat berkata kata. Ijat ambil rokok baru ciptaan Arip itu dan sedut kemudian hembus dan ulang perbuatan itu 4 kali. Kemudian dia pass rokok baru itu kepada Arip. Arip melakukan perbuatan yang sama seperti Ijat.

Dan mereka berdua terus bergelak ketawa sambil ditemani asap marijuana.

1 ulasan: