Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Cepumas

sebelum terlambat,Salam EidulAdha untuk semua umat islam di dunia ya?:)

bila sebut pasal raya tentu ziarah menziarah,balik kampung adalah perkara biasa untuk kita semua,
seronok bukan pulang ke kampung berhari raya,bertemu sanak saudara baik yang muda atau yang tua.
cuma satu perkara yang bikin mood spoil masa raya. Cuba teka apa?takpe sebab ini cerita gua biar gua jawab.keh3.
jawapannya soalan cepumas atau klise yang ditanya oleh saudara mara baik yang tua atau yang muda.

"along,hang bila nak kahwin?"
"along hang ada marka dak?"
"along umur hang berapa?ouh dah boleh kahwin dah tu."

perh,kenapa soalan dan kenyataan ni dihulurkan masa gua dah berumur 22tahun ni kenapa masa gua balik kampung time umur gua 10tahun mereka tak tanya?ok ok just kidding,ok yang sebenarnya kenapa mereka tanya time gua tak laku?haish.

sebenarnya gua takde pun jawapan untuk semua soalan tu,jodoh itu ketentuan Allah dan gua pun takde jawapan. Kenapa gua nak mencari walaupun jodoh Allah dah tetapkan?Jawapannya kerana hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal bukan untuk mempersoalkan takdir.

ok tapi gua tetap berusaha tapi bukan macam;

"awak,ni nombor henfon saya,awak boleh sms atau call bila free."
"saya solat istikharah dan saya nampak awak dalam mimpi saya."

dan sekarang pun gua masih berusaha dalam hal jodoh tapi gua masih punya banyak hal penting lagi untuk difikirkan terutama mempersiapkan diri untuk jodoh itu.Acah acah baik je gua kan?Pinjam ayat kawan gua jap.keh3

kurang




kekurangan itu wujud di mana mana,
kita punya pancaindera untuk tahu apa yang kurang,
dalam hal ini kita semua sama.

bezanya bagaima kita terima kekurangan,
kerna kita tak punya haluan yang sama,
haluan yang mendewasakan atau membodohkan kita.

guna pancaindera,
rasa dan pilih apa mahu kita?

jangan pernah merasa diri sendiri sempurna kerna sempurna itu bukan milik manusia.


Selamat Hari Lahir


baca sahaja tajuk entry kali ni mesti semua dah boleh tahu apa isi entry kali ni,
mohon takde pihak yang labelkan aku sebagai tipikal blogger kerana entry yang berunsur kisah peribadi ni,
jarang aku sediakan entry sempena hari lahir di dalam blog aku melainkan manusia tu betul betul berharga dan bermakna bagi aku.

insan yang sambut hari lahir pada tanggal 16haribulan Oktober hari ni insan yang dekat denganku,
insan yang mahu aku bahagiakan,
insan yang aku dipertanggungjawabkan,
insan yang sering aku manjakan,
dan
insan yang sangat aku rindukan.

Selamat Hari Lahir Nurul Farhana Ayuni Binti Saad,
maaf along tak dapat balik kali ini,
sibuk dengan urusan duniawi,
nak bagi hadiah jauh sangat jadi along sediakan satu puisi untuk adik yu.

saat adik lahir,
umur along baru cecah 11tahun sahaja,
masih muda,
benar benar muda,
sama seperti umur adik sekarang,
sekolah rendah darjah lima.

masuk umur adik 6tahun,
saat adik mula mahu berkawan,
saat adik mula mahu belajar,
saat adik mula mahu kenal dunia,
adik hilang satu tempat bergantung,
adik hilang manusia yang namanya adik letak di sebelah 'binti' dalam setiap nama adik tulis.

6tahun sahaja adik bersiar siar bersama abah,
6tahun sahaja adik dapat mainan daripada abah,
6tahun sahaja adik bermanja berkepit dengan abah,
6tahun itu tempoh singkat adik,
along masih beruntung kerana diberi masa 17tahun untuk mencium memeluk dan menyayangi abah,
tapi;
satu perkara sering along persoalkan,
siapa mahu manjakan adik selepas ini?
siapa mahu belikan mainan untuk adik selepas ini?
siapa mahu bawa adik bersiar siar selepas ini?

sehingga kini along masih belum jumpa jawapannya,
tapi naluri along sebagai seorang abang takkan along biarkan persoalan itu terus menjadi tanda tanya,
adik mungkin jadi manusia kering kontang tanpa kasih sayang seorang abah,
biarlah along cuba isinya walaupun mungkin tidak sesempurna abah.

untuk adik,
along janji,
adik akan along sayangi sepenuh hati selagi jasad dikandung badan,
adik akan along bimbing sebaik baiknya,
adik akan along lindungi dari semua ancaman,
adik akan along jaga dan cukupkan semua keperluan adik,
adik akan along cuba penuhi segala permintaan adik,
mungkin along tidak sempurna,
tetapi percayalah jika along beritahu,
"along sayang adik",

kasih sayang seorang abang kepada adiknya juga bisa merobohkan menara tinggi yang dibina oleh mereka berjiwa kosong.

semalam adik call along minta along supaya pulang sambut hari lahir adik,
along minta maaf sebab along tak dapat pulang,
along disini cuba berjuang,
berjuang untuk kita juga ;)


lihat abangnya tentu boleh agak mana adiknya ;p

Reunion 1

Azwan mula melihat jam ditangannya,tidak sabar rasanya berjumpa dengan rakan rakan sekolahnya dahulu. Sekolah Menengah Henry Gurney,inilah sekolah yang dia rindukan. Sekolah dimana dia bertemu dengan Meor,Abu,Amer,Adi,Zarul dan Bukhary. Azwan sangat rindukan tuan empunya nama nama ini. Nama sekolah ini mirip sekolah juvana di Melaka tapi sekolah ini merupakan sekolah kluster yang terletak di Kampung Pening Lalat,Pulau Pinang. Kampung di mana mereka bertujuh dibesarkan. Kampung yang menyimpan seribu satu memori.

Azwan merupakan pemilik kopitiam yang terletak di tengah tengah kotaraya Kuala Lumpur,habis SPM sahaja dia menyambung pelajaran di sebuah IPT kurang ternama di Kuala Lumpur dalam bidang multimedia kerana dia mempunyai cita cita menghasilkan sebuah animasi. Di sekolah dahulu Azwan memang peminat setia Upin dan Ipin. Kotak pensil dan bag sekolah semuanya jenama Upin dan Ipin. Begitulah ketaksuban Azwan terhadap Upin dan Ipin.

Namun siapa sangka rezekinya bukan dalam bidang yang dia minati itu. Azwan membuka kopitiam setelah dia tersingkir daripada rancangan realiti tv masakan iaitu 'SifuChef''. Azwan menjadi perserta yang kedua tersingkir daripada rancangan tersebut. Namun hatinya masih setia bersama Upin dan Ipin,kerana itu dia menamakan kopitiam miliknya dengan nama 'Kopitiam UpinIpin' setelah mendapat kebenaran daripada Les' Copaque.

Dia masih ingat lagi ketika dia berada di tingkatan 3,beg Upin Ipin miliknya diambil oleh beberapa orang pelajar tingkatan 4 yang sememangnya gemar membuli Azwan. Azwan menangis selepas begnya diambil oleh pembuli pembuli yang terpengaruh dengan lagak gangster dalam filem filem melayu ketika itu. Azwan masuk ke kelas kemudian mengadu pada Abu yang sememangnya kaki gaduh ketika waktu sekolah,tidak hairanlah kini dia merupakan atlit tinju Malaysia yang pertama ke sukan olimpik. Meor,Zarul dan Adi juga mendengar aduan Azwan pada Abu.

________________________________________________________________________

Abu:Kalau dorang tak pulangkan beg Azwan kita pecahkan muka dorang!!

Adi:Kita nak bawak apa?Kayu?Kalau nak dorang takut aku boleh bukak rantai basikal aku dan boom muka dorang!

Azwan:Eh!Korang tak payahlah gaduh gaduh nanti cikgu tahu korang kena buang sekolah tau?

Meor:Dah dorang ambil beg kau,takkan kami nak diam je?

Zarul:Kami kawan kau,biar kami tolong kau. Lagipun aku dah lama tak bukak silat aku ni (ketawa kecil).

Abu:Dah,sekarang jom kita cari budak budak tu. Jangan ingat kita muda daripada dorang kita takut dengan dorang.

Adi:Kita nak bawak apa ni?

Abu:Bawa apa kita ada.

Meor dan Adi mengambil kayu penyapu dan peyodok di dalam kelas,sementara Abu dan Zarul tidak membawa apa apa. Mereka berempat mula berjalan keluar daripada kelas. Sebaik sahaja mereka keluar daripada pintu kelas,Bukhary dan Amer datang. Bukhary merupakan ketua tingkatan mereka dan sering ditemani Amer ke mana sahaja dia pergi . Amer mempunyai cita cita untuk menjadi 'Imam Muda',jadi tidak hairanlah dia sering mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah Al Quran.

Bukhary:Korang nak ke mana ni?Ha kau Meor,Adi kenapa bawa kayu penyapu dan penyodok kelas tu?

Meor:Kami nak pergi 'mengajar'.

Amer:Mengajar?Bukan ke Sekolah kita dah ada cikgu?*agak kebingungan

Bukhary:Hah?Jadi korang bawa kayu ni untuk pukul mereka yang ambil beg Azwan??

Adi:Kami takde pilihan lain selain mengajar mereka dengan cara macam ni,kalau tak nanti lagi menjadi jadi perangai mereka. Lebih ramai yang dibuli mereka nanti.

Amer:Ya Allah,bersabar ye kawan kawan. Menyakiti orang lain ni bukan perkara yang baik digalakkan dalam Islam. Kita mohon saja doa daripada Allah. Dia yang terbaik untuk menolong kita.

Abu:Alah!Kau cakap je pandai,kau pun tahu kalau berdoa takde usaha apa pun tak boleh kan?

Amer:Ye benar,berdoa tanpa usaha itu perkara sia sia tetapi bukankah banyak cara lain lagi?Lihat sahaja pahlawan pahlawan dahulu,yang ternama kebanyakkan menjadikan bahasa sebagai senjata bukan senjata sebagai senjata.

Zarul dan Adi:*menggaru kepala

Bukhary:Ye benar apa yang dikatakan Amer sebentar tadi. Banyak perkara lain kita boleh gunakan sebagai medium untuk menyelesaikan masalah ni. Kita ada guru disiplin,kita boleh lapor perkara ni pada guru disiplin.

Zarul yang tadi kebingungan juga bersuara.
Zarul:Jika begitu kita hantar Meor aje lah,dia kan pendebat sekolah. Tadi Amer kata bahasa boleh jadi senjata kan?

Mereka berlima ketawa mendengar cadangan Zarul itu. Azwan kemudian datang ke arah mereka yang rancak berbincang.

Azwan:Kawan kawan,biarkanlah dorang tu. Aku dah sms ayah aku tadi,ayah aku beritahu dia akan beli beg baru untuk aku.*tersenyum

Adi:Untunglah anak orang kaya kan?Hilang ada je pengganti.

Bukhary:Eh,kau bawa henfon ke sekolah ke Wan?

Zarul:Alar,macam lah kau tak kenal dia. Asal model baru keluar di pasaran dia mesti jadi orang pertama memakainya dalam sekolah ni. Cikgu pun kalah dengan dia tau.

Mereka yang lain turut ketawa. Mereka yang tadi begitu marah akhirnya kembali normal kerana kebijaksanaan Bukhary dan Amer mengawal api kemarahan mereka.

______________________________________________________________________________

Inilah antara peristiwa yang masih segar dalam ingatan Azwan ketika dia bersekolah dahulu. Sedang dia masih tersenyum terkenang kenangan kenangan di sekolah. Satu bayangan tubuh manusia melangkah masuk ke dalam kopitiam miliknya yang ditutup kepada orang ramai sempena Reunion dia dan rakan rakan sekolahnya.

*Bersambung

Asap

Asap rokok yang dihembuskan arip berkepul kepul keluar dari mulutnya. Dia bagaikan berada dalam dunia dia sendiri sambil ditemani jin turut serta dalam pesta asap itu.Orang tua bilang asap itu makanan jin. Ijat datang menghampiri arip yang sedang leka bermain dengan jin itu dan menepuk belakang arip dengan agak kuat "paappp".

"Celaka kau anak h***m" maki Arep sambil membuat gaya seperti seorang petinju kelas bawahan dengan satu penumbuknya hanya berada 2sentimeter daripada wajah Ijat.

"Aku minta maaf."Arip meminta maaf daripada Ijat.

"Kau ni dah kenapa?Datang bulan ke?"Ijat cuba menimbulkan provokasi.

"Tak,aku cuma tertekan dengan kata kata orang ramai."

"Kenapa?Apa orang ramai beritahu?Mereka report polis kau rogol anak orang?"

"Aah,mereka ada video aku dengan pelakon terkenal tu."Arip tertawa kecil. Dia sebenarnya cuba berjenaka.
Namun Ijat lansung tidak menunjukkan respon bahawa jenaka itu mencuit hatinya.

"Ni mesti kes kau dengan Alif kan?Aku dengar ramai juga yang bercerita bahawa kau dan Alif ialah pasangan gay. Betul ke?"Ijat cuba mendapatkan kepastian.

"Tak,aku masih bernafsu pada perempuan cuma aku kecewa selalu gagal dalam percintaan dan ketika aku kecewa Alif datang dalam hidup aku,beri aku semangat,selalu dengar masalah dan teman aku ke sana sini.Jujur aku beritahu kau,aku sangat selesa bila bersama Alif."

"Habis tu aku bukan kawan kau?Aku kenal kau daripada sekolah lagi dan aku lebih faham kau.Kenapa kau tak ceritakan masalah kau pada aku?"

"Kau?huh!" Arip tidak bersetuju dengan kenyataan ijat tadi.

"Kenapa?Aku tak cukup baik untuk kau?"

"Kau memang kawan baik jat,tapi itu dulu,sekarang lepas kau dah couple dengan Zara budak UiTM  yang bajet sama macam Yuna tu kau dah berubah. Serius,aku tak suka Zara tu,dia tu bertudung tapi perangai teruk. Kau entah lelaki yang ke berapa dia nak test."

"Kau sebenarnya sama macam orang lain,suka dengar cakap orang. Bila orang bercerita tentang kau,kau bengang padahal kau sama sahaja bercakap buruk tentang orang lain. Sumpah,kau memang jijik gay!!"Ijat mula naik angin,dia menjeling arip seperti mahu sahaja dipancung leher kawannya itu.

Arip berdiri dan berjalan ke biliknya. Kemudian dia keluar dengan henfon di tangannya. Arip membelek belek gambar di henfonnya dan tangannya berhenti apabila gambar yang dicarinya jelas terpapar di skrin henfon blackberry miliknya.

"Nah,kau tengok gambar ni." Arip menghulur henfonnya kepada Ijat.

Ijat mengambil blackberry milik Arip itu dan mata yang tadinya merah kerana tidak dapat menahan marah kini terjegil bulat kerana terkejut.

"Mana kau dapat gambar ni?"

"Baru je sebentar tadi. Yang kau tengok aku runsing tadi sebab ni lah. Aku pening kepala fikir macam mana nak tunjuk gambar ni kat kau tanpa sakitkan hati kau."

Ijat tertunduk malu. "Aku minta maaf rip."

Arip tersenyum sahaja tanpa berkata apa apa.

Arip menyeluk poketnya dan mengeluarkan bungkusan yang kelihatan seperti tembakau. Dia capai pembalut rokok daun yang berada di atas meja di kirinya. Dia bukakan pembalut rokok itu,letak di atas meja,kemudian dia ambil kotak rokok dunhill dan keluarkan sebatang rokok. Rokok dunhill itu kemudian dikoyakkan dan tembakaunya di letakkan di atas pembalut rokok daun.

Kemudian Arip mengambil resipi rahsianya iaitu bungkusan tadi,dia koyakkan plastiknya dan ambil 'benda' yang sama seperti tembakau itu diletakkan bersama sama tembakau rokok dunhill di atas pembalut rokok daun. Pembalut rokok daun itu digulung dengan molek dan menjadi silinder yang panjang. Arip bakar rokok baru itu dan hulur kepada Ijat.

"Apa ni?Aku tak biasa lah isap benda benda macam ni."

"Tak,kau cuba sikit je lepas tu kalau kau tak suka kau boleh buang. Ini rokok juga,macam yang kau biasa sedut dan hembus tu."

Ijat tidak dapat menolak ajakan Arip yang sememangnya hebat berkata kata. Ijat ambil rokok baru ciptaan Arip itu dan sedut kemudian hembus dan ulang perbuatan itu 4 kali. Kemudian dia pass rokok baru itu kepada Arip. Arip melakukan perbuatan yang sama seperti Ijat.

Dan mereka berdua terus bergelak ketawa sambil ditemani asap marijuana.

Undur



Adakah aku perlu berundur dari terus melawan dan lawan untuk dapatkan apa yang pernah aku punyai?

aku cuma sedikit terkilan,
ibarat menunggu durian gugur pada musin hujan,
gugur pula di hadapan mata,
siap terbelah,
punya isi kuning dan manis isinya.

mustahilkah perkara ini?
tiada yang mustahil,
tapi aku juga manusia,
punya had punya batasan.

kini hadnya sudah sampai ke hujung,
sudah mahu limpah air dari kolah itu,
sudah mahu kering air di tasik itu,
sudah mahu tamat semuanya.

ada dua kemungkinan,
1)aku terus berharap
2)aku berhenti berharap

kenapa ada dua kemungkinan?
kerna kita manusia tak sempurna,
tiada yang tetap melainkan MATI.
jadi aku membuat pilihan antara dua pilihan ini.

aku boleh kongsi satu perkara dengan kalian,
rasa rindu ketika kita berseorangan jadikan kita manusia paling sepi dalam dunia ni bukan?
makin korang lupa makin timbul wajah tu dalam bayangan korang,
pernah bukan?
senang sahaja caranya,
ambil bantal tekup muka dan tidur,
dan jangan ucap selamat malam pada sesiapa.

and now,
I need some sleep,
It can't go on like this.


Terfaktab-Mistakes mature us, when we learn not to repeat.