Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Kerusi Raba

serius aku dah penat berjalan,
seharian aku pusing pusing di pc fair dan Digital Media Carnival,
mujur pinggang aku ada gam yang tahan lama,
kalau tak aku rasa dah terpisah atas dan bawah tubuh aku ini.

'jom ke mydin meor' panjang mengajak aku,
tanpa berfikir panjang aku rasa sana tempat paling best bagi melegakan tubuh yang hampir terpisah dua.

'panjang aku keluaq sat na p rehat',
panjang mengangguk tanda paham,
sejurus aku berpaling wajah,
aku lihat satu kerusi hitam yang unik,
dan mereka yang duduk di atasnya semua bergoyang,
macam kat disko dangdut baq hang.

aku duduk di atas kerusi itu,
tetapi kerusi itu tidak bergoyang,
aku pandang sebelah aku lihat makcik menggunakan magik dengan mengoyangkan kerusi ini menggunakan not berwarna biru.

lalu aku ambil wallet dari kocek seluarku,
keluarkan not biru dan lakukan magik seperti makcik di sebelah,
dan akhirnya aku berjaya menggoyangkan kerusi dan diri ini,
kerusi ini terus meraba seluruh tubuh aku,
tiga minit lamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan