Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Perlu

berbicara tentang cinta,
memang aku bukan juara,
sempurna dalam cinta,
bukan aku juga orangnya.

tapi hidup dengan cinta,
ya..aku,kau,dia,mereka dan semuanya perlukan cinta.

jangan beri jawapan kau tak mahu bercinta.

Cucuh dan Nikmatinya


perokok antara pembayar cukai paling tinggi di Malaysia,
tapi ada ke sesiapa suka pada perokok?
bau busuk,
gigi kuning,
pokoknya tak bestlah berkawan dengan perokok.

arhh janji best main asap,
gua hembus biar jin yang makan asapnya.

lu tension?
beli sekotak rokok,
lu isap dan main asap,
lepas tu lu tau apa nikmatnya.

Buku Kehidupan


"meor,naik semester depan nanti kau bukak buku baru tau"
inilah kata kata nasihat yang sering diberi padaku atas salah dan silap yang pernah aku lakukan secara sengaja atau tidak sebelum ini.

bukak buku baru?itu idea bagus,maksudnya aku perlu mencorak dan menconteng halaman di buku baru,
tapi ini diri aku,aku masih meor yang sama bukan bermakna aku tidak pernah menyesal salah dan silap yang pernah aku lakukan,
cuma aku masih rindu kehidupan lama dan aku rasa kehidupan yang aku hilang kini antara kehidupan yang paling baik aku jalani,
dan sumpah aku sangat rindukannya.

semua berlaku ada hikmah bukan?seperti firman Allah  “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (QS Ali Imran: 200).
Aku percaya akan ada kebaikan dan hikmah selepas ujian yang Allah turunkan.

"aku rasa aku taknak buka barulah kawan",
maaf ye?sebab aku rasa aku nak terus menconteng hidup ini dengan cara aku di buku lama tetapi dihalaman baru yang tidak pernah kotor dek dakwat atau sebarang tulisan cakar ayam daripada manusia lain.

aku janji pada semua yang aku akan cuba sebaik mungkin menulis buku kehidupan ini dengan sebaik mungkin,tanpa menconteng dengan lukisan yang buruk,tanpa warna  buruk yang lansung tiada nilai seni.
andai aku masih melakukan kesilapan ajarlah aku menulis denga betul,itu sahaja aku pohon kerna aku manusia,punya kekurangan.

buku lama aku terus aku conteng dan penuhkan dengan karya karya sampah daripada diri sendiri,
tetapi aku tak akan sambung conteng di halaman yang lepas,yang lama,
aku punya banyak lagi helaian halaman baru perlu aku penuhkan sebelum aku tak punya kebolehan unuk menulis lagi.

Kerusi Raba

serius aku dah penat berjalan,
seharian aku pusing pusing di pc fair dan Digital Media Carnival,
mujur pinggang aku ada gam yang tahan lama,
kalau tak aku rasa dah terpisah atas dan bawah tubuh aku ini.

'jom ke mydin meor' panjang mengajak aku,
tanpa berfikir panjang aku rasa sana tempat paling best bagi melegakan tubuh yang hampir terpisah dua.

'panjang aku keluaq sat na p rehat',
panjang mengangguk tanda paham,
sejurus aku berpaling wajah,
aku lihat satu kerusi hitam yang unik,
dan mereka yang duduk di atasnya semua bergoyang,
macam kat disko dangdut baq hang.

aku duduk di atas kerusi itu,
tetapi kerusi itu tidak bergoyang,
aku pandang sebelah aku lihat makcik menggunakan magik dengan mengoyangkan kerusi ini menggunakan not berwarna biru.

lalu aku ambil wallet dari kocek seluarku,
keluarkan not biru dan lakukan magik seperti makcik di sebelah,
dan akhirnya aku berjaya menggoyangkan kerusi dan diri ini,
kerusi ini terus meraba seluruh tubuh aku,
tiga minit lamanya.

Syahdu

Demi Tuhan aku rindukan kau,
puas aku cuba lupakan,
makin ku cuba makin besar rasanya,
apa yang aku boleh ungkapkan,
hanya satu ayat,
mengambarkan betapa perit jiwa ini.

AKU RINDU KAU!

dah Malas

jujur aku malas sangat nak update blog ni,
aku sekarang menulis di blog yang dikongsi bersama kawan kawan aku,
harap korang boleh support sama.
ini belog kami blog saya dan kawan kawan

itu saja,
bai.