Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

masa lalu


kadang kadang aku rasa masa lalu aku lebih baik,

kadang kadang aku rindu masa lalu aku,
lebih lebih lagi bila aku buka album kenangan masa lalu.

kadang kadang aku nak hidup aku tak berubah sama macam masa lalu aku,

kadang kadang aku nak masa berputar balik ke masa lalu,
agar aku boleh perbetulkan semuanya supaya kelihatan sempurna.

tapi semua kadang kadang sahaja sebab aku tahu,
masa sekarang aku lebih baik,
lebih tenang,
lebih berharga,
daripada masa lalu.

apa apa pun aku rindu sebahagian masa lalu ku.

#aku harap mereka yang pernah ada dalam masa lalu aku dan masa sekarang aku bahagia dan tabah dalam menempuhi hidup yang penuh onar ini.

4 ulasan: