Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

kaca



dulu aku pernah genggam sebutir permata,
sambil permata itu aku genggam aku terpijak kaca akhirnya luka kaki aku sehingga aku terlepas akan permata itu,
cari puas sudah aku cari permata itu sehingga sekarang tapi masih belum kutemu di mana permata itu.

atas keputusan sendiri aku kutip akan serpihan kaca itu kerana menyangka kaca itu tinggi akan nilainya dan boleh digilap hingga bersinar dan berkilau.
tapi aku silap,kaca itu aku genggam penuh rasa dan kaca itu akhirnya menunjukkan sifat sebenarnya sedikit demi sedikit iaitu melukakan.
habis berdarah dan luka akan diri aku setelah kaca itu aku genggam sehingga diri aku rabak.

setelah aku lepaskan kau kaca ramai yang masih mendekati dan menggengam kau,walaupun mereka tahu mereka sakit dan akhirnya seorang demi seorang kau lukakan dan akhirnya mereka pergi dalam hidup kau.
apabila imej mereka di sekeliling kau ditunjukkan pada sifat kau iaitu memantul hanya imej anjing dan babi sahaja yang keluar.

kaca teruskan hidup di dalam dunia kau semoga suatu hari nanti akan datang seorang pengutip bahan kitar semula dan kitar kau kaca kepada kaca yang baru atau mungkin boleh bikin silap mata kepada permata.
aku doakan. ;-)

#atleast manusia tak punya sifat seperti anjing dan babi melainkan mereka yang sering menyamakan manusia seperti binatang binatang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan