Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

masa lalu


kadang kadang aku rasa masa lalu aku lebih baik,

kadang kadang aku rindu masa lalu aku,
lebih lebih lagi bila aku buka album kenangan masa lalu.

kadang kadang aku nak hidup aku tak berubah sama macam masa lalu aku,

kadang kadang aku nak masa berputar balik ke masa lalu,
agar aku boleh perbetulkan semuanya supaya kelihatan sempurna.

tapi semua kadang kadang sahaja sebab aku tahu,
masa sekarang aku lebih baik,
lebih tenang,
lebih berharga,
daripada masa lalu.

apa apa pun aku rindu sebahagian masa lalu ku.

#aku harap mereka yang pernah ada dalam masa lalu aku dan masa sekarang aku bahagia dan tabah dalam menempuhi hidup yang penuh onar ini.

Mati Hidup Kembali

#untuk hidup kembali daripada mati sememangnya perkara mustahil tapi adakala kita boleh hidup kembali daripada 'mati'.

.....

sangat lapang,
sangat tenang,
tak thau kenapa,
tapi ramadhan kali ni betul betul menenangkan hati ini.

mohon rasa ini kekal,
yaAllah,
ini rasa sangat indah.

#senyum ;-)

ramadhan tiba

seperti tiada perubahan besar dalam ramadhan kali ini,
sama saja berbuka puasa di tempat kerja lebih banyak daripada di rumah,
apa apa pun puasa ni semangat aku nak kejar pahala dan berkerja sanggat tinggi.

apa apa pun rindu pada abah makin mendalam setiap kali tiba bulan puasa,
ini kali kelima abah tiada di sisi kami untuk berpuasa dan meraikan hari raya sama sama,
apa apa pun semoga abah tenang di sana ya?along akan jaga ma dan adik adik elok elok.


#tahun ni aku nak cat rumah tapi tak tahu warna apa?

kaca



dulu aku pernah genggam sebutir permata,
sambil permata itu aku genggam aku terpijak kaca akhirnya luka kaki aku sehingga aku terlepas akan permata itu,
cari puas sudah aku cari permata itu sehingga sekarang tapi masih belum kutemu di mana permata itu.

atas keputusan sendiri aku kutip akan serpihan kaca itu kerana menyangka kaca itu tinggi akan nilainya dan boleh digilap hingga bersinar dan berkilau.
tapi aku silap,kaca itu aku genggam penuh rasa dan kaca itu akhirnya menunjukkan sifat sebenarnya sedikit demi sedikit iaitu melukakan.
habis berdarah dan luka akan diri aku setelah kaca itu aku genggam sehingga diri aku rabak.

setelah aku lepaskan kau kaca ramai yang masih mendekati dan menggengam kau,walaupun mereka tahu mereka sakit dan akhirnya seorang demi seorang kau lukakan dan akhirnya mereka pergi dalam hidup kau.
apabila imej mereka di sekeliling kau ditunjukkan pada sifat kau iaitu memantul hanya imej anjing dan babi sahaja yang keluar.

kaca teruskan hidup di dalam dunia kau semoga suatu hari nanti akan datang seorang pengutip bahan kitar semula dan kitar kau kaca kepada kaca yang baru atau mungkin boleh bikin silap mata kepada permata.
aku doakan. ;-)

#atleast manusia tak punya sifat seperti anjing dan babi melainkan mereka yang sering menyamakan manusia seperti binatang binatang ini.

ini lima benda gua nak

ini lima benda aku cuba nak beli dan masih dalam proses mengumpul duit.

Mini Cooper Klasik

Vespa Jobot

Beli buku banyak-banyak dan bikin satu perpustakaan dalam rumah

Rayban Wayfarer

Ps3 Slim

#masih mencuba mendapatkan semua ini.

Jun dan Mei


terima kasih mei dan jun,
terima kasih untuk semua pengalaman,
terima kasih untuk semua pengajaran,
terima kasih untuk semua pembelajaran,
terima kasih untuk semua salah faham,
terima kasih untuk semua kegembiraan,
terima kasih untuk semua kesedihan,
terima kasih untuk semua keperitan,
terima kasih untuk setiap pendekatan,
terima kasih untuk semua pengisian,
terima kasih mei dan jun untuk segala-galanya.

dua bulan dalam 2012 mei dan jun betul-betul mengubah hidup aku sebagai seorang manusia,
dua bulan yang takkan aku lupakan sepanjang hidup aku,
dua bulan yang telah mengagalkan aku dan juga menjadikan aku seorang manusia,

untuk terakhir kali,
terima kasih mei dan jun.

#berseorangan di atas kerusi di dalam sebuah bilik sambil cuba menjawab soalan yang tiada jawapannya.

dari seorang ayah kepada seorang abang

aku tahu aku lagho,aku tahu aku nakal,
sebab tu aku gagal,
aku gagal jadi abang,
abang kepada empat orang manusia yang dahagakan kasih sayang dan rindukan ketegasan,
aku lalai sehingga terlupa mereka memerlukan bimbingan.

arhhh,
kenapa aku hanyut dalam dunia ciptaan aku,
kenapa aku dekat dengan mereka yang menjauhkan aku daripada kalian,
isk..isk..
dah tak guna aku bersedih,
aku masih punya masa dan kesempatan.

berilah aku peluang adik-adikku,
akan aku perbetulkan mana yang salah.

aku akan bimbing dan lindungi kalian,
percayalah aku,
kerana ini amanat abah pada aku,
aku takkan gagal,
ini janji aku pada abah dan kalian.

#semoga aku dapat menjadi seorang abang yang kalian cintai kerna pada waktu dan saat ini ibu dan kalian kepentinganku.

ini puisi terbaik.


Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah tuhannya
Tak pernah lelah
Menebarkan mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa