Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

sesal

mungkin dah lama lepas,cukup masa untuk aku pulih.
aku mungkin tak mampu nak hilangkan rasa bersalah dan menyesal atas salah dan kesilapan aku sebagai seorang manusia tetapi aku bersyukur Allah masih beri ruang pada diri aku untuk memperbetulkan apa yang salah,untuk cari jalan sebelum tersesat.

mungkin dengan sesama manusia aku sudah buruk,busuk dan hina kerana manusia punya perasaan,bagi yang membenci aku aku mohon jangan dan seribu kemaafan.
jika salah aku terlalu besar teruslah menghukum aku kerna aku tahu sifat manusia lebih suka menghukum daripada mengajar.

tidak mengapa,semua dah berlalu,sudah cukup sudah biar aku yang pergi.
walaupun seperti sudah selesai rasa menyesal takkan hilang kerna aku dah lepaskan perkara yang terbaik yang pernah ada dalam hidup aku.

tak guna aku tangisi,
tak guna aku ratapi,
yang dah terjadi,
tidak boleh berpatah balik,
aku mesti menerima hakikat,
aku gagal.

untuk manusia-manusia yang pernah aku sakiti aku mohon beribu kemaafan,kita masing-masing dah punya hidup sendiri walaupun dalam kesakitan.
semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah S.W.T

It's sad when the people who gave you the best memories,become a memory.