Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

MAAF

maaf saya mohon kepada manusia yang pernah saya lukakan,yang pernah saya sakitkan,yang pernah saya kecewakan.
saya tahu saya buat salah,saya tahu saya buat silap walaupun saya dah cuba untuk jadi sempurna.

saya rendahkan EGO saya memohon maaf pada kalian yang terlibat secara langsung atau tak dalam hidup saya.

apa-apa yang berlaku kebelakangan ni adalah kerana ada sebab,semua saya lakukan kerana demi memenuhi tuntutan sebagai seorang manusia yang punya keinginan dan kehendak.
tiada sebarang niat sengaja untuk merosakkan sebarang hubungan dan sebarang rasa yang wujud.

jika kini saya dibenci mohon beri saya peluang untuk perjelaskan dan kembali menjadi sebahagian daripada hidup kalian yang pernah saya lukai.

jujur tiada sebarang rasa dendam atau sakit yang wujud dalam hati ini,melainkan rasa serbasalah,
sekali lagi dengan rasa rendah diri saya mohon MAAFKAN saya.