Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

tak rasa seperti biasa

cuti semester atau cuti pertengahan semester merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia untuk pulang ke kampung halaman,tetapi aku...

aku rindukan ipoh,sangat-sangat rindukan ipoh tetapi aku tak tahu kenapa tiada rasa yang wujud seperti dahulu kala,tiada lagi keseronokan yang sering meloncat-loncat menikam hati aku memberi rasa rindu,berteriak di cuping telinga aku membuat aku terngiang-ngiang suara orang di sana,tiada lagi tiupan angin yang memwaba udara daripada sana dan adakalanya berair mata ku kerana udara rindu itu.

tetapi kali ini lain macam sangat,aku tak rasa keterujaan pulang ke kampung halaman seperti orang lain dan adakalanya aku rasa biarlah aku berseorangan di sini 300++ kilometer rasa jaraknya daripada rumah aku.
aku tak sedih,aku tak kecewa,aku tak marah yang aku tahu aku dah hilang rasa teruja itu.

mungkin hati aku dah penat,kerna hati aku juga perlu rehat secukupnya agar tidak kelihatan rosak pada mata kasar walau sakit pada sang empunya.

biarlah rasa ini wujud,aku tak mampu halangnya,walaupun rasa teruja ini tiada aku tetap mahu pulang kesana,jika sudah sampai masaku,di ipoh juga aku mahu disemadikan,dekat dengan keluargaku,dekat dengan keluargaku dan dekat dengan keluargaku.


aku rindu tetapi rasa teruja itu dah hilang,maafkan aku..

2 ulasan:

  1. kenapa?? ada sesuatu yang membawa rasa itu pergi ke?

    BalasPadam
  2. kita manusia, acap diuji dengan hati yang berbolak balik...tabahlah, hamparkan sejadah...tangan menadah mohon hidayah...semoga tenang sebagai hamba Yang Esa

    BalasPadam