Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

tak rasa seperti biasa

cuti semester atau cuti pertengahan semester merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia untuk pulang ke kampung halaman,tetapi aku...

aku rindukan ipoh,sangat-sangat rindukan ipoh tetapi aku tak tahu kenapa tiada rasa yang wujud seperti dahulu kala,tiada lagi keseronokan yang sering meloncat-loncat menikam hati aku memberi rasa rindu,berteriak di cuping telinga aku membuat aku terngiang-ngiang suara orang di sana,tiada lagi tiupan angin yang memwaba udara daripada sana dan adakalanya berair mata ku kerana udara rindu itu.

tetapi kali ini lain macam sangat,aku tak rasa keterujaan pulang ke kampung halaman seperti orang lain dan adakalanya aku rasa biarlah aku berseorangan di sini 300++ kilometer rasa jaraknya daripada rumah aku.
aku tak sedih,aku tak kecewa,aku tak marah yang aku tahu aku dah hilang rasa teruja itu.

mungkin hati aku dah penat,kerna hati aku juga perlu rehat secukupnya agar tidak kelihatan rosak pada mata kasar walau sakit pada sang empunya.

biarlah rasa ini wujud,aku tak mampu halangnya,walaupun rasa teruja ini tiada aku tetap mahu pulang kesana,jika sudah sampai masaku,di ipoh juga aku mahu disemadikan,dekat dengan keluargaku,dekat dengan keluargaku dan dekat dengan keluargaku.


aku rindu tetapi rasa teruja itu dah hilang,maafkan aku..

Mencarut

aku mencarut bila aku marah,bengang dan mencarut juga bila aku sedih,
salah ke?memang salah sebab aku orang melayu kena jaga bahasa aku.
ouh ye?macam tu pulak,orang kita terlampau merajakan bangsa sehingga terlupa agama.

tak tahu kenapa,
tapi hari ini aku rasa nak mencarut sepuas-puasnya,
mungkin ada mereka dia kau akan gelar aku jahat,
aku memang jahat.

rasa marah dan bengang tak mungkin hilang,
kerana tergigit cili milik orang lain,
sengaja diletakkan dalam makanan aku.

argh..aku mahu mencarut..
tapi jangan benci aku,
aku tau ini salah aku.

ada satu rasa susah nak diungkapkan bagaimana,pelik,sangat pelik sebab tiada orang tahu apakah rasa itu.
terlebih tiada kurangnya juga tiada jadi apa?
ditengah-tengah?apakah rasa yang ditengah-tengah?wujudkah rasa itu?pelik dan hairan kerna aku sendiri tak dapat mengungkap dengan jelas untuk menjelaskan rasa itu.

mungkin ada mungkin tiada,seakan kau minum secawan teh yang tak dapat menghilangkan dahaga kerna teh itu tidak memberi rasa,mungkin kau pernah minum yang manis atau yang pahit tapi kali kau minum yang TAWAR!

rasa TAWAR seperti tiada apa,manis juga tidak pahit juga tidak,seakan kau teperangkap dengan rasa TAWAR yang bisa membuat kau bingung dengan kehidupan dipenuhi manusia rakus mengejar dunia ini!

kini kau umpama terapung di tengah lautan yang seluas peta dunia,tiada daratan malah langit juga sama tidak berubah,tiada malam dan tiada siang yang ada hanya kau yang tak mengerti apa yang kau alami.
berhati-hatilah,mungkin kau dibunuh oleh rasa.

lemah


aku memang lemah,sangat lemah.
banyak kekurangan,
yang paling aku kurang ialah aku tak mampu untuk buat orang sekeliling aku gembira dengan aku,
aku tiada kelebihan itu.

maafkan aku wahai manusia-manusia di sekeliling aku,
kerna aku tak dapat gembirakan 'kalian',
mungkin ini memang takdir aku,
hidup untuk dimarahi,dibenci dan diherdik.

sekali lagi,
maafkan aku!

apa-apa pun aku tetap akan terus cuba untuk gembirakan kalian,
walaupun aku tahu aku tiada kelebihan itu,
hidup ini perlu gembira walau duka yang menjelma.

p/s:aku nak jadi manusia kebal sedih.