Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

berfikir atau terfikir

siapa tak selesa?
ramai orang akan marah jika ada rakyat malaysia suarakan tak selesa tinggal di malaysia.
dan pasti akan ada tomahan 'dasar tak bersyukur' 'tak reti terima kasih'.
aku tertarik dengan kata-kata seseorang pensyarah aku yang mengajar aku pada semseter ini 'kita jangan berada dalam keadaan terlalu selesa'.
kenapa beliau boleh keluarkan kenyataan sedemikian?kalau difikir secara rasional gaji dia mungkin cukup untuk buat dia hidup selesa.
dan inilah sentiasa yang diukur oleh kita!duit!harta!apa kalau takde semua ni kita tak boleh hidup selesa?

kita selalu memandang luaran sahaja sedangkan dalaman rosak!musnah!terkopak! jadi apa yang tinggal?pemikiran rakyat malaysia khusunya bangsa yang sama seperti saya sudah dapat dibaca dan dianalisis sesenangnya.
mungkin ramai yang pernah mendengar atau membaca kenyataan 'negara kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mempunya mentaliti kelas ketiga'.
contoh yang boleh saya berikan secara mudah ialah akhbar yang sering kita baca,tak perlu lagi saya sebutkan nama akhbar-akhbar tersebut,lihat sendiri bagaimana tajuk akhbar tersebut.
kalau tak wat tajuk kontrovesri tak laku lah akhbar mereka kan?secara mudahnya kita lebih tertarik kepada isu kontrovesri daripada isu ilmiah.contoh,isu adam adli menurukan bendera.
tiada siapa yang tahu atau kisah kenapa dan mengapa bendera diturunkan dan tiada siapa mengambil tahu mengapa mahasiswa berarak,yang kita tahu hanya menyalahkan selepas isu bendera diturunkan dibangkitkan.

saya ingin petik kata-kata daripada HAMKA sekitar tahun 1960an dahulu bahawa  pada masa kita telah berupaya mendirikan kota atau 'hutan batu-bata' tetapi pada masa yang sama jiwa manusia yang menghuninya kadang-kadang kering dan hambar.

saya akan terangkan maksud ayat ini dalam penulisan seterusnya.

1 ulasan:

  1. melayu mudah lupa asal usul mereka. claim tanah ini mereka yang empunya. Mereka lupa Dia masih berkuasa menarik segala nikmat dan rasa.

    melayu, melayu, melayu.

    BalasPadam