Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Kritikan dan Teguran-Terimalah dengan hati yang terbuka

betulkah ramai antara kita yang sedikit pun tidak boleh menerima kritikan atau teguran?
jika soalan ini ditujukan kepada aku jawapan aku YA,aku sendiri kadang-kadang termasuk dalam golongan ini,sukar untuk menerima kritikan dan teguran.

tidak boleh menerima teguran dan kritikan bermakna tidak menerima kekurangan diri sendiri,ingatlah wahai manusia tidak ada manusia yang sempurna,pasti ada silap dan salah dilakukan jadi mengapa sukar kita menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka.

benar,tiada siapa mahu dipersalahkan atau mengaku dirinya adalah yang TERbawah,rendah,kurang dan sewaktu dengannya,tetapi kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia yang sudah dinyatakan sifat kita sering melakukan silap dan salah jadi untuk apa kita riak seperti sempurna sahaja sifat kita?

kritikan dan teguran bukan diberi untuk menunjukkan si pengkrtik itu bagus atau bijak cuma kita berniat baik untuk mengubah ke arah yang lebih baik dan positif,bukankah lebih bagus jika ada yang mengkritik atau menegur kita bermakna masih ada yang kisah tentang kita dan kehidupan kita.

kita dikurniakan akal jadi gunalah akal kita sebaiknya,berfikirlah sebaiknya agar tidak perasaan mengaburi akal kita,percayalah kritikan dan teguran boleh mengubah kita ke arah yang lebih baik dan positif.

masalah yang selalu dihadapi adalah apabila si muda menegur si tua,yang rendah pangkatnya menegur yang tinggi jawatannya,yang miskin menegur yang kaya,penagih dadah menegur ustaz,adakah salah perbuatan ini?salah?mungkin ada perkara yang kita tidak tahu tetapi orang lain tahu akan perkara tersebut,berkongsilah ilmu selagi hayat dikandung badan,tuntulah walaupun daripada binatang sekalipun kerana takkan habis apa yang kita cari dalam dunia ini.

tinggi bagaimana pun pangkat mereka,cerdik macam mana pun mereka,kaya macam mana pun mereka ingat mereka juga manusia yang tak akan lari daripada membuat kesalahan dan kesilapan,terimalah teguran dan kritikan supaya mereka,aku dan kita semua boleh berubah kearah yang lebih baik.

saya ingin petik artikel yang dikeluarkan Tun M.

LANGKAWI 6 April — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kritikannya terhadap kepimpinan Umno tidak akan menghancurkan parti sebaliknya akan menjadikannya lebih kukuh.
“Terpulang kepada mereka hendak mendengar atau sebaliknya,” katanya selepas majlis tahlil untuk allahyarham kakaknya Habsah Mohamad di Surau Ibrahim Mi, Kampung Ranggut Padang Matsirat di sini malam tadi.
Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan beberapa menteri kabinet yang juga pemimpin Umno yang menegur beliau supaya jangan keterlaluan mengkritik kepimpinan parti ekoran pencapaian buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lepas.
Antara mereka ialah Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anggota Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib.
Ketika berucap sebelum itu, Dr Mahathir meminta umat Islam Malaysia supaya bersyukur kerana rakyat dapat hidup aman damai tanpa berlaku perbalahan walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik.
Beliau yakin Malaysia akan terus aman yang membolehkan rakyat hidup bahagia tanpa sebarang gangguan.
— BERNAMA
Sumbe:Utusan
jangan fahami artikel ini dari sudut politik sahaja tetapi ambilah maksud yang cuba disampaikan,kritikan dan teguran kita terima mungkin pedas?jadi  bagaimana kita mahu membalasnya,belasah orang yang menegur kita atau mengambilnya sebagai pedoman untuk kita kearah yang lebih baik dan maju di masa hadapan.ayuh,ubahlah sikap jangan jadi 'seperti katak dibawah tempurung'.

Belum lali

Sepatutnya aku dah lali,
tetapi aku masih mahu lari.

Belum sempat aku angkat kaki,
belakangku dicakar berkali-kali.
hingga tersiat semua isi,
akhirnya badan ku kurus melidi.

Ini adalah realiti bukan fantasi,
yang terkpsa aku hadapi,
setiap masa setiap hari.

Tiada apa yang mampu selamat kan aku lagi,
selain Tuhan yang aku percayai.

Aku akan tamatkan semua ini,
dengan MATI.

berfikir atau terfikir

siapa tak selesa?
ramai orang akan marah jika ada rakyat malaysia suarakan tak selesa tinggal di malaysia.
dan pasti akan ada tomahan 'dasar tak bersyukur' 'tak reti terima kasih'.
aku tertarik dengan kata-kata seseorang pensyarah aku yang mengajar aku pada semseter ini 'kita jangan berada dalam keadaan terlalu selesa'.
kenapa beliau boleh keluarkan kenyataan sedemikian?kalau difikir secara rasional gaji dia mungkin cukup untuk buat dia hidup selesa.
dan inilah sentiasa yang diukur oleh kita!duit!harta!apa kalau takde semua ni kita tak boleh hidup selesa?

kita selalu memandang luaran sahaja sedangkan dalaman rosak!musnah!terkopak! jadi apa yang tinggal?pemikiran rakyat malaysia khusunya bangsa yang sama seperti saya sudah dapat dibaca dan dianalisis sesenangnya.
mungkin ramai yang pernah mendengar atau membaca kenyataan 'negara kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mempunya mentaliti kelas ketiga'.
contoh yang boleh saya berikan secara mudah ialah akhbar yang sering kita baca,tak perlu lagi saya sebutkan nama akhbar-akhbar tersebut,lihat sendiri bagaimana tajuk akhbar tersebut.
kalau tak wat tajuk kontrovesri tak laku lah akhbar mereka kan?secara mudahnya kita lebih tertarik kepada isu kontrovesri daripada isu ilmiah.contoh,isu adam adli menurukan bendera.
tiada siapa yang tahu atau kisah kenapa dan mengapa bendera diturunkan dan tiada siapa mengambil tahu mengapa mahasiswa berarak,yang kita tahu hanya menyalahkan selepas isu bendera diturunkan dibangkitkan.

saya ingin petik kata-kata daripada HAMKA sekitar tahun 1960an dahulu bahawa  pada masa kita telah berupaya mendirikan kota atau 'hutan batu-bata' tetapi pada masa yang sama jiwa manusia yang menghuninya kadang-kadang kering dan hambar.

saya akan terangkan maksud ayat ini dalam penulisan seterusnya.