Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Terowong Kehidupan

dalam hidup ni kita,semua manusia mesti melalui sebuah terowong yang disediakan.
berapa jarak terowong itu bukan kita yang tentukan tetapi Yang lebih berkuasa,Dia telah menetapkan berapa umur kita untuk ketika sampai di penghujung terowong yang digelar terowong kehidupan.

begini,kita akan mula meniarap di garisan permulaan terowong tersebut sebagai bayi kemudia secara perlahan-lahan kita merangkak dan akhirnya berjalan dan berlari,di hujung terowong sana hanya ada satu garisan penamat iaitu MATI.

dalam perjalanan kita ke garisan penamat sudah tentu kita dibedal,dipukul dan direjam hebatnya dengan ujian,ada yang sebentar ada yang lama..ada yang meninggalkan parut dan ada yang tak,tetapi percayalah jika kita bersabar dengan pukulan dan bedalan kita terima pasti kita perolehi ganjaran berdasarkan sekuat mana kita bertahan.

jangan sesekali kita mengalah kerana kita tidak akan dipukul dan dibedal sehingga di luar kemampuan kita,apa yang kita terima kita mampu menahannya,kuat atau tak semua bergantung pada iman dan pengalaman yang kita kutip dalam perjalanan di terowong ini.

ingat,dalam terowong ini kita tidak berseorangan,kita bersama yang lain,lain warna kulitnya,lain bahasanya dan lain juga agama mereka,untuk menjadi yang hebat ketika sampai di garisan penamat mestilah kita pandai merancang strategi dengan berkerjasama dan bertoleransi dengan mereka yang lain.
di garisan penamat pula ada berbagai cara kita tamatkan,ada yang dalam kedaan terlampau hina dan ada dalam kedaan bersih dan suci serta dipandang mulia oleh mereka yang lain yang turut serta dalam perjalan di dalam terowong ini,bagaimana kita tamatkan kita yang tentukan kita yang pilih apa yang kita kutip dalam perjalanan ini,halal haram baik atau jahat semuanya ada,cari sahaja di mana-mana,tetapi kita yang tentukan yang mana mahu kita kutip dan jadikan bekalan kita untuk sampai ke penhujungnya.
berjaga-jagalah kerna kita tidak akan pernah nampak di mana garisan penamat kita,mungkin sebentar lagi atau mungkin esok,lusa atau bila,kita tak tahu,oleh itu,bersedialah kita,kutiplah bekalan yang secukupnya kerna mungkin bila-bila masa garisan penamat di hadapan kita.

boleh sahaja jalan pintas kita guna,terus sahaja ke garisan penamat,tetapi cara itu diharamkan sama sekali,dan jika ada yang melakukannya di garisan penamat dia akan menjadi seorang yang kalah,sentiasa kalah dan akan dihukum seberat-beratnya kerana permainan kotor yang dipilihnya sendiri.

untuk semua,ayuhlah kita lalui terowong kehidupan ini sebaik-baiknya,ada sahaja peluang sambarnya,kutip apa yang sepatutnya dan tinggalkan sahaja yang tidak patot dibawa bersama.

ingat,kita tiada masa untuk rehat,bila-bila masa sahaja garisan penamat di hadapan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan