Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

aku tak tahu kenapa aku sangat berminat untuk menulis tentang kesedihan,kegagalan dan paling penting bangkit daripada kegagalan dan kesedihan.
kenapa?kerana kita manusia tak pernah berhenti daripada diuji Allah SWT,percayalah setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya,ada sebab dan munasabab kenapa ia berlaku.
kepada sesiapa yg sedang diuji Allah SWT bergembiralah kerana anda masih dikasihi Allah SWT.

sahabat2 Rasulullah SAW suatu masa dahulu menangis apabila tidak diuji Allah SWT,mereka takut hilang kasih sayang Allah pada mereka,tetapi kita kini apabila diuji?'mengeluh' 'kecewa' 'memberontak'.
mungkin itu sahaj yang kita fikirkan.

cuba perhati sekeliling kita,apakah kita paling miskin?paling teruk?paling hina?paling sunyi?tidak,sudah pasti tak,percayalah kita sebenar jauh bernasib baik drp insan di luar2 sana,bersyukurlah jika makan dan pakai kita masih cukup,masih ada yg sayang dn ambil berat tentang kita,masih sempurna anggota tubuh badan kita,bermakna kita masih cukup semuanya untuk menjadi seorang manusia.

jadikan masalah sbgai pnyelesaian,bukan masalah sebagai masalah.

#untuk sahabatkuh yang baru kehilangan abang,bersabarlah kawan,semua ini ujian drp Allah SWT,kau sudah hilang ibu dn bapa dan kini kau hilang seorang lagi ahli keluargamu,percayalah kau antara sahabat paling tabah pernah aku jumpa,kau sorok duka dengan sukamu,aku bangga punya kawan sepertimu..;)
#dan ini untuk diri aku,keluarga aku dn sidia,tabahlah semua perkara ada hikmah,berat mana dugaan datang sekalipun kita mampu hadapinya,percayalah dan bersabarlah kerna ada ganjaran lebih besar menanti kita,PAHALA!:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan