Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Memahami dan Difahami

semua manusia mahu difahami,
terutama difahami insan yg mereka rapat dan sayang,
mudah hidup jika ada yg memahami bukan?

tapi sedarlah,
dalam dunia ni tak mungkin kita akan jumpa manusia yg memahami kita 100%,
tak kira siapa dia,
ibu,ayah,gf/bf,suami/isteri ataupun kawan,
takkan ada yg memahami kita sepenuhnya,
jadi tak usahlah berharap ada insan yg memahami dan dapat membaca apa2,
yg tersimpan di hati atau di fikiran kita.

kadang2 kita terlampau,
memberontak,melakukan sesuatu yg tak patut hanya untuk berharap,
untuk difahami?
tapi mereka juga manusia,
mereka tiada pancaindera untuk membaca apa yg ada di fikiran mahupun hati kita.

jadi bersyukurlah,
jika mereka cuba memahami dn membaca,
apa yg kita fikir dan rasa,
bersyukurlah mereka tetap ada di samping kita,
walaupun mereka tak mampu membaca apa yg ada di hati atau fikiran kita.

fahamilah diri sendiri dulu,
sebelum cuba memahami orang lain,
dan CUBA fahami orang lain,
jika kita ingin difahami,

cukuplah walaupun bukan 100%,
kita difahami atau memahami,
ingat,
kita berkongsi di bumi Tuhan ini.

Hargailah mereka yg dekat dengan kita,
mereka dianugerahkan untuk kita,
untuk temani kita meneruskan kehidupan di dunia ini,
akan tiba masa mereka pergi jua,
hargai dan sayangi mereka sebelum masa itu tiba.

Terima Kasih atas teman yg Kau kurniakn pada ku Tuhan,
Terima Kasih pada ma,adik2 ,sahabat2ku dan rakan seperjuanganku.
aku SAYANG korang.

5 ulasan:

  1. terima kasih sebab sayang aku... =P

    BalasPadam
  2. betul2!
    hargailah mereka sebelum mereka tiada!

    BalasPadam
  3. misliana:aku sayang sume kawan kawan aku..=)

    nuar:kadang2 la..HEHE

    lelaki ini:aku taknak ulang kesilapan kali kedua.

    BalasPadam