Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

#Cerita Dulu-dulu

lepak di balkoni rumah sewa sambil mencuci mata dengan pandangan yg menghijau ditemani angin yg bertiup agak kuat pada hari ini,saat ini terasa betapa sempurnanya ciptaan Tuhan,rugi mereka yg tak pernah menyedarinya dan tersangat rugi pula mereka yg mengabaikannya.

sedang mulut ini mengunyah coklat pemberian teman isitimewa,teringat akan peristiwa semasa kecil dahulu,mungkin 10 tahun lepas,mungkin 11 atau 12 tahun lepas,apa2 pun ia tetap perkara yg lepas,usia kini menginjak 21tahun,terasa diri semakin dewasa dan tanggungjawab dipegang pula semakin bertambah,runsing kepala memikirkannya,tanggungjawab pada diri,pada agama,pada keluarga dan juga pada negara,moga aku dapat memenuhi semua tuntutan ini.

peperiksaan akhir semester akan tiba,semoga aku dapat lawan nafsu terutama nafsu terhadap blog dan fb,walaupun bukan Dean List atau dekan cita2 utama aku,aku tetap cuba untuk menamatkan pengajian dengan CGPA 3.00 ke atas,sekarang hampir semua manusia memandang duniawi,jadi untuk menyedarkan mereka aku perlu juga berjaya di dunia walaupun itu bukan cita2 aku.

berbalik kepada kenangan yg sedang bermain di kepala aku,teringat sahabat2 lama waktu diri ini masih lagi budak hingusan,nama dan wajah mereka kadang2 aku ingat dan kadang2 aku lupa,ya perkara yg lama,mana mungkin aku bisa ingat semuanya.

permainan zaman kanak2 seperti guli,gasing,biji getah,mandi sungai,lastik burung,polis sentry dan semua permainan menjadi rinduan,arh..indah sangat kenangan itu,kalau la aku bisa kembali ke zaman kanak2,aku nak jadi manusia hebat.:)
tapi aku hanya manusia biasa begitu juga zaman kanak2 aku,teringat satu peristiwa,aku bersama kawan2 aku sedang leka mandi sungai tanpa disedari mak aku datang dengan membawa sebatang rotan,dengan muka yg bengis dia menyuruh aku balik,tanpa sempat memakai baju aku berkeliaran lari dn terus pulang ke rumah,tp peristiwa itu bukan pengakhiran,aku semakin kerap trun ke sungai dan lombong selepas itu..HEHE
jika ibu aku yg datang mungkin biasa tapi jika ayahku maka akan jadi perkara luar biasa.

zaman kecil juga zaman menuntut ilmu,keluargaku menghantar aku dan adikku ke rumah jiran yg berdekatan dengan rumahku untuk belajar mengaji Al-quran,selepas solat maghrib aku dan adik aku aku akan berjalan kaki ke sana,tak jauh lebih kurang 100meter sahaja aku rasa,di sana kami akan solat isyak berjemaah,selalu diimamkan oleh anak guru mengaji aku,teringat pujian yg diberikan oleh guru mengaji,katanya aku ni muridnya yg 'terang hati',bangga aku walaupun aku tak tahu apa maksud terang hati ketika itu,apabila selesai giliran orang terakhir mengaji maka kami semua akan pulang ke rumah masing2,pada masa itu aku lah orang paling laju keluar daripada rumah guru mengaji aku,bukan untuk pulang ke rumah,tapi menyakat rakan2 aku,topeng hantu dan kain putih adalah barang yg sering ku bawa untuk pergi mengaji..HEHE

pada suatu malam seperti biasa,aku manusia paling laju keluar daripada rumah guru mengaji aku,aku berlari dan menyorok di belakang pokok,cepat2 aku pakai topeng yg berwajah hodoh itu sambil menyelimuti tubuh aku dengan kain telekung ibuku,sedang aku menunggu rakan2 aku untuk lalu di hadapan aku tiba2 bahu aku dicuit,dengan perasaan terkejut aku memandang belakang secara perlahan dn apa yg ku lihat adalah lembaga yg sebesar orang dewasa dengan wajah yg hodoh dn diselimuti kain putih sedang merenung ke arah aku,alangkah takutnya aku dan tanpa aku sedari air mata aku telah keluar,belum sempat memikirkan apa2 aku melarikan diri selaju yg boleh ke rumah aku dan aku mengetuk pintu rumah aku sambil menangis,selepas itu ibuku membuka pintu dan aku memeluknya sekuat hati sambil menangis,sedang ibuku menenangkan aku,aku terdengar hilai tawa daripada belakang aku dan suara itu seperti aku kenal,ya itu suara ayahku,selepas itu aku pusing kepalaku dibelakang sambil memeluk ibuku lagi,aku lihat ayah aku sedang ketawa sambil memakai kain putih dan memegang topeng wajah hantu di tangan kanan,ya,aku terkena dengan ayahku sendiri,peristiwa itu aku takkan lupa sampai bila2,dan aku tak pernah lagi menyakat orang selepas itu,dan bagi aku ini peristiwa yg manis..;)

apabila terkenang peristiwa ini rindu aku pada mereka,terutama pada arwah ayahku dan arwah guru mengajiku,semoga kalian ditempatkan bersama orang beriman.
untuk rakan2 aku doakan kalian berjaya dalam hidup kalian.
sekian..;)

1 ulasan:

  1. hahahahaha nak kenekan org die kne lehh. sweet memory boleh igt smpi tue :p

    BalasPadam