Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

maaf jika entry ini tidak bertajuk,
sekadar cerita dan luahan hati yg kosong sahaja,
teringat video ceramah ustaz Azhar Idrus,
cemburu sifat lelaki,

aku ini memang kuat cemburu orangnya,
bukan sahaja kepada si dia tetapi kepada semua,
moga sifat ini tidak menjahanamkan aku,
atau merosakkan hubungan aku dengan orang sekeliling,
yaAllah bantulah aku tangani masalah ini,
semoga cemburuku hanya untuk perkara positif,
dan bukannya negatif.
sekian.

#Cerita Dulu-dulu

lepak di balkoni rumah sewa sambil mencuci mata dengan pandangan yg menghijau ditemani angin yg bertiup agak kuat pada hari ini,saat ini terasa betapa sempurnanya ciptaan Tuhan,rugi mereka yg tak pernah menyedarinya dan tersangat rugi pula mereka yg mengabaikannya.

sedang mulut ini mengunyah coklat pemberian teman isitimewa,teringat akan peristiwa semasa kecil dahulu,mungkin 10 tahun lepas,mungkin 11 atau 12 tahun lepas,apa2 pun ia tetap perkara yg lepas,usia kini menginjak 21tahun,terasa diri semakin dewasa dan tanggungjawab dipegang pula semakin bertambah,runsing kepala memikirkannya,tanggungjawab pada diri,pada agama,pada keluarga dan juga pada negara,moga aku dapat memenuhi semua tuntutan ini.

peperiksaan akhir semester akan tiba,semoga aku dapat lawan nafsu terutama nafsu terhadap blog dan fb,walaupun bukan Dean List atau dekan cita2 utama aku,aku tetap cuba untuk menamatkan pengajian dengan CGPA 3.00 ke atas,sekarang hampir semua manusia memandang duniawi,jadi untuk menyedarkan mereka aku perlu juga berjaya di dunia walaupun itu bukan cita2 aku.

berbalik kepada kenangan yg sedang bermain di kepala aku,teringat sahabat2 lama waktu diri ini masih lagi budak hingusan,nama dan wajah mereka kadang2 aku ingat dan kadang2 aku lupa,ya perkara yg lama,mana mungkin aku bisa ingat semuanya.

permainan zaman kanak2 seperti guli,gasing,biji getah,mandi sungai,lastik burung,polis sentry dan semua permainan menjadi rinduan,arh..indah sangat kenangan itu,kalau la aku bisa kembali ke zaman kanak2,aku nak jadi manusia hebat.:)
tapi aku hanya manusia biasa begitu juga zaman kanak2 aku,teringat satu peristiwa,aku bersama kawan2 aku sedang leka mandi sungai tanpa disedari mak aku datang dengan membawa sebatang rotan,dengan muka yg bengis dia menyuruh aku balik,tanpa sempat memakai baju aku berkeliaran lari dn terus pulang ke rumah,tp peristiwa itu bukan pengakhiran,aku semakin kerap trun ke sungai dan lombong selepas itu..HEHE
jika ibu aku yg datang mungkin biasa tapi jika ayahku maka akan jadi perkara luar biasa.

zaman kecil juga zaman menuntut ilmu,keluargaku menghantar aku dan adikku ke rumah jiran yg berdekatan dengan rumahku untuk belajar mengaji Al-quran,selepas solat maghrib aku dan adik aku aku akan berjalan kaki ke sana,tak jauh lebih kurang 100meter sahaja aku rasa,di sana kami akan solat isyak berjemaah,selalu diimamkan oleh anak guru mengaji aku,teringat pujian yg diberikan oleh guru mengaji,katanya aku ni muridnya yg 'terang hati',bangga aku walaupun aku tak tahu apa maksud terang hati ketika itu,apabila selesai giliran orang terakhir mengaji maka kami semua akan pulang ke rumah masing2,pada masa itu aku lah orang paling laju keluar daripada rumah guru mengaji aku,bukan untuk pulang ke rumah,tapi menyakat rakan2 aku,topeng hantu dan kain putih adalah barang yg sering ku bawa untuk pergi mengaji..HEHE

pada suatu malam seperti biasa,aku manusia paling laju keluar daripada rumah guru mengaji aku,aku berlari dan menyorok di belakang pokok,cepat2 aku pakai topeng yg berwajah hodoh itu sambil menyelimuti tubuh aku dengan kain telekung ibuku,sedang aku menunggu rakan2 aku untuk lalu di hadapan aku tiba2 bahu aku dicuit,dengan perasaan terkejut aku memandang belakang secara perlahan dn apa yg ku lihat adalah lembaga yg sebesar orang dewasa dengan wajah yg hodoh dn diselimuti kain putih sedang merenung ke arah aku,alangkah takutnya aku dan tanpa aku sedari air mata aku telah keluar,belum sempat memikirkan apa2 aku melarikan diri selaju yg boleh ke rumah aku dan aku mengetuk pintu rumah aku sambil menangis,selepas itu ibuku membuka pintu dan aku memeluknya sekuat hati sambil menangis,sedang ibuku menenangkan aku,aku terdengar hilai tawa daripada belakang aku dan suara itu seperti aku kenal,ya itu suara ayahku,selepas itu aku pusing kepalaku dibelakang sambil memeluk ibuku lagi,aku lihat ayah aku sedang ketawa sambil memakai kain putih dan memegang topeng wajah hantu di tangan kanan,ya,aku terkena dengan ayahku sendiri,peristiwa itu aku takkan lupa sampai bila2,dan aku tak pernah lagi menyakat orang selepas itu,dan bagi aku ini peristiwa yg manis..;)

apabila terkenang peristiwa ini rindu aku pada mereka,terutama pada arwah ayahku dan arwah guru mengajiku,semoga kalian ditempatkan bersama orang beriman.
untuk rakan2 aku doakan kalian berjaya dalam hidup kalian.
sekian..;)

#Video

malas jari-jari ini untuk menekan keyboard bagi menghasilkan tulisan,
lalu hanya video yg mampu ditonjolkan,
selamat menonton. ;)
                                  Perlembagaan Rakyat vs Perlembagaan Persekutuan
Ops Bilang*-Fahmi Reza pt1
Ops Bilang*-Fahmi Reza pt2
Pandangan Mahasiswa Indonesia tentang Mahasiswa Malaysia

BERSIH



bercakap tentang bersih pasti ramai yg tahu apa itu perhimpunan BERSIH,
terutama perhimpunan  BERSIH 2.0 yg diadakan pada 9 Julai 2011,dan untuk sesiapa yg tak tahu,
perhimpunan bersih diadakan bagi menuntut pihak berwajib memenuhi 8 tututan ini.
inilah 8 tuntutan yg diminta daripada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan Kerajaan,
adakah 8 tuntutan ini telah ditunaikan?anda yg mempunyai mata,tentukan sendiri.
ada yg mengutuk sekeras2nya mereka yg menyertai perhimpunan ini dan ada yg memuji keberanian mereka,
bagi aku setiap manusia ada perjuangan mereka sendiri termasuk aku dan kau.
mungkin ramai yg mengetahui berita tentang bersih daripada berita di kaca tv dan ada daripada akhbar2 pro side sana terutama akhbar yg meLOYAkan,nasihat aku apa yg anda lihat,dengar dan baca jangan terus percaya,analisis dahulu dan dengar daripada kedua2 pihak.
untuk mereka yg tak pernah dengar,baca dan lihat berita selain daripada berita di kaca tv dan akhbar2 side sana,tonton video ini,dan anda nilaikan sendiri siapa yg menipu,siapa yg ditipu dan siapa yang tertipu..

Cerita Sebalik Demo Mahasiswa Aspirasi

ini adalah cerita benar yg aku dapat daripada sahabat aku,aku taknak komen apa2,korang sebagai manusia yang cerdik nilaikannya,apa yang salah dan apa yang benar disini..=)


jelas bukan,kepada mahasiswa di luar sana berhati2lah!kita mahasiswa bukan lembu untuk dicucuk hidung..


"Mahasiswa,tanpa mengira bangsa apa,yang berpolitik secara BODOH macam mana sekalipun,adalah jauh lebih baik daripada Mahasiswa yang hidup seperti BINATANG TERNAKAN,pada memikirkan makan,minum,kuliah,rehat dan kahwin.Sikap peduli kepada kezaliman dan salah laku pentadbiran diperlukan untuk melakar SEMPADAN hidup Iman"


-Ustaz Harizal @ saifulislam.com

#Wordless Wednesday

Panik

panik,lagu daripada kumpulan bunkface,
sedang lagu ini dimainkan,
aku hayati satu demi satu bait lagu ini,
ya,ini lagu sama seperti cerita aku,
cerita hidup aku,
aku bersemngat bila lagu ini dimainkan,
kenapa?
dengarlah sendiri,
mungkin ada yg paham ada yg tak,
tapi kita ada perjuangan kita masing2 dalam hidup kan?
berjuanglah selagi kita masih hidup,
sekian.


Mereka mengatakan dunia,
Penuduhan membabi buta,
Sebalik sentiasa ada makna,
Konspirasinya.

Kini aku diperhati,
Kanan kiri diawasi,
Ancaman mereka tiada henti,
Aku hadapi.

Biarkan ku pergi juang,
Bertentangan terus dan mati,
Satu dunia sudah bersedia.

Biarkan ku pergi juang,
Rasa yang kita idamkan,
Satu dunia sudah bersedia,
Sudah bersedia.

Reformasi mana sakti,
Sini semua beraksi,
Ancaman mereka tiada makna.

Ku selalu berasingan jauh,
Dan ku biarkan mulut celakamu,
Kan ku tunggu kebenaran,
Ditentukan padaku padamu,
Pada mereka yang setuju.

Jenaka yang Bodoh






jika aku menjadi juri bagi Festival Filem Malaysia(FFM) aku akan berikan hadiah filem pendek komedi terbaik pada filem pendek di atas,kenapa?
aku menulis bukan kerana menyokong mana-mana pihak,aku tetap dengan slogan aku 'we dont choose the side but we choose the right'.
lihat dahulu video ini kemudian berikan komen anda sendiri,siapa kita untuk mempertikaikan hukum Allah dan Islam?Allah dah tetapkan yang terbaik untuk semua ciptaanNYA,tapi segelintir manusia mempertikaikannya?siapa kita untuk bertindak sedemikian?
video ini telah memasukkan unsur fitnah terutama kepada parti lawan dan kelantan.
'datuk nik aziz dah mula retorik lama,dah dekat pilihanraya ni,dia mulalah lagu-lagu hudud dia tu'petikan daripada filem pendek ini,secara tak lansung kita dapat lihat betapa ceteknya ilmu mereka yg terlibat dalam video ini,pertama,menyindir hukum Allah,kedua menjatuhkan peribadi seseorang.
bukan seorang malah ada beberapa lagi individu turut difitnah dan dimalukan dalam video ini,jika benar kita ingin menyedarkan kesalahan pihak lain,bukan fitnah cara terbaik,tak perlu sehingga memalukan individu tersebut dengan fitnah.ingatlah dosa memfitnah itu adalah lebih besar daripada dosa membunuh!

kelantan?salah satu negeri di malaysia dan mungkin negeri terkaya jika rakyat mendapat royalti minyak yg sepatutnya,tetapi..

lihat sendiri video di atas,menangislah jika kamu dapat melihat kebenaran,kenapa kelantan sering diburukkan di kaca tv dan jua akhbar?pendapat aku sng sahaja,kerana kelantan dipegang oleh pembankang,dipegang pembankang tetapi perlukah kelantan sering diburukkan dan dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan?aku antara individu pernah menetap di kelantan untuk masa yg lama,tak pernah aku lihat semua keburukkan yg ditunjukkan dalam kaca tv dan ditulis dalam akhbar,serius..kelantan best!=)

dan makcik2 dalam video pertama,kok ye nak berbicara,nak kutuk orang,pkai tudung dulu ye makcik?tapi..aku tak heran,makcik tu sendiri tak mengikut hukum Allah iaitu menutup aurat untuk apa dia menyokong hukum Allah yg lain?ok makcik2 dan akak dalam video tu..saya paham..=)

secara keseluruhan aku tak nampak mana baiknya video yg pertama tu melainkan sekumpulan hamba Allah yg memburukkan hukum Allah,fitnah yg melampau2,tajuk kenapa hudud pas?bukankah hudud datang daripada Allah SWT,kelantan terus diburukkan...

jika ada kesalahan dalam memberi komen beritahu aku,aku hanya hamba Allah yg memerhati manusia lain..=)
terima kasih kerana sudi membaca..=)

Untuk adik

adik2kuh,
aku jauh di sini,
di bumi melaka,
manakala,
kalian di ipoh,
kalian sihat sahaja?
jangan bermuram durja ya.

rindukah kalian pada aku?
aku rindu pada kalian,
kecewa rasa,
masa bukan milik kita,
kita bukan sesiapa,
untuk ubah masa.

dulu,
hampir setiap masa,
kita habiskan bersama,
tapi,
semua dah berubah,
wajah sudah semakin dewasa,
jiwa sudah semakin matang,
tangan halus yg pernah ku genggam,
kini ku rasa kasarnya.

aku gantikan abah,
selepas abah pergi,
aku masak untuk kalian walaupun dapur bukan tempatku,
aku selimutkan kalian tika dingin angin menyapa kalian,
aku kucup pipi kalian tika kalian enak dibuai,
aku cari masa banting tulang,
aku jadi pelindung kalian,
aku jadi kuat hanya kerana kalian,
cuba beri kehidupan pada kalian.

biarlah aku diuji begini,
kelak kalian ingat jua,
siapa abang kalian,
yg kalian panggil along.

ku akhiri pesanan ini,
jagalah ibu yg sudah semakin tua,
jadilah anak yang soleh dan solehah,
dan adik yang mendegar kata
turut segala perintah Allah,
aku doakan kalian bahagia,
walaupun jauh dr mataku!

aku abang dan kau adikkuh!

Memahami dan Difahami

semua manusia mahu difahami,
terutama difahami insan yg mereka rapat dan sayang,
mudah hidup jika ada yg memahami bukan?

tapi sedarlah,
dalam dunia ni tak mungkin kita akan jumpa manusia yg memahami kita 100%,
tak kira siapa dia,
ibu,ayah,gf/bf,suami/isteri ataupun kawan,
takkan ada yg memahami kita sepenuhnya,
jadi tak usahlah berharap ada insan yg memahami dan dapat membaca apa2,
yg tersimpan di hati atau di fikiran kita.

kadang2 kita terlampau,
memberontak,melakukan sesuatu yg tak patut hanya untuk berharap,
untuk difahami?
tapi mereka juga manusia,
mereka tiada pancaindera untuk membaca apa yg ada di fikiran mahupun hati kita.

jadi bersyukurlah,
jika mereka cuba memahami dn membaca,
apa yg kita fikir dan rasa,
bersyukurlah mereka tetap ada di samping kita,
walaupun mereka tak mampu membaca apa yg ada di hati atau fikiran kita.

fahamilah diri sendiri dulu,
sebelum cuba memahami orang lain,
dan CUBA fahami orang lain,
jika kita ingin difahami,

cukuplah walaupun bukan 100%,
kita difahami atau memahami,
ingat,
kita berkongsi di bumi Tuhan ini.

Hargailah mereka yg dekat dengan kita,
mereka dianugerahkan untuk kita,
untuk temani kita meneruskan kehidupan di dunia ini,
akan tiba masa mereka pergi jua,
hargai dan sayangi mereka sebelum masa itu tiba.

Terima Kasih atas teman yg Kau kurniakn pada ku Tuhan,
Terima Kasih pada ma,adik2 ,sahabat2ku dan rakan seperjuanganku.
aku SAYANG korang.

Bahgia Selepas Duka

bila aku ditimpa,
aku terus sendu,
ku jerit-jerit,
ku pekik-pekik,
ku juga ingin bahgia!!
hindar dari segala malapetaka.
tapi siapa aku mahu menentu?

apa tiada peluang,
aku merasa,
sebenarnya dunia,
tanpa duka,
hanya bahgia.

sedihku belum menangis,
sebakku jadi sesalku.

Allah maha adil,
bahgia menyusul,
selepas duka.
Terima Kasih Ya Allah,
Kau kurniakan aku satu rasa,
bahgia seindahnya!

maafkan aku

maafkan aku jika aku bersalah,
ok,
tak patut aku letak perkataan 'jika' di situ,
aku memang bersalah!

maafkan aku!

rasa

kadang-kadang kita rasa diri kita hebat,
kadang-kadang kita rasa diri kita takde apa-apa,
dan kadang-kadang kita tak rasa apa-apa,
kenapa?
kerana kita manusia,
kita punya rasa,
punya segalanya yang kita rasa.

tapi sedarlah kita hanya hambaNYA..

aku nak jadi apa kalau aku bukan manusia?

itu soalan yg ditanya di kelas ku sebentar tadi,
agak menyentap perasaan aku,
terasa yg aku tak laksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ini..
yaAllah..ampunkan dosa2 ku!

jika itu soalannya,
jawapan aku adalah buku,
kenapa aku mahu jadi buku?

buku ada macam2 genre sama seperti manusia,
macam2 jenis perangai dan sifat,
aku mahu jadi apa yang aku suka,
aku suka kongsi apa yang aku tahu,
buku orang tak pndang tinggi kerana harganya tetapi kerana ilmu yang terkandung,
aku percaya setiap buku ada ilmunya wlupun hanya secubit garam,
dan orang akan beli buku yg mereka suka mereka minat.

aku percaya minat paling penting untuk lakukan apa2,
aku rasa dah salah pilih jalan,
ambil jurusan yg sama sekali aku tak minat,
kini motivasi yg dahulunya tinggi hilang serta merta,

Tuhan berikan aku kekuatan,
wlupun tidak untuk diriku,
berilah aku peluang untuk berjuang di jalanMu ya Allah..
biarlah aku mati sebagai seorang pejuang agamaMu,
ya itu cita2 ku!

4 Disember

apa yang isitimewa tentang tarikh ni?
mungkin tak bagi orang lain,tapi ye bagi aku..
hari ni 4 Disember 2011 aku dah cukup 21tahun..
aku dah boleh laksanakn tanggungjawab aku pada negara,
itu yang aku tunggu selama ni.

tapi ini kali pertama hari lahir aku yg pertama tanpa keluarga di sisi,takpe aku tak kisah sume tu sebab aku memang jarang dan tak suka sambut hari lahir,cukuplah jika ada yg mengingatinya..
terima kasih kepada mereka yg wish dan berikan aku hadiah paling isitimewa 'doa',aku turut doakan orang sekelilig aku supaya mereka dapat yang terbaik di dalam hidup!amin..=)

bila tiba tarikh ni aku cukup sedih, teringat peristiwa 4tahun lepas,seseorang yg telah mendidik aku menjadi seperti sekarang berjanji padaku yg pada hari dia gaji dia akan sambut hari lahir aku untuk kali pertama dalam hidup aku dan sebagai seorang remaja pasti aku sangat seronok mendengar janji itu,tapi sayang janji hanya tinggal janji,orang yang berjanji itu sudah pergi selamanya daripada dunia sebelum tiba tarikh 4 Disember 2007,satu kehilangan yang sangat besar dalam hidup aku dan 4Disember yang datang selepas itu tiada lagi makna bagiku..

cukuplah!aku tak mahu bercerita lagi,apa aku harapkan,aku mampu laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak kepada ibuku,seorang abang kepada adik2ku,seorang pelajar,seorang kawan yg mnyenangkan kepada sahabat2ku..tiada apa perkara yg penting selain keluarga bagiku..dan perjuanganku!
semoga Allah mempermudahkan segala urusanku..
berikanlah kemenangan pada mereka yg berjuang di jalan mu ya Allah..

tunjukkan aku jalan ke sana Tuhan!

Menanti

hari ini,
di sini,
aku berdiri,
aku menanti,
mencari jawapan yg hakiki.

berikan aku masa,
untuk memikirkanya,
dia atau sebaliknya,
atau tiada selamanya,

mungkin aku kaku,
umpama sebutir batu di penjuru,
terus kaku terus tersipu,
aku tetap berdoa pada yang Satu.

berikan aku masa,
aku pasti beri jawapannya!