Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

Jika aku seorang pemimpin

sume org impikan tok dpt pmimpin yang bagus,berdedikasi,bertenggungjawab sume kn?and rmai gk org akn ckp..alar...ckp je sng la..nk wt 2,nk wt ney..da jd pmimpin nt bru tw susa x susa...ye aku tw bnd 2..tp klu btl niat kte ikhlas tok wt smething yg baek..Allah akn tlg kite right?


klu la aku la kn..klu aku dpt jd pmimpin..pmimpin negara kita..mcm2 aku nk wat..tp xtw la bleh ke x..tp mcm aku ckp td..klu niat kite ikhlas,nk wt bnd baek,bnd di jalan Allah..Allah akn tlg kn?


1st bnd yg aku nk wt jika aku jd pmimpin aku akn ubah sistem pndidikan kt negara kita sb sglanye2 brmula di sana kn?aku akn ubh cara p&p..aku akn ubh spya sistem pndidikan kt negara kita bukn 100% brgntung kt sistem peperiksaan,aku akn ubh cara pmblajaran trutama dlm mata pelajaran sains,aku akn suruh pnulis buku teks bg skolah harian dn bukan skolah jns kbngsaan serta ckgu yang berkaitan sume y brlaku ni dgn kejadian drp Allah,aku xnk pelajar kita merasa bangge diri lupa akn Pencipta sekalian alam!aku akn jdkan Pendidikan Islam mata pelajaran wajib lulus tok dpt sijil dn must get kepujian klu nk smbg ke prngkat lbh tnggi...


2nd aku akan lksanakan hukum hudud(hukum islam) bg 3jenis kslahan..arak,berjudi dn berzina..aku tgk skrg rmai kwn2ku yg seagama dgn ku yg minum arak,berjudi dn berzina wlupun ape y dorg wt 2 merupakan dose besar..aku tgk dorg dh xkisah sgt da..yela..klu kantoi pn kne ape sgt?denda?dok lam jel 2,3mlm?oh terlalu ringan bagi aku hkuman 2..klu kene sebat smpai 40sebatan,kne rejam smpai mati...gangster pn pikiaq gk nk wt kslhan ni..
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(An-Nur:2, al Quranul Karim)





3rd aku akan jadikan hari jumaat sbg cuti hujng minggu..hari jumaat merupakan pnghulu sgla hari..dn dlm hari jmaat ade solat jumaat di mana semua lelaki diwajibkan pergi ke masjid untuk menunaikan solt jemaah same2..mane2 majikan yg tidak membenarkan pekerja pergi solt jmaat akn dikenakan dam(denda)..aku ae pnglaman..dulu aku pnh brkeje..time 2 ary jmaat..keje byk gilerh,kdg2 aku xsmpt nk g solat jmaat..ps2 ade satu pristiwa aku g solat jmaat..blik2 2 aku smbg wt keje ps2 manager aku dtg tye g mane td?aku ckp la g solt jmaat..ps2 die ckp..keje byk xpyh la pegi nt2 la pegi..!hahaha..nt2 bile tah..nmpk sgt kn?mentaliti rkyat kite diasuh dn diajar untuk menjadi sekular..


4th aku cube ubah sistem pnyiaran dan radio di negara kita..spt iklan dn tv aku cube kurgkn scra prlahan2  iklan dn rncgn tv y trlampau seksi dn lucah,begitu juga dgn akhbar kita..aku tgk terutama akhbar melayu..muke dpan je,asl muke dpan je msti brite sal..korg pn paham kn?aku nk ubah mentaliti rkyat kite..slen 2 aku akn wt rncgn realiti yang aku rase mndpt smbutn drp rkyat kite..tp bukn dlm bntuk nynyian dn lakonan..tetapi lbh berunsur kegamaan dn keilmuaan..


5th aku akn mmpbsarkan jabatan SPRM(suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia)..aku akn suruh dorg siasat n wt keje btl2 dn hukum pesalah2 rasuah..mkin tnggi pngkat org 2 mkin truk hkuman dikenakan..dn siasatan ini aku lbh utamakn kt org bawahan aku..org y brkhdmat untuk negara ini..aku nk kurgkan rasuah dn pnnylahgunaan kuasa di negara kita..




6th aku akn jalinkan hubungan diplomatik yg lebih dengan negara2 islam..dn buknnye bersifat pro barat..aku akn bncang dgm pmimpin negara barat melalui masalah org islam skrg..'jika seorang islam melakukan  kesalahan,satu dunia akn mnylahkan islam,ttp jika sorg rkyat amerika melakukan kesalahan dunia tidak akan mnylahkan amerika'..


byk lagi aku nk wt,tp tah nape idea lak hilang..hehe..papepn jika aku seorang pemimpin aku akan ubh negara kita menjadi lbh ke arah islam..


kenapa aku nk wt sume ni?klu korg pnh bace kisah Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu penakluk konstantinopel(kini dikenali sbgai instabul)..Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,"Kota konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik2 pasukan"
klu korg bace kisah ni 800tahun slps hadis ini diucapkan oleh Rasullulah SAW barulah menjadi knytaan.Knpe?knpe?knpe pemimpin yang hebat spt Khalifah Harun al-Rasyid,Muawiyah bin Abu Sufian,Sultan Beyazid dn ramai lg y mncube menakluknya tetapi gagal?adekah dorg bukn pmimpin yang baik?jika mereka pmimpin yg baik adakan tentera mereka sudah cukup baik?dan jika pemimpin dan tentera baik adakah rakyatnya sudah cukup baik??fikir2knlah..
untuk mmbntuk sebuah negara yang baik,kukuh kewangannya,bersatu padu dn berilmu rkyatnya dn dihormati oleh negara2 lain..pertama skli yg kite prlukan adalah seorang pmimpin yang baik..sudahkah kita memilih pemimpin yang baik?dan ubahkanlah diri kita untuk menjadi rakyat yang baik..


Sekian..=)

3 ulasan:

  1. ‘Cakap memang senang, bila tiba nak buat....’
    Memang pon kalau niat kita nak buat sesuatu tu ikhlas dan pada jalan Allah, pertolongan Allah itu adalah sesuatu yang pasti. Apabila menjadi seorang pemimpin, bukan bererti kuasa veto ada di tangan kita. Tak semua yang kita nak laksanakan tu boleh diluluskan....
    1> Aku sangat setuju dengan cadangan kau supaya sistem pendidikan ditukar dan tidak hanya bergantung pada sistem peperiksaan semata-mata dan jadikan Pendidikan Islam sebagai subjek wajib lulus bagi pelajar beragama islam.
    2> - Negara kita menggunakan Undang-undang Sivil. Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza. Orang Islam yang melakukan zina (bagi yang dah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pula mungkin akan didenda ataupun tak kena apa-apa denda pun. Masalah ni akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pula bukan beragama Islam. Pasangan yang bukan Islam itu mungkin tak dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yg beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin). Kat sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama. Satu cara yang boleh digunapakai ialah dengan membuat Pindaan Undang-undang Sivil. Namun cara ini masih perlu dibawa ke parlimen dan melalui proses yang rumit.
    - Bab hukum hudud ni memang agak `complicated’ sikit. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan di mana-mana negeri dalam negara ini selagi perkara 4 dan perkara 75 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda.
    a. Perkara 4(1) – Undang-undang Utama Persekutuan. Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.
    b. Perkara 75 - Ketidakselarasan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang Negeri.Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.
    c - Untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang, perlu mendapat sokongan majoriti 2/3 parlimen. Pada ketika ini , UMNO mempunyai 78 kerusi, PAS 23 kerusi dan PKR 23 kerusi. Jika dicampurkan semua sekali jumlahnya hanyalah 124 kerusi. Kenapa aku hanya ambil kira 3 parti ni je, kerana hanya 3 buah parti ini diketuai oleh pemimpin islam dah seluruh penyokongnya beragama islam. Keseluruhan kerusi di parlimen adalah sebanyak 222 buah kerusi dan secara kasarnya, 2/3 daripada 222 kerusi adalah bersamaan 148 kerusi. Jika sekalipun hukum hudud dibawa ke parlimen, kita hanya ada mendapat sokongan 124 kerusi dan masih kekurangan 24 kerusi. Itupun dengan andaian bahawa kesemua 124 kerusi tersebut memberikan sokongan. Seperti yang kita sedia maklum, PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama. Kemungkinan untuk mereka tidak memberi sokongan adalah sangat tinggi.

    BalasPadam
  2. 3> Jumaat sebagai hari cuti hujung minggu. Perkara ni memang bagus dan aku pun setuju gak. Kalau kita teliti sejarah dulu-dulu...
    a - Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Pahang, Perak , Selangor dan Negeri Sembilan. Bergabung dibawah naungan british pada1896. British bertanggungjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan. Urusan domestik diserahkan kepada negeri-negeri. Pada hakikatnya, sultan hanya berkuasa dalam hal ehwal agama dan adat resam. Namun, masih ada campurtangan british dalam perihal ini.
    b - Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ditubuhkan oleh british pada 1909 terdiri daripada Johor, Terengganu, Kedah, Kelantan dan Perlis.
    c - Kalau diperhatikan pada asalnya, cuti hujung minggu di NNMB adalah pada hari Sabtu dan Ahad manakala cuti hujung minggu di NMTB adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Perkara ini termaktub dalam undang-undang bagi negeri tersebut. Namun perkara ini boleh dipinda oleh Kerajaan Negeri masing-masing.
    4> Bab tv dengan surat khabar ni memang patut. Terutama surat khabar melayu yang harganya RM1.50 tu. Setiap hari memang akan letak kat muke depan berita yang aku rase tak patut ada kat muke depan pon. Semua perkara-perkara yang negatif. Dah memang sedia maklum taktik untuk lariskan produk dyeorang tu.
    5> Cakap pasal SPRM, baru-baru ni memang panas berita pasal pegawai kastam kene dakwa pasal rasuah. Memang pon benda ni dah berleluasa terlalu lama. Bukan hanya kastam, malah semua penjawat-penjawat awam termasuklah pegawai SPRM sendiri perlu disiasat berhubung dengan kes rasuah ni.
    6> Setakat ni memang Malaysia ada hubungan diplomatik dengan hampir kesemua 57 buah negara islam yang ada kat dunia ni melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Yang menjadi masalahnya adalah, walaupun kebanyakan negara-negara ini berstatus negara islam, ada dikalangan pemimpin mereka hanyalah ‘puppet’ yang dilantik oleh Amerika untuk mengawal negara berkenaan terutamanya negara-negara di Timur tengah. Contohnya, isu di Palestin. Meskipun Palestin ini dikelilingi oleh negara-negara islam. Sehingga kini, masih belum ada sebuah negara islam yang teguh dan lantang bersuara menuntut pembebasan Palestin malah Mesir sebagai jiran bersempadan dengan Palestin menutup pintu menyekat saluran bekalan.

    BalasPadam
  3. ok..pasal tok dpt undi majoriti kita tolak tepi dulu..tp klu hudud mmg patot dikenakan atas islam kn?sb zina ni dose besar...lgpun aku klu jd pmimpin aku xnk rkyat yg seagama dgnku trus hnyut..bukannye mksud aku mngamalkan diskriminasi tp kepada pesalah islam lah juge hukumnya..dan kepada bukan islam kite boleh bincang dengan pakar agama dorg apekah hukuman ssuai untuk dorg..ataupun kite kenekan hukuman yg berat juga kpd pesalah zina bg bukn islam jika berzina dengan pasangan islam..

    sultan zaman skrg spt dh hilang kuasa,dorg wujud ttp kite pn xase tntg kewujudan institusi kesultanan ni kn?dorg pun hanya bertindak atas nasihat orang2 tertentu..yg mungkin ad kpntgn peribadi atau politik..

    malaysia?skdar hbgn je kn?malaysia lbh mngmalkan pro barat..sume yg ader kt barat yg 2 dorg sokong..lgpun kbykan corak pemerintahan dn kemajuan negara semua dicedok daripada barat..ok..sal kes mavi marmara..sng je kn tebusan dari malaysia dilepaskan?=p

    BalasPadam