Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

HANTU

awat tajuk entry aku kali ni hantu?niat aku bukn nak takutkan korg tp aku rasa nk berkongsi ngn korg apa pndpat aku psai hantu n kaum yg sejenis dgnnya..smbil2 korg baca ni jgn lupa usha kiri kanan..hehe..


Hantu ialah
  1. Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
  2. Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia.
ni yg aku dpt drp wikipedia..kita sbgai org islam la kn?percaya x kt hantu ni?korg rase hantu ni wujud ke?
ape yg aku tw..drp ceramah yg pnh aku dga,buku yg penah aku pnah bace,dan website2 n blog2 y penah aku singgah..dalam Al-Quran xpnh dinyatakan kewujudan hantu dalam dunia ini,kita sbgai org islam memang wajib percaya kt bnd ghaib ni..kt mkhluk halus..memang la..aku pn pcye wujudnya malaikat,jin 2..tp hantu ni wujud ke?hantu adalah jelmaan jin yg menjelma bagi menakutkan mnusia supaya goyah imam kita atau untuk tujuan lain mybe..

kepercayaan kepada tahyul adalah khurafat dan boleh membawa kepada hukum syirik.Sebenarnya jin menjelma mengikut apa yang dikhayalkan oleh otak manusia itu,jadilah hantu raya seperti apa yang digambarkan dan manusia itu akan membawa cerita dari mulut kemulut.Begitu juga jenis-jenis hantu lain yg asalnya terbit dari fikiran manusia,padahal yang disebut hantu itu adalah JIN.Toyol pula digambarkan seperti budak kecil supaya senang masuk kerumah untuk mencuri duit dan hantu penanggal/polong dengan tali perut berjurai dan sebagainya.Itu semua adalah imaginasi manusia sendiri,hakikatnya jin tidak berjisim tetapi berjirim,mana boleh jin berwujud dalam bentuk jasad.Kerana sifat jin itu tidak berjisim,ia boleh memasuki tubuh manusia mengikut saluran darahnya.

Kerana itu berlakulah "gangguan" yang menyebabkan manusia tidak tenteram dan bertindak diluar kuasanya disebabkan jin itu mengusai roh dan jasadnya.Mereka yang telah dimasuki jin/sihir atau dirasuki jin ini akan dapat melihat jin secara terus kerana jin akan menjelmakan dirinya dihadapan mata mereka.Sedangkan bagi orang yang kuat iman dan mengabdikan diri kpd ALlah S.W.T tidak akan dapat melihat jin secara terus tetapi dapat merasakan dengan perasaan kehadiran jin itu.
 

dalam dunia ini ada dua jenis hantu..
pertama adalah drp golongan jin,golongan ini adalah lebih mudah ditentang dengan ayat Al-Quran die akan lari,tp hantu drp golongan kedua ni iaitu hantu drp golongan manusia baca Al-Quran pun dorg xkan lari..masyarakat skrg aku tgk lebih terpengaruh dengan cerita tahyul yg smkin hari smkin senang disebar melalui tv,magazine and all..


 aku perhatikan banyak silap dn salah masyarakat skrg berkenaan hantu..dorg lagi takutkan hantu yg xwujud 2 brbndg Allah..tgk la mak ayah skrg..dorg sndri yg ajar anak takutkan kubur,kwsn gelap lbh drp takutkan Allah..tidak kisah jika anak tidak bersolat,tetapi risau jika anak pergi ke kedai dn melalui kwsn perkuburan..tgk la di tv producer2 filem brebut wt filem hantu,filem tahyul..kt tv pn same..ps2 bile dalam tv ditunjuk pak imam dtg halau hantu bace ayt Al-Quran shngga ade antra masyarakat kita yg mengaggap kewujudan Al-Quran sbgai pnghalau hantu..Al Quran ditujukan untuk difahami, dihayati dan diamalkan oleh manusia. Itu fungsi utamanya. Jika manusia tidak menghayati al Quran, manusia akan jadi hantu yang lebih ganas dan dahsyat!
tgk la skrg..remaja2 yg terlibat dengan masalah sosial,dan mereka yg terlibat dalam perbuatan khurafat dn syirik adakah dtg drp golongan yg sntiase membace dn mengamalkan ape yg diajarkan dalam Al-Quran..tidak bukan? 

 jadi kita sbgai hmba Allah SWT haruslah menguatkan diri kita dengan iman..jadikan Al-Quran sbgai petunjuk kita dan bukannya sekadar untuk mnghalau hantu..ape yg aku harapkan blog aku ni sdkit sebnyak dapat membuka mata dan minda orang melayu yg terlalu memprcyai perkara2 tahyul dn terlalu takutkan hantu..Sekian..=)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan