Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

HANTU

awat tajuk entry aku kali ni hantu?niat aku bukn nak takutkan korg tp aku rasa nk berkongsi ngn korg apa pndpat aku psai hantu n kaum yg sejenis dgnnya..smbil2 korg baca ni jgn lupa usha kiri kanan..hehe..


Hantu ialah
  1. Merupakan sejenis kewujudan tanpa fizikal seseorang yang mati. Ia sering dianggap sebagai roh atau semangat seseorang yang kekal di bumi selepas mati. Menurut sesetengah sumber, hantu merupakan personaliti seseorang selepas kematian mereka, dan tidak terikat secara langsung kepada semangat atau roh. Setiap kebudayaan di dunia mempunyai cerita hantu tersendiri, tetapi ia berlainan menurut masa dan tempat, dengan percanggahan mengenai apakah hantu dan samaada ia adalah khayalan atau sebahagian alam semulajadi.
  2. Merupakan sejenis makhluk alam ghaib yang wujud dalam alam yang berlainan dengan alam fizikal manusia. Menurut Islam, roh orang yang mati tidak lagi tinggal di bumi, oleh itu hantu adalah jin yang mengganggu manusia.
ni yg aku dpt drp wikipedia..kita sbgai org islam la kn?percaya x kt hantu ni?korg rase hantu ni wujud ke?
ape yg aku tw..drp ceramah yg pnh aku dga,buku yg penah aku pnah bace,dan website2 n blog2 y penah aku singgah..dalam Al-Quran xpnh dinyatakan kewujudan hantu dalam dunia ini,kita sbgai org islam memang wajib percaya kt bnd ghaib ni..kt mkhluk halus..memang la..aku pn pcye wujudnya malaikat,jin 2..tp hantu ni wujud ke?hantu adalah jelmaan jin yg menjelma bagi menakutkan mnusia supaya goyah imam kita atau untuk tujuan lain mybe..

kepercayaan kepada tahyul adalah khurafat dan boleh membawa kepada hukum syirik.Sebenarnya jin menjelma mengikut apa yang dikhayalkan oleh otak manusia itu,jadilah hantu raya seperti apa yang digambarkan dan manusia itu akan membawa cerita dari mulut kemulut.Begitu juga jenis-jenis hantu lain yg asalnya terbit dari fikiran manusia,padahal yang disebut hantu itu adalah JIN.Toyol pula digambarkan seperti budak kecil supaya senang masuk kerumah untuk mencuri duit dan hantu penanggal/polong dengan tali perut berjurai dan sebagainya.Itu semua adalah imaginasi manusia sendiri,hakikatnya jin tidak berjisim tetapi berjirim,mana boleh jin berwujud dalam bentuk jasad.Kerana sifat jin itu tidak berjisim,ia boleh memasuki tubuh manusia mengikut saluran darahnya.

Kerana itu berlakulah "gangguan" yang menyebabkan manusia tidak tenteram dan bertindak diluar kuasanya disebabkan jin itu mengusai roh dan jasadnya.Mereka yang telah dimasuki jin/sihir atau dirasuki jin ini akan dapat melihat jin secara terus kerana jin akan menjelmakan dirinya dihadapan mata mereka.Sedangkan bagi orang yang kuat iman dan mengabdikan diri kpd ALlah S.W.T tidak akan dapat melihat jin secara terus tetapi dapat merasakan dengan perasaan kehadiran jin itu.
 

dalam dunia ini ada dua jenis hantu..
pertama adalah drp golongan jin,golongan ini adalah lebih mudah ditentang dengan ayat Al-Quran die akan lari,tp hantu drp golongan kedua ni iaitu hantu drp golongan manusia baca Al-Quran pun dorg xkan lari..masyarakat skrg aku tgk lebih terpengaruh dengan cerita tahyul yg smkin hari smkin senang disebar melalui tv,magazine and all..


 aku perhatikan banyak silap dn salah masyarakat skrg berkenaan hantu..dorg lagi takutkan hantu yg xwujud 2 brbndg Allah..tgk la mak ayah skrg..dorg sndri yg ajar anak takutkan kubur,kwsn gelap lbh drp takutkan Allah..tidak kisah jika anak tidak bersolat,tetapi risau jika anak pergi ke kedai dn melalui kwsn perkuburan..tgk la di tv producer2 filem brebut wt filem hantu,filem tahyul..kt tv pn same..ps2 bile dalam tv ditunjuk pak imam dtg halau hantu bace ayt Al-Quran shngga ade antra masyarakat kita yg mengaggap kewujudan Al-Quran sbgai pnghalau hantu..Al Quran ditujukan untuk difahami, dihayati dan diamalkan oleh manusia. Itu fungsi utamanya. Jika manusia tidak menghayati al Quran, manusia akan jadi hantu yang lebih ganas dan dahsyat!
tgk la skrg..remaja2 yg terlibat dengan masalah sosial,dan mereka yg terlibat dalam perbuatan khurafat dn syirik adakah dtg drp golongan yg sntiase membace dn mengamalkan ape yg diajarkan dalam Al-Quran..tidak bukan? 

 jadi kita sbgai hmba Allah SWT haruslah menguatkan diri kita dengan iman..jadikan Al-Quran sbgai petunjuk kita dan bukannya sekadar untuk mnghalau hantu..ape yg aku harapkan blog aku ni sdkit sebnyak dapat membuka mata dan minda orang melayu yg terlalu memprcyai perkara2 tahyul dn terlalu takutkan hantu..Sekian..=)
 

vblogger..

aku mengagumi dorg ni..
name dorg mungkin xfemes pown mcm salman khan,shahz jazel..huhu..tp aku rase dorg ader gaya dn cara pmikiran yg tsndri..
dorg ni ader wt video yg ade mesej2 y bgus untuk dismpaikan..
aku rase korg sume prlu tgk vdeo2 dorg ni sume dorg ade mesej2 y bgus...
papepn aku respect keje korg..
truskan ushe ande,jgn pduli lalat yg sntiase xpuas aty dgn korg..
gud luck..=)
ni matluthfi punye>>>matluthfi90
ni anwar hadi punye>>>inianwarhadi 
so cube la tgk vdeo dorg..klaka..n plg pntg ade mesej disampaikan..enjoy k..!=)

Cerita Seorang Ibu



"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anaktetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yangsanggup berkorban.
Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagaimanusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik."Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunyamengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."
P/s :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah
SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU,penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.

40 Hadis Akhir Zaman

ni 40hadis tentang akhir zaman..nak citer sal hadis ni..konpem panjang giler klu nak taip kan?aku bg link ni and korg leh la bace..bnd baek elok dikongsi kan?=)
tekan klu nak tambah ilmu==>>sini
kalau korg klik yg ni..korg bleh pilih hadis satu smpai 40 kt belah kiri dn kanan..


ataupun yang ini==>>sini boleh juge..=)
yang ni die ade wt pecahan  kt belah kanan..


kite pun dah boleh nampak kn?kiter mmg dah hampir dgn akhir zaman..papepn bersedia la kite mnghadapinya..=)





Hadis Akhir Zaman(1)

JANGAN MUDAH MENYALAHKAN ORANG LAIN 

Dari Abu Hurairah Ra., bahawasanya Rasullullah SAW bersabda: “Jika ada seseorang berkata, “orang banyak (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.” (HR. Muslim)

Keterangan

Imam Nawawi ketika menulis Hadis ini dalam kitab Riyadus-Solihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut: “Larangan seperti di atas tadi (larangan mengatakan orang banyak telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian rupa dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri, sebab dirinya tidak rosak, dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram. Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang banyak terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul dari perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Hadis ini sengaja diletakkan di permulaan buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada Umat Islam apabila menerangkan Hadis-hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak menyingkap tentang kemunduran umat Islam dan kerosakan moral mereka. Oleh kerana itu, kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan senang menuding jari ke arah orang lain. Walaupun kerosakan moral umat Islam dewasa ini perlu dibicarakan untuk tujuan memulihkan, namun penyingkapannya itu perlu dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan yang penuh kasih sayang serta dengan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan limpah karuniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah.

Petikan Daripada Buku Abu Ali Al-Banjari An-Nadawi.

Study Week


yihhaaa...
da xlme ag cuti..
minggu ni minggu last aku ade kelas..best2..ps2 stdy week..klu ikut jdual stdy week 3ary je..tp kire drp ary last kelas smpai 1st paper..bleh katakan seminggu gk la..15/04 smpai 22/04..23hb da ader paper x..mule2 aku ngt xnk blik gk..tp da hmpir sume hsemate aku blik and aku pun mls nk stdy sorg2..so aku pun blik..hahahaha..
dengar citer kadet bomba de ujian bertulis 16hb ni?btl ke..aduh..spoil btl la...klu x.. ari jummat 2 aku da chow blik ipoh..xkisah la pegi blik rm70..asalkan dpt jupe mak..peluk mak n kiz pp mak..hahahaha...bagi orang macam aku yg da berbuln2 xblik kg pasti keseronokan blik kg ni lg best brbndg org yg slalu blik kn?
kpd kwn2 aku yg blik stdy week ni..aty2 ok..sape yg bwk kndraan bwk aty2 dn slow2..mulekan perjalanan anda dengan doa..
selamat bercuti dan blaja sugoh2 tok final t..=)

Saiful Syazani Saiful Sopfidee


jika kamu seorang yang membaca akhbar,menonton berita pasti kamu tahu akan kisah di atas..pasti di dalam hati kamu memaki tertuduh dan menyamakan tertuduh dengan haiwan buas..walaubaigamanapun kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan jikan kamu hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja..cerita ini saya dapat daripada pastambun.blogspot.com..segala yang benar hanya ALLAH SWT yg tahu..

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )
“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.
Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.
CERITA SEBENAR
Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.
“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.
Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.
Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.”
Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri...
Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )
Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.
GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.



Jika aku seorang pemimpin

sume org impikan tok dpt pmimpin yang bagus,berdedikasi,bertenggungjawab sume kn?and rmai gk org akn ckp..alar...ckp je sng la..nk wt 2,nk wt ney..da jd pmimpin nt bru tw susa x susa...ye aku tw bnd 2..tp klu btl niat kte ikhlas tok wt smething yg baek..Allah akn tlg kite right?


klu la aku la kn..klu aku dpt jd pmimpin..pmimpin negara kita..mcm2 aku nk wat..tp xtw la bleh ke x..tp mcm aku ckp td..klu niat kite ikhlas,nk wt bnd baek,bnd di jalan Allah..Allah akn tlg kn?


1st bnd yg aku nk wt jika aku jd pmimpin aku akn ubah sistem pndidikan kt negara kita sb sglanye2 brmula di sana kn?aku akn ubh cara p&p..aku akn ubh spya sistem pndidikan kt negara kita bukn 100% brgntung kt sistem peperiksaan,aku akn ubh cara pmblajaran trutama dlm mata pelajaran sains,aku akn suruh pnulis buku teks bg skolah harian dn bukan skolah jns kbngsaan serta ckgu yang berkaitan sume y brlaku ni dgn kejadian drp Allah,aku xnk pelajar kita merasa bangge diri lupa akn Pencipta sekalian alam!aku akn jdkan Pendidikan Islam mata pelajaran wajib lulus tok dpt sijil dn must get kepujian klu nk smbg ke prngkat lbh tnggi...


2nd aku akan lksanakan hukum hudud(hukum islam) bg 3jenis kslahan..arak,berjudi dn berzina..aku tgk skrg rmai kwn2ku yg seagama dgn ku yg minum arak,berjudi dn berzina wlupun ape y dorg wt 2 merupakan dose besar..aku tgk dorg dh xkisah sgt da..yela..klu kantoi pn kne ape sgt?denda?dok lam jel 2,3mlm?oh terlalu ringan bagi aku hkuman 2..klu kene sebat smpai 40sebatan,kne rejam smpai mati...gangster pn pikiaq gk nk wt kslhan ni..
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”
(An-Nur:2, al Quranul Karim)





3rd aku akan jadikan hari jumaat sbg cuti hujng minggu..hari jumaat merupakan pnghulu sgla hari..dn dlm hari jmaat ade solat jumaat di mana semua lelaki diwajibkan pergi ke masjid untuk menunaikan solt jemaah same2..mane2 majikan yg tidak membenarkan pekerja pergi solt jmaat akn dikenakan dam(denda)..aku ae pnglaman..dulu aku pnh brkeje..time 2 ary jmaat..keje byk gilerh,kdg2 aku xsmpt nk g solat jmaat..ps2 ade satu pristiwa aku g solat jmaat..blik2 2 aku smbg wt keje ps2 manager aku dtg tye g mane td?aku ckp la g solt jmaat..ps2 die ckp..keje byk xpyh la pegi nt2 la pegi..!hahaha..nt2 bile tah..nmpk sgt kn?mentaliti rkyat kite diasuh dn diajar untuk menjadi sekular..


4th aku cube ubah sistem pnyiaran dan radio di negara kita..spt iklan dn tv aku cube kurgkn scra prlahan2  iklan dn rncgn tv y trlampau seksi dn lucah,begitu juga dgn akhbar kita..aku tgk terutama akhbar melayu..muke dpan je,asl muke dpan je msti brite sal..korg pn paham kn?aku nk ubah mentaliti rkyat kite..slen 2 aku akn wt rncgn realiti yang aku rase mndpt smbutn drp rkyat kite..tp bukn dlm bntuk nynyian dn lakonan..tetapi lbh berunsur kegamaan dn keilmuaan..


5th aku akn mmpbsarkan jabatan SPRM(suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia)..aku akn suruh dorg siasat n wt keje btl2 dn hukum pesalah2 rasuah..mkin tnggi pngkat org 2 mkin truk hkuman dikenakan..dn siasatan ini aku lbh utamakn kt org bawahan aku..org y brkhdmat untuk negara ini..aku nk kurgkan rasuah dn pnnylahgunaan kuasa di negara kita..




6th aku akn jalinkan hubungan diplomatik yg lebih dengan negara2 islam..dn buknnye bersifat pro barat..aku akn bncang dgm pmimpin negara barat melalui masalah org islam skrg..'jika seorang islam melakukan  kesalahan,satu dunia akn mnylahkan islam,ttp jika sorg rkyat amerika melakukan kesalahan dunia tidak akan mnylahkan amerika'..


byk lagi aku nk wt,tp tah nape idea lak hilang..hehe..papepn jika aku seorang pemimpin aku akan ubh negara kita menjadi lbh ke arah islam..


kenapa aku nk wt sume ni?klu korg pnh bace kisah Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu penakluk konstantinopel(kini dikenali sbgai instabul)..Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,"Kota konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam.Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik2 pasukan"
klu korg bace kisah ni 800tahun slps hadis ini diucapkan oleh Rasullulah SAW barulah menjadi knytaan.Knpe?knpe?knpe pemimpin yang hebat spt Khalifah Harun al-Rasyid,Muawiyah bin Abu Sufian,Sultan Beyazid dn ramai lg y mncube menakluknya tetapi gagal?adekah dorg bukn pmimpin yang baik?jika mereka pmimpin yg baik adakan tentera mereka sudah cukup baik?dan jika pemimpin dan tentera baik adakah rakyatnya sudah cukup baik??fikir2knlah..
untuk mmbntuk sebuah negara yang baik,kukuh kewangannya,bersatu padu dn berilmu rkyatnya dn dihormati oleh negara2 lain..pertama skli yg kite prlukan adalah seorang pmimpin yang baik..sudahkah kita memilih pemimpin yang baik?dan ubahkanlah diri kita untuk menjadi rakyat yang baik..


Sekian..=)

KARI NGERI !

sape minat blog kari ngeri?
dulu die femes n aktif kt 1st blog:karingeri.blogspot.com then blog 2 kne banned sb ader org report ckp die abuse..die smbg blik wt second blog name:karingeriii.blogspot.com..2pun kne banned..so jd sape y memang beminat giler nk tgk gmbaq2 kpala pecah,mata tesembul,hirisan2 daging manusia,manusia panggang..wow...sungguh enak ditatap begitu saja!=P

jgn lupe bukak web die:http://www.kari-ngeri.com
cuba la bukak web 2..kite layan same2!best gilerhh....
hahahahahaha...=D

saje!

hidup ini memang palat!
tp esok masih ada......




pinjam tagline KAMI!

SkeMa seKulaR!

Aku pn xtw npe tjuk entry aku kali ni skema..huhu..papepn bace je la..hehe..aku da bpe bulan dh xblik ipoh,wndu bgt kt ipoh..wndu yaamat sgtt..jasad aku kt mlake tp jiwe aku kt sne..npe eyh?ade org suke dok juh drp fmly..g stdy..aku suke gk stgh2 bnd kt sni..aku ske kadet bmba..huhu..bbrp kwn2 laki aku..aku da pnh skola kt 3buah ngri dn pnh dok 5ngri..luar bndar,tgah bndar sume aku da rase..kt kg aku blaja brnang,mndy sngai,maen guli,gasing,msuk utan cri biji gtah…besh giler..kt bndar aku blaja drssup,hangout,tgk wayang,jamming,lepak smpai tga pagi..hehe..jaat eh aku?xpe..aku lpak pn xd wt bnd bukn2…!tp sjak aku msuk kbm ni aku rase byk sgt bnd xckup asek ssmpurna je ase hdpku ni..ye..aku tw..aku xdpt kwn2 skple ngn aku mgkn sb sni selatan,lgpun kt sni majoriti student org johor,Melaka & n9..
Aku mmbsar kt kwsn utara n pntai timur y lbh kurg same dn skrg kt selatan,bg aku budaya kt dua kwsn ni sgt2 brbeza,bgiku la..bg org lain aku xtw la kn?tp tah la..msuk u wt hdp aku sesak,srbut..knpe?sb aku rase dak2 kt u skema..skema?erm…mybe ad la stgh..tp xsume..tah la bosn giler..bile la nk dpt kwn y satu kpale dgn aku?mmg la org ckp xknl tp xcinta..tp aku tw aku xkn cintakan dorg..hahahaha..!kunk ade org mrah aku stgi..hehe
Pelek2!kwn2 aku kt ipoh,jnz giler2 y jnz gurau2 pn bleh je dpt 4flat,jd best student..rmai lg..n byk dorg dak sains,relax sudaa..tp skunk kt sni skt jiwe btlla..bile aku dok lam kls aku tpkse jd budk skema y amat..yaAllah rimasnye..yela..bile aku grau2,wt lawak skit or wtpape y sbgainye yg slalu aku wt kt ipoh ade la sore2 sumbang y sound aku..huhu..sabo je la..!haha..aku pn xtw pe motif aku karang citer ni..!dimudahkan citer la..aku xslse sgt2 dgn kdaan cmni,aku tpkse keraskn dri aku jd dak skema kt sini,sb 2 pale otak aku asek pk blik ipoh bile ,bile nk blik ipoh! gpun kt sni rmai drp mereka bersifat sekular,terlalu mngutamakn dunia..bila aku berbicara tentang sejarah islam,wahabi,freemason,dajjal,sunni&syiah,yahudi dn revolusi yg berlaku di negara islam sama seperti aku berbicara dgn tembok kaca yang memantul blik ke arah aku..!
Ad stgh drp dowg y pnh tye aku knp ko mnt sgt bnd cmni ‘buang mase’ je la…yee…pasti bnd itu buang mase jika aku seorang sekular spt kamu ‘sahabat’,lg satu ade peristiwa di dalam kls apabila aku mngluarkan satu idea iaitu‘kempen tutp aurat’,aku dipandang sinis,dikeji,dicerca,dilabelkan aku sbg pelajar yg nakal kerana mngluarkn idea spt itu,ouh shbt sifat sekular mu trlalu ketara..di ipoh apabila aku dn shbt aku lepak shngga tgah pagi,prkra bgnilah  yang menjadi diskusi kami,bgaimana kiteorg bleh sdarkan shbt kte yang telah jauh mnympang mngkut yahudi yang semakin berjaya mengawal dunia ini.!
Shbt aku tidak kisah jika skema kamu lbh ke arah ‘zuhud’ dn bukn ‘sekular’..tlg ya shbt..aku rimas dikonkong bnd2 kduniaan!
Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya!=)