Jangan tunding jari pada orang lain kalau kau tak mampu nak faham rutin dan sistem dunia sekarang. Kadang-kadang kita kena berubah untuk perkara yang kita rasa tak mampu untuk ubah.

2015

Betul ke dah masuk 2015?
Peduli apa aku.

HAHAHAHAGELAKLASETANHAHAHAHA

#Catatan Konvokesyen

Sekarang musim konvokesyen, musim baling topi graduan, musim ambil gambar pegang ijazah sambil pakai jubah. Lepas tu bila upload ke fesbuk ramai akan komen tahniaah.

Kat tempat aku ada satu kolej kesihatan under Spa, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Biarpun nama kolej tersebut Ulu Kinta namun lokasinya di dalam kawasan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Sama macam IPT yang lain, KSKB Ulu Kinta juga mengadakan konvokesyen pada waktu ini. Jadi di kawasan rumah aku penuh dengan brader-brader dan akak-akak bukak khemah jual bunga lepastu kat Tanjung Rambutan penuh dengan kereta plat luar Perak. Rasa meriah betul tanjung Rambutan, macam hari raya.

Tipikal Malaysia, sama macam kes bas eksiden, lepastu banyak bas yang eksiden. Sama jugak musim konvo, bila satu universiti adakan konvokesyen jadi semua nak konvo. Kakakaka

Walaupun aku belajar dari tadika hingga universiti dan berjaya menamatkan pendidikan aku dengan mendapat segulung ijazah, aku tak pernah merasa konvokesyen. Mungkin satu-satunya konvokesyen yang pernah aku rasa waktu tadika dahulu. Pakai jubah konvo ala-ala graduan universiti kemudian pegang sijil tamat belajar di tadika dan ambil gambar. So sweet. Kakakaka.

Aku pun sepatutnya konvo bulan Mei tahun ni tapi dah rezeki takde jadi tak merasa la nak selfie sambil pakai jubah konvo atau baling topi sambil jerit "Kami bakal penganggur, yeay!" Hahahaha
Sebab aku sambung ijazah melalui Stpm jadi satu-satunya peluang untuk aku merasa konvokesyen ialah konvokesyen ijazah aku atau dijemput orang lain.

Aku punya konvokesyen dah terlepas, adik aku bawah aku dua orang tak sambung belajar, ada pun sorang baru semester dua diploma. Dijemput? Tak kot, takde siapa sudi jemput aku. Jadi mungkin aku akan tunggu adik aku habis belajar atau seumur hidup aku kempunan nak merasa meriahnya suasana konvokesyen.

#Catatan Move On

Tika kita bercinta banyak masa, wang dan tenaga kita gunakan untuk pasangan kita. Sedar tak sedar sampai kita abaikan impian, hobi dan cita-cita kita.
Jadi andai diberi peluang untuk kembali bujang. Guna kesempatan ni untuk cari balik minat dan keghairahan yang hilang kerna sibuk berpacaran.

Memaafkan

Pernah tak korang memaafkan seseorang?
Aku pernah tonton drama atau filem di kaca televisyen, baca novel serta cerpen di buku  berkenaan memaafkan seseorang. Dahulu aku rasa agak menyampah bila watak yang aku tonton atau aku baca itu mengalami kesukaran untuk memaafkan seseorang. Aku rasa untuk memaafkan seseorang itu perkara yang sangat mudah.

Aku ingat lagi masa aku tengok berita, masa tu ada satu kes remaja perempuan dirogol kemudian dibunuh dengan kejam. Wartawan kemudiannya menemubual bapa mangsa. Dalam temubual tersebut bapa mangsa menangis sambil mengucapkan perkataan "Saya tak akan maafkan dia(pesalah), saya takkan maafkan dia sampai bila-bila." Aku tercengang, bagi aku dia patut menangis kerna kehilangan anaknya tetapi kenapa dia susah memaafkan seseorang. Aku beranggapan orang yang tidak dapat memaafkan orang lain bukanlah orang yang baik kerna aku percaya memaafkan seseorang itu sifat mulia.

Itu dahulu, kini aku berdepan dengan situasi yang sama bilamana ada insan yang telah menyakitkan hati dan jiwa aku. Bukan itu sahaja, perlakuannya juga menyebabkan hidup aku berubah 360 darjah. Sejujurnya dalam hidup aku tak pernah aku rasa tersakiti sebegini dan mungkin inilah sakit antara sakit yang pernah aku ada.

Mungkin melafazkan "Saya maafkan awak," cukup senang, apatah lagi dengan applikasi yang canggih seperti WhatsApp, WeChat tetapi persoalannya ikhlaskah kita memaafkan seseorang. Bagi aku, apa-apa perbuatan atau perlakuan tanpa rasa ikhlas tidak bermakna sama sekali. Jadi, tanya diri sendiri apakah kita memaafkan seseorang itu dengan ikhlas atau sekadar ungkapan di bibir sahaja.

Bagi aku, aku tak mampu mencapai tahap ikhlas yang diperlukan untuk memaafkan seseorang yang menyakiti kita sedahsyat-dahsyatnya. Hingga kini, aku masih perlukan waktu untuk mencari rasa ikhlas wujud dalam hati aku apatah lagi pesalahnya tidak pernah meminta maaf.

Buat seseorang insan, aku tahu aku tak sempurna. Aku tahu aku juga seorang pendosa tetapi apa yang kamu lakukan pada aku yang kini menjadi parut besar di hati aku tidak akan aku lupakan sepanjang hidup. Apa yang paling penting, buat masa ini aku takkan maafkan kamu.

Ke Lost World Of Tambun dengan Pengangkutan Awam

Entri ni aku buatkan khas kepada pengembara yang lebih suka mengembara dengan pengangkutan awam seperti aku. Ini adalah penerangan serba ringkas jika engkorang mahu ke Lost World Of Tambun dari seluruh pelusuk Malaysia.

Lost Of World Of Tambun berada di Tambun dan Tambun pula berada dalam kawasan Ipoh jadi jika engkorang ra'yot Perak mahupun luar Perak sila naik bas atau keretapi atau teksi ke Ipoh terlebih dahulu sebelum memikirkan cara seterusnya bagaimana mahu ke Lost World Of Tambun.

Teksi
Jika engkorang memilih teksi sebagai pengangkutan awam pilihan maka beritahu sahaja pemandu teksi yang engkorang hendak ke Lost World Of Tambun. Maka jika pemandu teksi itu sudah berkerja lebih dari 3hari maka pasti dia tahu jalan hendak ke Lost World Of Tambun, melainkan dia seorang pemandu teksi sejak sehari lepas ataupun dia kurang keupayaan untuk berfikir secara waras.
Tambang teksi paling mahal yang boleh dicaj dari Terminal Amanjaya, Medan Kidd ataupun Stesen Keratapi Ipoh sepatutnya adalah Rm30 sahaja, jika lebih daripada jumlah ini sila cari teksi lain.

Keratapi & Bas
Jika engkorang menaiki keretapi pilihlah Ipoh sebagai destinasi anda bukannya Batu Gajah mahupun Arau. Setelah engkorang turun dari keretapi maka keluarlah dari Stesen Keratapi Ipoh dengan perasaan yang maha kagum kerana Stesen Keratapi Ipoh tersangat la cantik dan antik. Dari Stesen Keretapi Ipoh engkorang boleh berjalan kaki ke Medan Kidd iaitu Stesen Bas lama yang terletak 300meter dari Stesen Keratapi Ipoh, sangat dekat. Keluar sahaja daripada kawasan Stesen Keretapi Ipoh engkorang ke kanan di mana letaknya pejabat pos dan Ibu Pejabat Polis di hadapannya, jalan dalam 2-3minit dan engkorang akan sampai di Medan Kidd yang teletak di bulatan.

Medan Kidd. Stesen Bas lama Ipoh untuk perjalanan dalam negeri Perak.

Bagi pengguna bas dari dalam Perak engkorang akan turun di Medan Kidd tetapi bagi pengembara yang datang dengan bas dari luar Perak engkorang akan turun di Terminal Amanjaya, di sana engkorang naiklah bas yang berwarna biru, Perak Transit ke Medan Kidd ataupun bas yang berwarna merah yang selalunya ada di bus stand hadapan Mydin (terketak di hadapan Terminal Amanjaya). Kadar tambang aku tak tahu tapi dalam Rm2 macam tu.

Bas Perak Transit. Bas ni boleh bawak engkorang ke Medan Kidd dari Terminal Amanjaya. Selalunya, bas ni dah standby tunggu kat Terminal Amanjaya.
Di Medan Kidd engkorang boleh naik bas yang berwarna merah putih yang menuju ke Giant, Tambun dan Tanjung Rambutan. Kekerapan bas ini boleh dikatakan sejam sekali.Naik bas tu dan beritahu engkorang mahu ke Lost World Of Tambun dan bas itu akan berhenti betul-betul di hadapan Lost World Of Tambun. Kebiasaannya bas tambang akan berhenti apabila penumpang menekan loceng jadi pastikan engkorang menekan loceng 20 saat selepas melihat Giant di sebelah kanan engkorang kerana Giant dan Lost World Of Tambun bersebelahan sahaja. Kadar tambang bas dari Medan Kidd ke Lost World Of Tambun adalah tidak lebih daripada Rm3.
Bas Medan Kidd - Tanjung Rambutan. Ini satu-satunya bas yang lalu di hadapan Lost World Of Tambun. Kalau lain pun ada yang baru sikit tapi kaler memang same, si merah dan si putih,.

Ini sahaja aku dapat kongsikan. Andai engkorang mengalami masalah lagi ketika bercuti, gunakan talian hayat yang terkahir iaitu tanya pada penduduk setempat.